Jalan-jalan cari makan @ Senibong

Assalamualaikum.


Bakal-bakal lecturer ni. UiTM, UMP, UTeM, Unimap.... semua ada ;) Good luck semua!!

Semalam pergi menikmati seafood kat Senibong sempena meraikan kami, pelajar-pelajar master yang bakal  grad. Heehee. Two more papers to go dan tesis serta dua assignment lagi yang perlu disiapkan =_=" 

View kat sini lawa, boleh nampak Singapore kat sebelah sana. Kalau kat JB macam tak nampak sangat, dari sini boleh nampak part yang maju siket. Makanan pon sedap and ofcourse la kena order seafood dah jauh-jauh datang nak makan tepi laut kan. But take note, untuk udang dan lala/ kepah biasa nya dia akan hidang kan dalam setengah kilo. Kitorang ingat standard la kan dia nak hidang untuk satu orang makan, sekali naaaaaahhh..... seorang makan dekat 10 ekor udang yang besar-besar tu. Terpaksa la kami yang lain-lain ni tumpang makan. Oh satay kat sini pon sedap sebab macam lembut-lembut je, amat sesuai untuk sesiapa yang pakai braces ^_^

Akibatnya hari ni rasa macam kepala berdenyut-denyut. Tak tahu la migrain ke stress ke apa, tapi memang menyeksakan. Draft tesis yang kena buat pon jadi tergendala. Tengok laptop je pening, last-last boleh tidur je. Sebenarnya dah dua tiga hari dah rasa macam sakit kepala sejak kena hujan rintik-rintik siket je hari tu. Tapi hari ni rasa macam teruk sangat sakit. Tiba-tiba risau ada penyakit serius. Harap-harap tak la kan :S

Okay, nak sambung buat draft tesis sebelum pening semula..

Yours Truly,

muimui –   – (November 12, 2010 at 9:39 AM)  

mkn byk2 smpai penim kpale ke? :-S

-ezreen-  – (November 16, 2010 at 1:08 AM)  

byk masalah sbb tu penim kepala :')

Papa-NtiQ  – (May 14, 2012 at 10:20 PM)  

hi EZREEN, saya baru jer upload gambar2 masa makan ngan famili di senibong kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik blog ni pasal tempat2 makan menarik terutama di sekitar JOHOR (maklum la orang JB!) tapi tempat lain pun ada...kalu sudi singgah la yer blog saya nih dan kalau bolih follow ok TQ TQ TQ

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP