Hari ini, dunia masih berputar

Assalamualaikum.

Mereka bilang anak bongsu itu bertuah.
Punya segala-galanya mewah.
Tampak hari-hari hidupnya indah.

Tapi ketahuilah, semana indah hidupnya, ianya hanya sesaat cuma. 

Kamu itu lagi bertuah

Bersyukurlah

T_T

Nota: Dua hari sebelum arwah ayah meninggal dunia, ada orang tanya. Mesti best kan jadi anak bongsu, dapat segala-galanya. Saya cuma menjawab tidak. Sambungannya biarlah saya seorang yang tahu. Tapi kini kamu tahu bukan? Anak bongsu itu tidak bertuah, bila dilahirkan ketika umur ibunya 40 tahun, bila perbezaan umur antara abangnya berbelas tahun. Pada usia yang masih belum 23 tahun, segala-galanya sudah nampak seakan samar bagi dirinya. Tapi masih ada redha, kerana itu janji Tuhan. Satu langkah pertama kau mulakan di ruang kotak milik Tuhan, tentu ada satu langkah terakhir.


Read more...

Yang terakhir....

Blog post terakhir dari blog arwah ayah sebelum berangkat menunaikan haji.


Today 26th.October or rather 27th.October 0130 hrs. we ( my wife and I )are to report ourselves to the Tabung Haji Complex at Kelana Jaya to begin our piligrimage to the Holy Land - Mecca . I am very excited and very much looking forward for the journey . This would be our second pilgrimage .Our earlier pilgrimage was in 1991 , 19 years ago . I have resolved that this time I would want the pilgrimage to fulfill all my obligations to the Almighty so that all my good deeds is accepted by Him . I am determined to leave all my bad habits and be a better person when I come back in December . In know that this journey is not an easy one . I would have to undergo all challenges, trials and tribulations be it from fellow pilgrimage mates or from God itself . I have to be resilient all the time . I hope and pray so that we will be strong and that Allah would always protect us in facing all these challenges .I also hope and pray that our loved ones whom we are going to leave during this pilgrimage would be as strong as we are . I hope they would also pray for us . I would certainly miss our grand daughters . I am sure they would miss us too . Any way we would be contactable via our handphones .
Till we come home . Bye .

12 Disember 2010, ayah pergi buat semala-lamanya. Al-fatihah buat arwah ayah. Semoga haji nya diberkati dan roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Ameen.

Read more...

Money is my honey

Assalamualaikum.

Ya know what?? Mulai saat ini, saya bernekad untuk berjimat-cermat dan tidak membelanjakan wang sesuka hati. Ecewah. Eh serius ni. Bagi semangat sedikit okay. Semua gara-gara kereta tersayang yang buat hal lagi. Dalam masa seminggu saya membelanjakan wang hampir seribu ringgit. Nasib baik sekarang kaya sedikit sebab berbiasiswa. Syukur alhamdulillah. Kalau tidak memang frust lah walaupon exam dapat fullmark. *Tak habis-habis lagi nak bangga*

Jumaat lepas servis kereta habis RM200. Hari ni minyak brek kereta bocor, dijangkakan mencecah RM400 hingga RM500. Sedey! Sedey! Sedey! Okay fine! Nanti kat rumah I taknak bawak u dah. I nak bawak Honda. Padan muka Kembara di anak tiri kan. Asyik rosak aje, beli kereta baru nanti karang. Tapi rasa macam tak mampu lagi. Oh sungguh kasihan saya T_T

Jimat jimat juga, tapi esok baling tetap baling. Eh bukan. Boling tetap boling! Tapi saya tetap nak baling-baling sahaja. Apa pandang-pandang? Jangan pandang rendah, walaupon hanya baling-baling tapi saya akui, ya saya akui saya pernah score strike bermain boling. Bukan sekali, malah sebenarnya 3 kali! Hebat bukan. Nampak je saya lembut-lembut baling bola boling bersaiz paling ringan tetapi strike dengan bergaya.

Untuk esok, may luck be with me 

^_^


Untuk sekarang......

Pergi siapkan tesis!!!!!

Yours Truly,

Read more...

The call?

Assalamualaikum.

Got a phone call today and........... Teheehee. Dah dah tak nak speaking. Petang tadi tengah sedap tidur handset berbunyi kemudian angkat dalam keadaan separuh sedar.

Nana: Ez, Dr. ***** suruh call dia sekarang.
Me: Hah?Kenapa?
Nana: Tak tahu.

Terus bangun segar-segar dalam keadaan cemas. Pasal final exam ke. Baru je nak rehat-rehat lepas exam habis =_="

Me: Assalamualaikum Dr. Saya Ezreen. Tadi Suzanna suruh call. (Sopan kan? sopan kan?)
Lctrr: Oh hah Ezreen, what happen to your final?!!
Me: Eh kenape?
Lctrr: Boleh buat tak?
Me: Err erm saya rasa macam boleh je. (Dalam hati rasa carry mark semua dah okay. Confident ;p)
Lctrr: Betul? Tu la, macam mana ni ............ fullmark ni. Awak belajar mana eh dulu?
Me: Eh yeke? 
Lctrr: Betul, saya tengok banyak kali nak cari salah awak tapi takde juga.
Me: Eh Dr tak payah la cari dah kalau macam tu ;p
Lctrr: Bagus eh, awak dengar la saya mengajar dalam kelas.
Me: Erm aah saya memang concentrate dalam kelas (Layan kan aje =_=")
Lctrr: Ouh bagus-bagus.
Me: Eh Dr nak bagi saya hadiah ke ni suruh call?
Lctrr: Eh patut nya awak la yang kena belanja sebab saya bagi awak fullmark ni. Okay yer, belanja hari Isnin nanti boleh?
Me: Eh err err  
Lctrr: Boleh?
Me: Err boleh kalau Dr nak :|
Lctrr: Bole eh isnin
*terus letak phone* 
*Tak sempat cakap okay ke tak terus letak phone, saje je kan lecturer ni. Mempermain-main kan hati ku.*

Sampai sekarang tertanya-tanya lecturer ni betul ke suruh belanja atau main-main. Haish~ So petang tadi keluar result final. Tak sampai 5 hari dah tahu result. Nasib baik result pon alhamdulillah (:

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Tunggu lagi dua result dengan result projek.

Lepas habis exam yang dapat fullmark. Tak sangka you~~~~~ 

(^_^)

Yours Truly,

Read more...

Salam Idil Adha

Assalamualaikum.


Sama tak?

(^_~)v

Muka excited baru balik tengok orang sembelih lembu dan sembahyang raya. Tak bukak tudung lagi, kita tangkap gambar dulu. Oh first time senyum tunjuk gigi kan. Konon-konon ni boleh buat kenangan ketika berumur 22 tahun 11 bulan dan berbraces di Idil Adha. Tahun depan dah takde dah. Teeheehee.

Anyway, Salam Idil Adha saya ucapkan kepada mak dan daddy di Mekah, abang-abang, kakak, kakak-kakak ipar, anak-anak buah yang berada di bandar, sanak saudara, rakan-rakan serta mereka yang mengenali diri ini. Happy always (:

Salam perantauan daripada,


Read more...

Jalan-jalan cari makan @ Senibong

Assalamualaikum.


Bakal-bakal lecturer ni. UiTM, UMP, UTeM, Unimap.... semua ada ;) Good luck semua!!

Semalam pergi menikmati seafood kat Senibong sempena meraikan kami, pelajar-pelajar master yang bakal  grad. Heehee. Two more papers to go dan tesis serta dua assignment lagi yang perlu disiapkan =_=" 

View kat sini lawa, boleh nampak Singapore kat sebelah sana. Kalau kat JB macam tak nampak sangat, dari sini boleh nampak part yang maju siket. Makanan pon sedap and ofcourse la kena order seafood dah jauh-jauh datang nak makan tepi laut kan. But take note, untuk udang dan lala/ kepah biasa nya dia akan hidang kan dalam setengah kilo. Kitorang ingat standard la kan dia nak hidang untuk satu orang makan, sekali naaaaaahhh..... seorang makan dekat 10 ekor udang yang besar-besar tu. Terpaksa la kami yang lain-lain ni tumpang makan. Oh satay kat sini pon sedap sebab macam lembut-lembut je, amat sesuai untuk sesiapa yang pakai braces ^_^

Akibatnya hari ni rasa macam kepala berdenyut-denyut. Tak tahu la migrain ke stress ke apa, tapi memang menyeksakan. Draft tesis yang kena buat pon jadi tergendala. Tengok laptop je pening, last-last boleh tidur je. Sebenarnya dah dua tiga hari dah rasa macam sakit kepala sejak kena hujan rintik-rintik siket je hari tu. Tapi hari ni rasa macam teruk sangat sakit. Tiba-tiba risau ada penyakit serius. Harap-harap tak la kan :S

Okay, nak sambung buat draft tesis sebelum pening semula..

Yours Truly,

Read more...

Blogger stats

Assalamualaikum.

Pernah dengar tak tentang blogger stats ni? Baru-baru ni buka blogger dan perasan ada function baru. Menarik~ So lepas ni boleh la tengok-tengok, siapa stalker dan silent reader blog anda.

^_^


Fokus pada yang tengah-tengah tu okay. Bukan pada tab yang atas, mahupun yang bawah. Yang buka blog-blog kawin tu bukan saya taw. Mesti ada orang lain yang buka ni.. Heeheehee ;p Yang main ym tu pon bukan saya.

Tengok~ Post paling banyak pageviews adalah tentang sopan santun. Memang bagus-bagus semua reader blog ni. Selain itu, ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Cik Rehan kerana telah menyumbangkan traffic yang paling banyak sepanjang pembukaan blog ini! Tahniah2~


Oooooo banyak juga stalker dari facebook rupanya. Senyap-senyap je kan..... Tengok tu, dah pandai-pandai search terus blog ni. Terasa femes walaupon ada 3 je ;D Gambar luaran farina ni apa pula? Isk. Tercemar nama bila ada artis nama sama =.="


Yang ni, konon-konon femes la sangat eh bila satu dunia view ^_^


Yang ini pula statistik untuk minggu ni. Lepas ni nak letak sajak-sajak je la. Tapi kena tunggu mood sedih betul-betul, baru dapat mengarang sajak. Macam best pula ;p

Yours Truly,

Read more...

Pernahkah kamu tahu..


Dalam kelam malam ku teringat pesan ibu
Bahagia itu apabila hadir orang yang amat menyayangi kamu
Bukan sedalam mana sayangnya kita pada mereka itu

Aku pernah bangkang kata-kata itu
Suatu ketika dulu, aku rasa lebih bahagia bila wujud sayang dalam diri aku
Kini, saat ini aku mula ragu-ragu dengan pendirian dulu
Mungkin benar bahagia hanya hadir pada orang-orang tertentu

Namun hakikatnya, manusia tak akan pernah tahu kuat nya sayang seseorang itu
Peribadi diri itu adalah sesuatu yang amat tersembunyi saban waktu
Mungkin sekali elok rupa tingkah laku luaran seseorang itu, ada hitam yang terlindung seolah-olah nampak seakan putih kelabu
Mungkin sekali juga seburuk dan sejahat mana mereka itu, ada sinar cahaya yang lebih terang daripada semua itu

Aku tidak tahu itu
Aku tidak mungkin tahu akan itu
Aku tidak mungkin faham kamu
Aku yakin kamu juga begitu

31 Oktober 2010, 2.15am


Read more...

Aku hanya mahu itu

 Malam ini aku sakit lagi
Sakit hati lagi dan lagi entah keberapa kali
Aku tak mengharap untuk sesiapa pun mengerti
Biarlah ia hanya menjadi rahsia diri

Aku hanya anak bongsu
Punya ayah dan ibu
Punya impian dan cita yang satu
Untuk menggapai bahagia itu

Selagi ada ayah dan ibu
Yakinlah selagi itu ada aku
Hilang mereka dari hidupku
Belum pasti ada aku

Satu harapan ku buat ayah dan ibu
Doakan bahagia itu selamanya buat aku
Moga doa suci mu di Tanah Haram itu
Ada secebis berkat buat aku

Kerna aku hanya punya itu
Ayah, ibu dan Tuhan yang satu


31 Oktober 2010, 1.03am

Read more...

psssttt.. Tips final exam ni.

Assalamualaikum.

Since final exam is just around the corner, hari ni nak share tips-tips menghadapi peperiksan. Okay, sebenarnya bukan tips tapi doa-doa yang boleh diamalkan. Got this from a lecturer of mine masa tahun 3 degree di UTM. Nice kan? Lecturer lain sibuk upload notes je kat e-learning, tapi dia upload doa sekali. Since then, tiap kali nak exam before stadi tu saya amalkan baca doa-doa ni. Lepas tu stadi. Kalau baca doa je tapi tak stadi pon tak guna. Usaha dan tawakkal itu penting ;)

Before pergi exam pon selalunya baca doa ni. Masa tengah rasa takut-takut tu. Tapi yang berkaitan je la. Senang je doa-doa ni, tanpa sedar kalau dah biasa baca tengok-tengok dah terhafal. Try it! Tapi kat sini saya bagi terjemahan nya je la. Laptop tak cukup canggih nak type tulisan jawi.

 start the dream by babyc8kes on deviantArt

MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SIFAT MALAS, BAKHIL DAN LAIN-LAIN

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari kesusahan, kesedihan, sifat bakhil, lemah dan malas, bebanan hutang dan orang yang dengki.

DOA BELAJAR

Ya Allah! Keluarkanlah kami dari kegelapan keraguan, muliakanlah kami dengan kefahaman. Bukalah makrifatMu kepada kami dan mudahkanlah bagi kami memasuki pintu-pintu anugerahMu, wahai Allah yang Maha Penyayang.

DOA TERANG HATI

Ya Allah! Terangilah hatiku dengan cahaya hidayatMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahariMu buat selama-lamanya, ya Allah, yang Maha Penyayang.

DOA SETELAH BELAJAR

Ya Allah! Aku mempertaruhkan padaMu apa yang telah Engkau ajarkan padaku, maka pulangkanlah semula padaku apabila aku memerlukannya dan janganlah Engkau jadikan aku lupa padanya, wahai Tuhan alam semesta.

MEMOHON DIJAUHKAN DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT

Ya Allah! Aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak kusyuk, doa yang tidak didengar dan amalan yang tidak diterima.

MEMOHON KEMUDAHAN MEMAHAMI ILMU

Ya Allah! Ilhami aku ilmu yang dengannya aku dapat mengetahui segala perintah dan laranganMu, rezekikanlah itu padaku. Wahai Allah! Sampaikanlah padaku pemahaman yang mendalam sebagaimana pemahaman para nabi, kefasihan hafalan para rasul dan kepantasan ilham para malaikat al-Muqarrabin. Muliakan aku, ya Allah, dengan cahaya ilmu dan kepantasan pemahaman. Keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan. Bukalah pintu-pintu rahmatMu kepadaku dan ajarilah aku rahsia-rahsia hikmatMu, wahai Tuhan alam semesta.

Akhir kata, selamat mencuba and good luck for your final exam!

^_^

Yours Truly,

Read more...

Master project presentation

Assalamualaikum.

Minggu depan ada seminar projek master. Sekarang sedang bertungkus lumus edit slide bagi nampak cantik plus mestilah berinformatif. Tak sabar nak habiskan presentation ni cepat-cepat, but at the same time rasa takut. Hope everything goes well.

Nak tengok rupa slide powerpoint saya?


Haaaa, cantik tak? 

^_^

First impression tu penting. Dalam-dalam tu tak cantik takpe ;p

Wish me luck!!

Yours Truly,

Read more...

Semoga selamat pergi,

................ dan selamat kembali.

Assalamualaikum.


...... seorang diri lagi..... One Day More by *painful-cake on deviantART

Hari ni, tengah malam nanti mak dan daddy akan berangkat menunaikan ibadah haji. Hope everything goes well ^_^. Sama-sama doakan sekali okay. Saya tak dapat nak hantar parents ke KLIA sebab esok ada kelas. Yup, dah final week pon still ada kelas, assignment yang banyak dan silibus tak habis lagi. So tak boleh nak ponteng-ponteng. Naya je dah final semester tiba-tiba kena extend kan.

Ini bermaksud saya akan ditinggalkan berseorangan selama sebulan lebih T_T

Macam tak pernah kena tinggalkan je kan. Actually dah biasa, sebab saya kan independant. Teeheehee.

Sebenarnya ni bukannya first time parents pergi haji. Dulu masa sekolah rendah pernah pergi juga. See? Sekolah rendah lagi saya dah ditinggalkan. Mana tak independant. Kan kan? Okay, sebenarnya tak sure masa tu parents pergi haji ke pergi convo abang kat UK. Either one la. Abang pon convo masa saya sekolah rendah. Jauh kan beza? Tengok-tengok darjah 6 ke form 1 saya dah ada anak buah. Masa tu orang cakap-cakap saya jeles ada baby baru, sebenarnya kan....... mana ada jeles. Memang la saya tak berani pegang-pegang baby masa tu sebab nanti apa-apa jadi saya kena marah. Mana ada jeles okay! Tak tak! 

Berbalik pada cerita asal, masa tu nenek dari Johor datang jaga dan driver ayah yang hantar saya dan kakak pergi sekolah. Masa tu dua-dua sekolah rendah lagi, tapi kakak sesi pagi sekolah kebangsaan dan saya sesi pagi sekolah agama. Sesi petang terbalik la pulak. One day, pagi-pagi lagi dah bersiap nak pergi sekolah dan tunggu driver ayah datang hantar. Tunggu punya tunggu dan tunggu lagi, tapi macam tak muncul. Sah mesti tak bangun tidur ni -_-"

Last-last sampai la jugak, tapi masa sampai depan sekolah dah pukul 7.35 pagi. Sekolah agama masuk 7.30 pagi, tapi sekolah kebangsaan 7.45 pagi. Masa tu mesti lah hantar saya dulu la kan sebab saya masuk awal. Disebabkan dah lewat 5 minit saya macam dah nak menangis. Hahaha. Pelajar cemerlang mana pernah datang lambat kan. Nak-nak pengawas dah tunggu depan gate tu. Sekolah agama ni strict siket, datang lambat kena cuci toilet. Sekolah kebangsaan kutip sampah je. Sekolah menengah kena rampas kasut sampai waktu rehat. Last-last driver ayah hantar saya sampai masuk kelas. Mengada tak mengadakan, daripada kena cuci toilet ;p 

Okay tipu, saya memang tak independant.

Hari ni nak update panjang sikit sebab test dah habis~ 

Tapi sambung kat post lagi satu la.
Okay?
^_^

Yours Truly,

Read more...

Berkata-kata itu susah, menangis itu mudah

That's me, and I can't change that. 
I thought I changed before, but no.
Now I felt like I hardly talk again.
How in a million years I wish I can speak louder.
I wish I can speak more.
Like others.

T_T


Yours Truly,



Read more...

Cry me a river

Salam..

Apa khabar? Alhamdulillah, saya sihat. Minggu lepas minggu busy. Mungkin akan berpanjangan busy sampai bulan 12 nanti. Hari ni pula hari...... ouh tak tahu la nak kata hari apa. What I know is that I'm sad. Seriously, sedih hari ni menghadap projek master yang tak siap2 lagi. Tak sampai sebulan je lagi dah nak present. But look, I'm stuck over here. Dah berbulan-bulan stuck dengan benda yang sama. Macam buat kerja sia-sia pon ada. Alone and no one to guide. Saya tahu dan faham sesetengah sv mengharapkan lebih pada student. Tapi tak boleh la nak expect yang lebih2 sangat. Especially bila saya student taught course. Dengan kelas lagi, test lagi, assignment lagi, tak macam student full time research yang duduk lab sepanjang hari menghadap projek dan facebook. No no no and no! Taught course and full time research itu tidak sama. Mereka master 2 tahun menghadap research semata-mata, while taught course buat master 1 and a half year then terpaksa bahagikan masa antara kelas, test dan assignment. I agree ada student taught course yang dah siap projek semua, but they can use toolbox and so on. Just masuk2 kan data... tadaaaa siap! Projek siap! Boleh grad! Okay emo T_T Tapi saya tak boleh guna toolbox, derive dari awal sampai akhir. So that bila present panel akan kata, ouh bagus la student ni, bagus la sv nya. Tapi bila dah stuck dengan berbagai-bagai error, I'm left alone. Takde siapa nak guide bila takde siapa pon tahu nak buat benda ni macam mana @_@

Saya master, bukan PhD.

And saya dah down ni tak nak sambung PhD T_T

Yours Truly,


Read more...

BlOod type diet

Oh haaaaaaaaaaaaaaai!!~

Baru nak update walaupon dah 3 hari berada di UTM. Biasa la, student master kan busy2 belaka. Habis je cuti memang banyak la assignment yang terpaksa disiapkan setelah dipostpone sekian lama. Hoho. Ni tak siap lagi pon ni sebenarnya.

Okay kali ni nak cerita tentang diet. Bukan diet sebarangan ye, tapi dikenali sebagai blood type diet. Haaa ikut jenis darah je pon kita boleh berdiet dengan mudah yer. Sempena bulan raya ni kan, mesti banyak yang masih beraya, sebab sebulan katekan. Berat pon akan menambah dan menambah. Tak? Tipu la tu kalau tak. Masa kat rumah pon memang dah rasa diri ni macam bertambah berat, lambat je nak berjalan buat kerja semua. Tak tak, ni bukan malas. Tapi badan berat. Tengok2 cermin pon terkejut.. ohh gumuknye T_T

Tapi hari tu sampai je Johor, terlihat sesuatu kat tv tentang blood type diet ni la. Kat channel Singapore. Nampak tak kat situ, kebetulan terasa diri gumuk, kebetulan juga ternampak rancangan diet ni. Haaa takdir kot. Terus rasa macam menarik. Tapi baru hari ni rasa tergerak hati nak mengGoogle tentang blood type diet ni. Diet ni bergantung pada jenis darah seseorang. Macam darah A perlu lebih kan sayur-sayuran, dan darah B perlu lebih kan daging. Walaupon nampak macam tak adil sebab saya berdarah A, terpaksa la saya jadi vegetarian lepas ni T_T

**********************

There has been extensive scientific research over the past 30 years that shows evidence that your individual blood type determines your predisposition toward getting certain diseases, such as cancer, heart disease, diabetes, lupus, muscular sclerosis, allergies, etc. Our blood type also determines what type of biochemistry our digestive systems are made of. "Your blood type is a powerful genetic fingerprint that identifies you as surely as your DNA.

Blood Type O


Blood group O is believed to be the Hunter, the earliest human blood group. The diet recommends that these supposedly muscular, active people eat a meat-rich diet.

As a Blood Type O you may be predisposed to certain illnesses, such as ulcers and thyroid disorders. In the 1950’s it was discovered that Type O’s had about twice the instances of ulcers of all kinds than the other blood types. These findings have been replicated many times since then. Type O’s tend to have low levels of thyroid hormone and often exhibit insufficient levels of iodine, a chemical element whose sole purpose is thyroid hormone regulation. This causes many side effects such as weight gain, fluid retention and fatigue. Dr. D’Adamo does not recommend iodine supplements, rather a diet rich in saltwater fish and kelp to help regulate the thyroid gland. Bladder Wrack is also an excellent nutrient for type O’s. This herb, actually a seaweed, is very effective as an aid to weight control for Type O’s. “The fucose in bladder wrack seems to help normalize the sluggish metabolic rate and produce weight loss in Type O’s,” says Dr. D’Adamo.

Type O’s also have a higher level of stomach acid than the other blood types, which often results in stomach irritation and ulcers. Dr. D’Adamo recommends a licorice preparation called DGL (de glycyrrhizinated licorice) which can reduce discomfort and aid healing. DGL protects the stomach lining in addition to protecting it from stomach acids. Avoid crude licorice preparations as they contain a component of the plant which can cause elevated blood pressure. This component has been removed in DGL. Dr. D'Adamo also recommends Mastic Gum and Bismuth to soothe Type O's common and even frequent tummy troubles.


Blood Type A 


Blood group A is called the Cultivator, who believes it to be a more recently evolved blood type, dating back from the dawn of agriculture. The diet recommends that individuals of blood group A eat a diet emphasizing vegetables and free of red meat, a more vegetarian food intake.

Many neurochemical factors in the Type A genetic disposition favor a structured, rhythmic, harmonious life, surrounded by a positive, supportive community. The harried pace and increased sense of isolation experienced by so many in today's society often make these needs difficult to achieve. Type A best exemplifies the powerful interconnections between mind and body. This was vital to the shift away from hunting and procurement to building and growing. However, Type A's more internalized relationship to stress, which served your ancestors well, can be a challenge for the modern Type A. The Blood Type Diet's proactive mix of lifestyle strategies, hormonal equalizers, gentle exercise and specialized dietary guidelines will maximize your overall health; decrease your natural risk factors for cancer, diabetes and cardiovascular disease. The result: high performance, mental clarity, greater vitality and increased longevity. 

"When we discuss 'diet,' we are not talking necessarily about a weight loss plan, that's a side benefit to following this plan. We are actually discussing diet in the more traditional sense, meaning a way to eat," explains, Dr. D'Adamo. Type As flourish on a vegetarian diet - if you are accustomed to eating meat, you will lose weight and have more energy once you eliminate the toxic foods from your diet. Many people find it difficult to move away from the typical meat and potato fare to soy proteins, grains and vegetables. But it is particularly important for sensitive Type As to eat their foods in as natural a state as possible: pure, fresh and organic. "I can't emphasize enough how this critical dietary adjustment can be to the sensitive immune system of Type A. With this diet you can supercharge your immune system and potentially short circuit the development of life threatening diseases." 



Blood Type B


Blood group B is called the Nomad, associated with a strong immune system and a flexible digestive system. The blood type diet claims that people of blood type B are the only ones who can thrive on dairy products. 

As a Type B, you carry the genetic potential for great malleability and the ability to thrive in changeable conditions. Unlike blood types A and O, which are at opposite ends of every spectrum, your position is fluid, rather than stationary, with the ability to move in either direction along the continuum. It's easy to see how this flexibility served the interests of early Type B's who needed to balance the twin forces of the animal and vegetable kingdoms. At the same time, it can be extremely challenging to balance two poles and Type B's tend to be highly sensitive to the effects of slipping out of balance.

The primary challenges that can get in the way of optimum health for Type B include a tendency to produce higher than normal cortisol levels in situations to stress; sensitivity to the B specific lectins in select foods, resulting in inflammation and greater risk for developing Syndrome X; susceptibility to slow growing, lingering viruses - such as those for MS, CFS, and lupus; and a vulnerability to autoimmune diseases. "If I were to generalize," says Dr. D'Adamo, "I would say that a healthy Type B, living right for his or her own type, tends to have fewer risk factors for disease and tends to be more physically fit and mentally balanced than any of the other blood types." Type B's tended to have a greater ability to adapt to altitude and interestingly, are statistically the tallest of the blood types.

For Type Bs the biggest factors in weight gain are corn, wheat, buckwheat, lentils, tomatoes, peanuts and sesame seeds. Each of these foods affect the efficiency of your metabolic process, resulting in fatigue, fluid retention, and hypoglycemia - a severe drop in blood sugar after eating a meal. When you eliminate these foods and begin eating a diet that is right for your type, you blood sugar levels should remain normal after meals. Another very common food that Type Bs should avoid is chicken. Chicken contains a Blood Type B agglutinating lectin in its muscle tissue. Although chicken is a lean meat, the issue is the power of an agglutinating lectin attacking your bloodstream and the potential for it to lead to strokes and immune disorders. Dr. D'Adamo suggests that you wean yourself away from chicken and replace them with highly beneficial foods such as goat, lamb, mutton, rabbit and venison. Other foods that encourage weight loss are green vegetables, eggs, beneficial meats, and low fat dairy. When the toxic foods are avoided and replaced with beneficial foods, Blood Type Bs are very successful in controlling their weight.


Blood Type AB


Blood group AB is called the Enigma, the most recently evolved type. In terms of dietary needs, his blood type diet treats this group as an intermediate between blood types A and B.

Type AB reflects the mixed inheritance of their A and B genes. According to Dr. D’Adamo, “Type AB has Type A’s low stomach acid, however, they also have Type B’s adaptation to meats. Therefore, you lack enough stomach acid to metabolize them efficiently and the meat you eat tends to get stored as fat. Your Type B propensities cause the same insulin reaction as Type B when you eat lima beans, corn, buckwheat, or sesame seeds.” Inhibited insulin production results in hypoglycemia, a lowering of blood sugar after meals and leads to less efficient metabolism of foods.

Type AB should avoid caffeine and alcohol, especially when you’re in stressful situations. Dr. D’Adamo recommends that Type AB focus on foods such as tofu, seafood, dairy and green vegetables if you are trying to lose weight. “Avoid all smoked or cured meats. These foods can cause stomach cancer in people with low levels of stomach acid,” recommends Dr. D’Adamo. There is a wide variety of seafood for Type AB, and it is an excellent source of protein for Type AB. A few highly beneficial fish are mahi-mahi, red snapper, salmon, sardines, and tuna.. Some dairy is also beneficial for Type AB – especially cultured dairy such as Yogurt and kefir.

Dr. D’Adamo also recommends smaller, more frequent meals, as they will counteract digestive problems caused by inadequate stomach acid and peptic enzymes. “Your stomach initiates the digestive process with a combination of digestive secretions, and the muscular contractions that mix food with them. When you have low levels of digestive secretions, food tends to stay in the stomach longer.” Explains D’Adamo. He also suggests that Type AB pay attention to combining certain foods. For example, you’ll digest and metabolize foods more efficiently if you avoid eating starches and proteins in the same meal. 



Eat Right For Your Type!

Yours Truly,


Read more...

Suatu hari di aidilfitri..

Hai!

Hai!

Hai!

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Maafkan segala salah silap yang zahir mahupun yang batin, dan semoga amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Nya.

Okay, cukup dedication raya 2010. Jom kita tengok gambar di pagi raya pulak.


PHOTOSHOOT DI PAGI RAYA 2010
Model: Anak-anak sedara ku
Venue: Rumah ku syurga ku

Hai!! Nama saya Siti Nuralia Zahra. Just call me Alia Zahra. Tak perlu la Siti2 tu. Tak glemer lah you~ Saya baru nak masuk 2 tahun taw. Cute tak saya, fotogenik kan? Tapi saya ni kememeh siket, sensitif. Macam maksu saya ;p

Oh hai lagi!! Haa yang baju pinky2 tu cousin saya. Nama dia Syazreen Nur Adreena. Just call her Adreena. Kami sebaya~ Tapi Adreena dah masuk 2 tahun dah. Dia ni suka buli saya, taw la muka saya innocent gitu. Yang belakang tu bukan mama saya taw, tu kakak saya nama dia Siti Nuralisya. Panggil Alisya je taw, tak glemer you panggil kitorang ni Siti.

Tengok!! Kami dibuli lagi la you!! Sampai hati~ Tsk tsk. Tak adil, mentang2 la kitorang ni kecik. I tak ske taw you, tapi takpe lah. Dia kakak saya, saya redha je la. Nampak tak muka redha saya. I know, I know~ Saya memang cute lagi innocent.

Tadaaa, ni gambar feveret saya. Picture of the day! Penat maksu kejar2 nak ambil gambar muka kitorang dua depan2. Tapi ni je yang dapat. I like la~ Macam anak jepom :D

Eh!

Eh!

Alamak!

Keshian maksu takde gambar la. Banyak gambar I jew T_T

Yours Truly,



Read more...

Homemade biskut cornflakes & badam

Waaaahh sekarang semua orang dalam mood raya. Bukak-bukak facebook penuh notification kawan-kawan tag gambar kad raya. Tapi saya tak reti la nak design-design kad sendiri ni. Dah lama tinggal kan zaman mengedit-edit gambar pakai adobe photoshop ni. Sekarang back to basic je, pakai corel paint shop pro setakat nak buang image noise plus tambah border yang super simple :)

So hari ni aktiviti saya adalah sambung buat biskut raya! Tiap-tiap kali raya memang wajib la ada dua biskut ni. Sejak dari zaman sekolah-sekolah lagi. Memang wajib buat sendiri biskut cornflakes dengan biskut badam. Memandang kan saya memang beginner dalam hal masak-memasak ni, jadi saya nak letak resipi kat sini for future reference untuk diri sendiri. Hoho. Baru la berinformatif siket blog ni. Kan kan? So lets start dengan biskut cornflakes. All time favourite ni, semua orang mesti suke. Selalu bawak balik univ lepas cuti raya mesti habis :D

HOMEMADE BISKUT CORNFLAKES


Bahan-bahan:
125 gram mentega
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh susu pekat
cornflakes yang telah ditumbuk (jangan halus sangat taw~ nanti tak sedap :P)

Cara-cara:
Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan susu, serbuk koko dan kacau hingga sebati. Setelah adunan elok lembut, bentukkan mengikut citarasa dan bakar hingga masak. Citarasa saya macam gambar kat atas tu, ala-ala biskut famous amos gitu :D


HOMEMADE BISKUT BADAM


Bahan-bahan:
250 gram mentega
120 gram gula halus
2 biji kuning telur (untuk hiasan)
100 gram badam kasar
350 gram tepung gandum
40 biji badam (untuk hiasan)

Cara-cara:
Mentega dan gula dikacau rata. Masukkan tepung bersama hingga sebati. Masukkan badam kisar lalu di uli hingga menjadi adunan yang elok lembutnya :P.. Tekap dengan acuan berbentuk dan sapukan kuning telur di atasnya dan hiaskan dengan hirisan badam. Bakar hingga kekuning-kuningan.

Oh selamat mencuba!!!

Yours Truly,


Read more...

Homemade Tart Nenas

Nak buat tart nenas untuk raya? Cara-cara nya mudah saje. Meh nak ajar. Sedaaaaaap~ Budak 2 tahun pon boleh buat..

Tak percaye???

Tengok, Adreena buat sorang-sorang je taw~

Bahan-bahan untuk base:
1 buku butter
1 biji kuning telur
2 sudu susu pekat
2 sudu tepung kastard
3 cawan tepung (atau lebih)
sedikit garam

Cara-cara:
Campur kesemua bahan-bahan tadi dan gaul kan. Kemudian, bentukkan menggunakan acuan tart. Untuk hasil yang lebih menarik dan kreatif, boleh bentukkan tart tadi menggunakan sepit. Lebih lawa macam ni :)

Selepas itu, letak jem mengikut cita rasa. Jem ni buat sendiri taw, bukan jem kat supermarket tu. Then, bakar sehingga putih kekuning-kuningan.

Ni lah hasil nya sebelum dibakar.

Selamat mencuba!
**esok nak buat biskut conrnflakes pule**

Yours Truly,


Read more...

Balik kampung~ Eh tak tak, balik bandar :D

"You have been through a major drama right now, so you have to be tough. You have to trust yourself. Forget all the pain and moment that will make you sad or feeling sorry for yourself. This is time for you to walk ahead and don't turn back. Grow up, stop crying."
Sedey nyeeeeeee.. Sedey nak balik beraya. Eh bukan, sedih test tadi tak dapat jawab dengan jaya nya. Hilang sudah mood balik rumah esok. Sedih yang teramat sangat bila buat stupid mistake. Eh tak tak, saya tak stupid. Careless mistake je sebenarnya. Tengok~ Sedih sampai tak berapa betul ni. But I have done my best and saya stadi taw, bukannya tak study. Just serahkan segalanya pada Allah dan tawakkal sahaja. Tunggu result lepas cuti raya nanti ok :(

.......... Tak taw la, bila tiap kali tak dapat jawab test DENGAN JAYA NYA akan rasa really frust. Tapi bukan la frust macam nak bunuh diri tu, tak tak. Bawah sikit dari tu. Normal ke? Ada ke orang tak dapat jawab test DENGAN JAYA NYA rasa happy je? Bahagia nya hidup macam tu. Saya pon nak jugak, jom la share2 rahsia ketakjayaan anda. Saya capslock kan DENGAN JAYA NYA sebab nak tekan kan, saya bukan tak dapat jawab test, cuma tak dapat jawab DENGAN JAYA NYA. Faham? Soalan 1 insyaAllah okay. Cuma soalan 2 saya tercareless and last minit baru sedar diri dari khayalan yang saya berjaya buat dengan jayanya. Tapi khayalan hanya tinggal khayalan. Akhirnya, saya tinggalkan nota kecil di sudut kiri kertas test tadi buat lecturer. Huhuhu..

Dulu ada dengar bicara ilmu kat kolej, lecturer kata budak ex-mrsm ni bila masuk univ tak dapat A dia akan frust memanjang. Betul ke? Saya pon baru sedar, memang selama ni betul! Bagi saya la, orang lain saya tak tahu la. Kenapa ini terjadi? Alangkah best nya kalau Phd boleh buat kajian pasal ni je. Ni tak, kena kajian-kajian elektrik jugak -_-"

Buat kawan-kawan di UTM. Yang nama takde tu jangan sedih-sedih ok ^_^

Yours Truly,


Read more...

Iftar MEM, MEE, PEE *updated*

Berbuka puasa bersama......
M.Eng (Electrical - Mechatronics & Automatic Control)
M.Eng (Electrical)
P.Eng (Electrical)

^_^

The PLACE: JB Catering^^

The FOOD^^

Ape ni, wiwit berebut puding dgn I!! :D


 The GIRLS^^
 


The GUYS^^


The CAMERA^^


Dataran Bandaraya, JB^^




The MOON^^


Yours Truly,



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP