LIKE my PILLO Covers page!

Oh WOW, check this out!!!

Engagement day: PART 3

;p

Read more...

Engagement day: PART 2

Assalamualaikum (:

Hantaran pihak lelaki. Theme black + pink

THE RINGS.. Left hand side cincin tunang, right hand side cincin risik.

The tepak sireh =)

The baju nikah, kain beaded chiffon. Habis duit T_T
 Sekarang baru terfikir kenapa beli warna cream? Putih lagi nampak suci la..

The fruit cake~

The buah-buahan yang dah tak nampak buah. Kenapa? Sebab buah dah letak dalam peti ais ;D

The YUMMY chocolate! Ni lagi la tinggal kotak, coklat dah dalam perut ;p

Next, PART 3!

Read more...

Engagement day: PART 1

Assalamualaikum (:

Kenapa part 1? Sebab ini versi gambar dari BB Bold 9780 aje. Nak versi gambar photographer, kena tunggu part seterusnya la ok!


The house :)
Tiba-tiba jadi macam garden theme pulak. Sebenarnya saving tak nak pasang khemah. Tapi saya suka! And the colour ala-ala kuning diraja ;D

No pelamin bagai. Simple is better right!

The hantarans. Homemade okay~ Special credit to my mom, akak ipar and abang (:

The sireh junjung by sister-in-law. TQ!

The buah-buahan by my mom. Baru tahu pisang kaki ni mahal okay~ Sebiji 4 ringgit! Sape tak tahu? Yang macam tomato warna oren tu..

Tiba-tiba malu nak letak gambar sendiri. Tunggu part 2 la. Stay tuned!~ Haha.

**Orang lain beraya haji, ni sebok-sebok nak tunang ;p**

Read more...

majlis anugerah akademik univ 2010 ;)



Read more...

down

what ever happens i have to stay strong.

Read more...

tweet tweet!

i'm back from hiatus!



account lama, baru reti guna ;p

Read more...

cool aje

If you are successful, you will win some false friends
and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway...


Read more...

Hari Sabtu yang indah

Assalamualaikum :)

Hari ni hari Sabtu, dan saya sedang................... berKERJA. Perasan tak, perasan tak, sekarang saya amat malas update blog. Balik kerja saya tertido. Ini bad habit. Sila jangan tiru. Nanti otak lembab tidur lepas asar. 40 hari nanti boleh jadi gila. Lepas tu dengar kata nanti jin geget *betul ke* Tak nak tidur dah la lepas ni...

Tapi kan....bila tak update blog lagi ramai orang follow. Mungkin orang lebih suka saya tak update blog kan? Kaaaan? Okay fine! Fine! Tak nak update dah~ konon-konon workaholic.

Next week masuk gaji kedua! Yeay! Memang saya akan mengabaikan kan blog lah next week ;p

Read more...

hai, this is my card...

Assalamualaikum =)

Kad nama saya sudah siap! Siapa nak, bayar singgit okeh walaupon saya buat dapat free sebenarnya ;p




Sukeeeee~ Walaupon sebenarnya tak tahu nak bagi siapa. Simpan untuk diri sendiri je la ^_^

Ouh btw, next semester saya kena mengajar subjek instrumentation and measurement. Subjek first year tu. Kena ingat balik subjek yang dah 5 tahun lepas -_-" Tapi nasib baik macam ok la. Less calculation, more to theory. Hahaha. Budak first year pulak tu. Confirm adik-adik. Tak kan ada student first year sama umur plak kan. Mesti baik-baik. Kalau baru first year dah teruk perangai tak tahu nak kata ape la.

Okay itu sahaja. Saya busy ni. Baibai!

Read more...

saya sangat malu hari ini.. esok mungkin malu lagi..

Assalamualaikum (:

Saya kat ofis, baru lepas present projek master. Fiuh~ Ingat dah kerja tak payah present dah. Sekali tengok haaaa lagi teruk. Dulu present master 2 panel je. Ni sampai 20 panel. Present dekat lecturer-lecturer FKE semuanya -_-"

Soalan pon lagi banyak dari present master.

Hukhukhuk. Mentang-mentang gue first time present kat lecturer-lecturer sini, mengajar pon tak lagi. Ceys mesti jadi bahan lepas ni. Takpe2, tengok korang present macam mana pulak kan.

Lepas ni nak rehat-rehat tido-tido. Minggu ni banyak gila kerja. Semalam jaga exam malam, habis 10.30. Sampai rumah dah nak dekat pukul 11 malam. Last-last makan malam pukul 11.30. Nak prepare presentation untuk hari ni memang dah tak larat la. Hari-hari bangun pukul 6. Tidur pukul 12 lebih. Memang la tak cukup tidur kan :'(

Mulai esok nak ganti tidur!

Read more...

Slip gaji pertama saya

Assalamualaikum (=

Rupa-rupanya dah sebulan dah kerja..


Sulit okay!!!!!

SULIIIIIIIIIIIIIIIIT!!!!!!!!

Jadi tak dapat nak tunjuk dalam. Hehe.

Tunggu slip gaji lagi dua dah boleh tukar kereta! Hahaha.

*Tapi sedih tak sempat belanja arwah ayah dengan gaji pertama. Arwah ayah yang nak sangat saya jadi pensyarah. Terima kasih sebab hantar saya belajar bagus-bagus sampai jadi macam sekarang. Cukup segala makan minum. Tak pernah hidup susah.*


Read more...

Tak nak cakap tak nak

Sangat pressure bila tiba-tiba disuruh jadi MC.
Kenapa tadi depan-depan tak reti nak menolak permintaan orang.
Dah balik baru menyesal tak nak jadi.
Dengan skrip semua takde.
What if I end up dengan teks ucapan yang memalukan.

Hari ni tidur awal.
Esok nak bangun pagi.
Harap-harap tiba-tiba ada orang ganti.

Haha.

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Okay, tak dapat bayang kan kena berpantun macam ni esok.

T_T

Read more...

talking to the mOon

Assalamualaikum (:

Its been 2 weeks now since I started working and tomorrow I'm working on Saturday. Time flies so fast and I'm missing my past.

T_T







I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have
 
At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know
Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side

Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone

Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

Read more...

thanx for being so friendly~

Assalamualaikum (:

Hari ni satu hari buat saya tergelak bila call student-student ex-UTeM untuk buat survey for Engineering Acreditation Council. Macam-macam perangai ada. How it makes me feel everyone has their own uniqueness. Kelebihan diri masing-masing as long as budi bahasa tu ada. Bila orang cakap baik-baik, kita balas baik-baik. Dan kebanyakan yang saya call tadi sangat very the friendly! ^_^

Orang call nak buat survey tapi dia boleh plak ajak sembang. Eventhough tak kenal pon sape.

Ayat biasa pemula bicara standard macam ni...

Saya: Hello assalamualaikum. Encik .....................? Saya dari FKE UTeM. So encik busy tak sekarang?

Ada satu student ni memang buat saya tergelak la. Our conversation macam ni.. Dah halfway through survey tu dah and suddenly..

Student A: Erm jap eh. Saya nak confirmkan la. Sebab macam pelik je. Takot ni yang macam kat radio tu. Ala yang kene-kene kan orang tu~
Saya: Ha? Betul la. Awak ingat ni Hot FM ke. Hahaha.
*Ini bila student selalu sangat dengar radio atau tengok rancangan macam ni =_="*

Student B: Cik ni siapa?
Saya: Saya lecturer baru.
Student B: Betul ke ni?
Saya: Eh betul la.
Student B: Cik ajar subjek apa?
*Ini sudah confuse siapa yang survey siapa sebenarnya*


Student B lagi: So cik kenal encik ..................? Jumpa dia kena la tadah telinga. Hahaha.
Saya: Eh kenapa?
Student B lagi: Dia suka bagi nasihat panjang berjela. Hahaha.
Saya: Huhu. Ouh yeke.
Student B lagi: Ok la cik. Kirim salam kat semua orang kat FKE!!!!!
Saya: Huhu. Baik lah ;)
Student B: Kalau ada apa-apa, call la lagi! Haha.
*Ini tak pasal-pasal dia start gossip pulak*

Saya: Lepas ni soalan yes or no je okeh? Are you willing to sacrifice your time/money/effort to help those who are in need?
Student C: No
Saya: Ha?!! Sanggupkah awak mengorbankan masa dan wang untuk membantu mereka yang memerlukan?
Student C: Eh yes yes! Hehe.
*Ini tak tahu lah tak dengar ke apa*

Saya: Does the nature of your work require the knowledge you obtained in your undergraduate studies?
Student D: Eh cik cik. Cuba jangan baca soalan. Buat ayat sendiri.
*Ini lagi la isk. Boleh pulak nasihatkan orang*

Saya: Sanggupkah awak mengorbankan masa dan wang untuk membantu mereka yang memerlukan?
Student E: Siapa eh yang memerlukan? Hehe.
Saya: Siapa-siapa aje lah~ =_="

Student F: Cik nama apa?
Saya: Erm.. saya.. erm.. adalah~ Haha.
*Tiba-tiba busy body. Tak perlu tahu nama lah*

Saya: Sudah bekerja atau sambung belajar?
Student G: Saya belajar. Kat UTeM ni lah~
Saya: Ouh I see. Nape tak kerja?
Student G: Erm sebab saya nak sambung belajar la. Haha.
Saya: Haha. Yelah2 okay...

Dan banyak lagi conversation yang macam comel-comel. Ops ini semua student laki. Student perempuan nama kat bawah-bawah pulak. Tak sempat call lagi ;)

******

Tapi balik kerja tadi telah hilang mood happy-happy disebabkan rakyat malaysia yang sengat very the rude. Tengah tunggu line nak isi minyak. Dia potong line then dia pulak tak puas hati. Siap hon-hon. Giler ke ape weyy? Wife pon sama aje muka masam macam apa. Keluar kereta pergi bayar memang dah geram giler. Sorry la sebab terjeling muka tak puas hati kat wife dia. Patu sembang-sembang dengan pakcik petronas tolong pump minyak tu. See~ Pakcik tu pon tak puas hati giler. Siap kata macam tu la rakyat malaysia yang tak berbudi bahasa. Nak kata hensem, tak. Nak kata kaya, kereta lama je. Dah tu nak berlagak sangat ape hal hah? Orang lain pon nak cepat jugak, penat jugak baru balik kerja!

Read more...

Ini kisah hari pertama

Assalamualaikum (:

Ini cerita hari pertama saya berkerja lima hari yang lepas. Nak tahu tak? Nak tahu tak? Okeh macam ni. Hari pertama sudah semestinya semangat bukan. Bangun awal pagi dan gerak dari rumah sewa seawal 7.30 pagi oleh kerana jalan ke UTeM pon tak pasti lagi. Surat tawaran minta report duty jam 8 pagi. Jadi orang macam saya yang lurus dan sentiasa mengikut peraturan mestilah datang sebelum 8 pagi. Tengok-tengok dari rumah ke universiti hanya mengambil masa less than 10 minit! Tak sangka sungguh begitu dekat =_=". Apatah lagi student-student di sini memandu dengan begitu laju sekali. Tahu lah jalan ke UTeM besar dan kosong. Sungguh tak selesa bila kereta belakang follow begitu dekat. Nak potong, potong lah kan! Tapi nak tak nak terbawak laju sekali ;)

Oh ya tapi sila jangan terpedaya. Itu cuma hari pertama. Hari kedua saya gerak dari rumah 7.45 pagi. Hari ketiga pula 7.50 pagi. Hari keempat pula 7.55 pagi. Hari kelima esok agak-agak pukul berapa? Haha. Kalau datang pukul 8 lebih tu memang majoriti parking staf banyak kosong lagi lah.Kat sini punch card kerja at least sekali sehari either masa datang atau waktu balik. Nak dua kali pon boleh. So kiranya tidak kira jam berapa punch card asalkan punch sekali. Faham tak ni? Faham tak?

Tapi nama je punch card ye, sebenarnya tidak perlu punch-punch pon. Nasib baik saya tidak memalukan diri di hari pertama cuba punch-punch di main entrance FKE. Cuma dekat kan kad matrix staf anda seperti touch n go sehingga terdengar bunyi 'tinit' 'tininit' 'tinininit' 'tiiiiiiiiiiiiiit'. Okay tipu je, sebenarnya bunyi sekali sahaja ye. Bunyi banyak-banyak kali tu kalau main scan banyak-banyak kali. Tapi kalau nak buat sila pastikan tiada student di sekitar. Nanti kena ngutuk jah.

Mula-mula report duty di pejabat pendaftar bangunan canselori. Rupa-rupanya ada dua bahagian pejabat pendaftar okay. Pagi-pagi saya telah memalukan diri masuk salah tempat. Jadi lain kali jika tidak tahu sila tebalkan muka tanya orang. Mungkin akan kurang malu sedikit daripada masuk salah tempat.
  
 Inilah bangunan canselori. Sumber: facebook ^_^ Cuma saya ubah tone colour mengikut citarasa~

Kemudian baru report duty di FKE.


Dekat fakulti ni lagi lah macam cemas sebab first time datang dan tak tahu nak punch card mana, office kat mana. Tapi masuk sahaja buat muka confident dan tanya akak kat counter bawah tu.

Saya: Erm nak tanya, lapor diri staf kat mana ya?
Kakak: Ouh erm jawatan tutor ke?
Saya: Erm tak tak lecturer.

Heheh. Nak juga cakap. Student kat sebelah dah pandang. Dalam hati nak je cakap ape pandang-pandang? Tahu lah sebenarnya I nampak lagi muda dari u kan! Kan kan! Nasib baik taw I pakai high heels nampak tinggi sikit.

Then lepas tu lapor diri kat tingkat atas.

Jumpa dekan.

Jumpa timbalan dekan akademik.

Jumpa ketua jabatan.
Okeh jom jom jemput masuk bilik pula.


Knock! Knock!

Masuk! *dah prektis dah ni*


Inilah bilik saya, buat sementara waktu. Haha. Besor tak besor tak. Kerusi pon berplastik lagi. Sebenarnya bilik ni share dua orang. Dalam bulan enam nanti baru tukar bilik sorang tunggu jurutera pengajar keluar.

So dats all! Cerita hari pertama saya. Yep yep I know~ Saya tahu sungguh bosan~


Sekian sahaja dari Cik Ezreen Farina.

Semalam ada staf pusat komputer call. Helluuuu boleh bercakap dengan Puan Ezreen Farina. Rela tak rela iye kan je lah =_="

Read more...

award

Assalamualaikum (:

Dapat phone call semalam, dari SPS.
School of Graduate Studies UTM.
Ingat nak tanya tentang yuran konvo.
Nasib baik tak complain sebab dah lama bayar.

Rupa-rupanya dapat Best Student Award.
         * tak sangka
Masa dalam phone memang rasa gembira.
Tapi lepas tu macam dah tak rasa apa-apa.
Arwah ayah tak dapat tengok semua ni :')

But still, alhamdulillah.
Rezeki orang lain-lain.

Read more...

Hey, bayar saman on9 lebih mudah!

Assalamualaikum (:

Semalam pergi pos ofis.

Lamaaaaaaa sangat nak tunggu nombor. Orang bayar saman punye pasal! Eh lupe, saya pon baru nak bayar saman :"> Saman tahun 2007, tahun 2011 baru nak bayar. Isk ape nak jadi. Nak buat macam mana, surat apa pon tak bagi. Tapi akhirnya balik je tak bayar pon. Tak kuasa you nak tunggu berjam-jam. Baek bayar online... Haaa~ Kini semuanya lebih mudah dengan cimbclicks. Tapi kena charge extra 2 ringgit la.

So semalam dah settlekan bayar saman dengan yuran konvo sekali! Banyak duit keluar bulan ni. Duit masuknya tak ada. Haish..

..... Bila result interview nak keluar ni T_T

Read more...

Happy birtday to?

Assalamualaikum (:

Weekend lepas birthday saya. Cepat! Say......

Happy Birthday to Me!!

... yang keduabelas tahun. Eceh tipu! Patutnya terbalikkan dua dengan satu tu jadi duapuluhsatu tahun. Baru nampak logik sikit walaupon sebenarnya sudah duapuluhtiga tahun. Tiba-tiba malu, sebab tu gambar kicik :">

Okay yang sebenarnya birthday anak buah. Maaf, kek sudah comot-comot baru mahu ambil gambar. Sebelum tu sibuk makan. Tapi memang sedap la kek ni! Very the colourful :)

Konfius tak konfius tak mana satu yang 12, mane satu yang 21 plus plus

;p

Ehem ini iklan. Letak la gambar orang lain jugak. Nanti kata semua nak letak muka ni je =_="
This is birthday girl yang sudah hilang tudung dengan my big sis.

Ini pula anak buah saya yang comels. Orang lain sibuk prepare kat bawah pagi tu, korang rehat-rehat tengok tv kat atas yer. Ini tidak adil! Tapi jangan salah faham taw, orang yang ambil gambar ini bukan rehat-rehat, cuma naik sekejap nak ambil gambar. Taw~ Taw~

Akhir sekali, lepas majlis hari jadi ada buat tahlil untuk arwah ayah. Terima kasih yang sudi datang! Overall yang datang adalah pakcik makcik dan budak-budak kecik. Kesian Alisya takde kawan datang ;p Hadiah pon tak banyak. Pakcik makcik datang bagi duit je. Kaya la tu, dah tak boleh minta duit kat maksu!


ps: kenapa gambar-gambar tangkap pakai iphone ni blurr. Tak bagus! Kalau saya baik beli camera yang gambar lawa dari iphone ^_^

Read more...

Carrot cake with cream cheese topping

Assalamualaikum (:

People's choice!

... sekarang tidak perlu lagi beli di secret recipe bila boleh masak sendiri ...


Bahan Kek
1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang
1 cawan kismis kuning
1 1/2 cawan carrot yang disagat
250 gm tepung**
1 sudu kecil baking soda**
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis**
1/4 sudu kecil garam

Bahan Topping
250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon - ikut suka

Penyediaan Kek

  1. pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
  2. masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
  3. masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan no 2. Guna spatula(sudu) plastik atau kayu untuk kaup-balikkan adunan. hati-hati, jangan kotorkan tempat! hehe.
  4. masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan mentega/dialas kertas minyak.
  5. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. check kek guna garfu untuk tahu sudah masak atau belum. Bila dh masak, sejukkan di luar oven.

Penyediaan Topping

  • masukkan semua bhn dlm blender/mixer.
  • bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam fridge baru potong untuk dihidangkan.

Read more...

Cream puff

Assalamulaikum (:

Ini resipi basi. Sudah lama buat tapi baru mahu share. Semuanya kerana konon-konon prepare untuk interview. Ada request cerita tentang interview hari tu, tapi nanti-nanti la. Sudah dapat result yang best baru mahu cerita. Kalau tak best tak mahu cerita. Okay? c:

Sekarang cepat sediakan kertas dan pensel untuk menyalin resipi!

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

sedikit serbuk penaik 

Custard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara
Cream Puff
  1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
  2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik.
  3. Masukkan adunan ke dalam beg piping.  Pipekan atas dulang yang telah digris. (Saya buat pakai sudu dan tangan sahaja)
  4. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan. (Oven kena panaskan dulu ke suhu 200˚C. Kalau tak panas nanti puff tak kembang dan tak berongga kat dalam dia.)

Inti Custard
  1. Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.
  2. Custard tu boleh dipicitkan ke dalam puff tu bila puff tu sejuk sikit. Caranya, tebuk lubang kat puff (boleh buat kat atas atau kat bawah). Pastu gunakan piping bag yang berisi custard, picit ke dalam rongga puff tu. 
 Rasa tidak lengkap tanpa gambar bukan?

Ini serving suggestion, ala-ala hiasan hotel sikit-sikit ^_^

Read more...

oh berdebar-debar! menanti saat itu..

Assalamualaikum.

10.2.2011 - berdebar2. Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

Bila buat status macam ni dekat facebook ada pula orang komen tunang ek? Hahaha. Rasa-rasa tu macam kurang sikit mendebarkan. Tapi yang ini lebih mendebarkan!

!!!!!

!!!!!

!!!!!


Walaupon ada masa seminggu untuk preparation tapi sudah risau. Macam mana kalau tak dapat? Macam mana kalau dapat? Macam mana macam mana? Ada sesiapa nak tolong jawab?

Masa interview post tutor dulu kurang sikit terasa debarannya sebab dah ada offer lain di depan mata. Tapi sekarang kalau tak dapat, terpaksa memulakan misi mencari kerja kembali. Oh saya enggak maw! But whatever the outcome is, saya tahu saya kena terima dan redha. Mungkin memang bukan ditakdirkan untuk saya. Mungkin ada yang lebih baik daripada itu. Percaturan Allah itu Maha Adil. Manusia berusaha tetapi Allah yang menentukan.

Dan saya percaya dalam hidup ini segala yang terjadi ada hikmahnya. Since december 2010, I started to see things differently. Hidup ini hanya sementara, sekejap sahaja and we never know mungkin hari ini kita sehat, boleh berkata-kata, boleh bergembira tapi esok? Mungkin dah ditakdirkan pergi buat selama-lamanya. Jadi setiap hari lakukan lah yang terbaik seolah-olah ia yang terakhir. Setiap kali sebelum tidur, pasti terfikir adakah hari esok masih ada? Tertanya-tanya bukan? Sungguh kemas rahsia Tuhan.


Read more...

Dawai gigi purple bergetah

Assalamualaikum.

Tadi pergi klinik pakar ortodontik untuk monthly check-up braces. Kali ni tukar o-rings warna purple! Lepas ni tiap kali keluar kena pakai tudung dengan baju warna purple bagi matching dengan braces. Not just that, tak cukup lagi gigi berbesi sekali hari ni kena tambah rubber bands. Getah sangkut antara gigi atas dengan bawah to overcome overbite. Boleh bayangkan tak? Macam ini.

 Picture from google

Elastics or rubber bands are used during orthodontic treatment to properly mesh the upper and lower teeth into a perfect bite. Elastics will be used in the final part of your treatment and the timing of the removal of your braces will depend on the proper wear of your elastics.

Sekarang memang terasa kesakitan yang amat, terasa seperti gigi ditarik-tarik tanpa rela. Lepas ni mahu sangkut apa lagi kat gigi =_="

Paling malas bila setiap kali nak makan rutin akan jadi macam ni:

1. Buka getah
2. Makan
3. Gosok gigi
4. Kumur using PerioGard
5. Pasang getah


Lepas ni dah tak boleh la makan between meals. Nanti 24jam kena gosok gigi. Macam mana nanti kalau orang ajak dating makan kat luar? Hehehe..

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP