Oh WOW, check this out!!!

Homemade biskut cornflakes & badam

Waaaahh sekarang semua orang dalam mood raya. Bukak-bukak facebook penuh notification kawan-kawan tag gambar kad raya. Tapi saya tak reti la nak design-design kad sendiri ni. Dah lama tinggal kan zaman mengedit-edit gambar pakai adobe photoshop ni. Sekarang back to basic je, pakai corel paint shop pro setakat nak buang image noise plus tambah border yang super simple :)

So hari ni aktiviti saya adalah sambung buat biskut raya! Tiap-tiap kali raya memang wajib la ada dua biskut ni. Sejak dari zaman sekolah-sekolah lagi. Memang wajib buat sendiri biskut cornflakes dengan biskut badam. Memandang kan saya memang beginner dalam hal masak-memasak ni, jadi saya nak letak resipi kat sini for future reference untuk diri sendiri. Hoho. Baru la berinformatif siket blog ni. Kan kan? So lets start dengan biskut cornflakes. All time favourite ni, semua orang mesti suke. Selalu bawak balik univ lepas cuti raya mesti habis :D

HOMEMADE BISKUT CORNFLAKES


Bahan-bahan:
125 gram mentega
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh susu pekat
cornflakes yang telah ditumbuk (jangan halus sangat taw~ nanti tak sedap :P)

Cara-cara:
Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan susu, serbuk koko dan kacau hingga sebati. Setelah adunan elok lembut, bentukkan mengikut citarasa dan bakar hingga masak. Citarasa saya macam gambar kat atas tu, ala-ala biskut famous amos gitu :D


HOMEMADE BISKUT BADAM


Bahan-bahan:
250 gram mentega
120 gram gula halus
2 biji kuning telur (untuk hiasan)
100 gram badam kasar
350 gram tepung gandum
40 biji badam (untuk hiasan)

Cara-cara:
Mentega dan gula dikacau rata. Masukkan tepung bersama hingga sebati. Masukkan badam kisar lalu di uli hingga menjadi adunan yang elok lembutnya :P.. Tekap dengan acuan berbentuk dan sapukan kuning telur di atasnya dan hiaskan dengan hirisan badam. Bakar hingga kekuning-kuningan.

Oh selamat mencuba!!!

Yours Truly,


muimui –   – (September 21, 2010 at 8:24 AM)  

sy dh mkn biskut ni...sdaaaap~

Anonymous –   – (August 16, 2012 at 9:08 AM)  

nak tanye ni, yang cornflakes tu nak letak brape gram satu adunan?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP