LIKE my PILLO Covers page!

Oh WOW, check this out!!!

Carrot cake with cream cheese topping

Assalamualaikum (:

People's choice!

... sekarang tidak perlu lagi beli di secret recipe bila boleh masak sendiri ...


Bahan Kek
1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang
1 cawan kismis kuning
1 1/2 cawan carrot yang disagat
250 gm tepung**
1 sudu kecil baking soda**
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis**
1/4 sudu kecil garam

Bahan Topping
250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon - ikut suka

Penyediaan Kek

  1. pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
  2. masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
  3. masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan no 2. Guna spatula(sudu) plastik atau kayu untuk kaup-balikkan adunan. hati-hati, jangan kotorkan tempat! hehe.
  4. masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan mentega/dialas kertas minyak.
  5. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. check kek guna garfu untuk tahu sudah masak atau belum. Bila dh masak, sejukkan di luar oven.

Penyediaan Topping

  • masukkan semua bhn dlm blender/mixer.
  • bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam fridge baru potong untuk dihidangkan.

Read more...

Cream puff

Assalamulaikum (:

Ini resipi basi. Sudah lama buat tapi baru mahu share. Semuanya kerana konon-konon prepare untuk interview. Ada request cerita tentang interview hari tu, tapi nanti-nanti la. Sudah dapat result yang best baru mahu cerita. Kalau tak best tak mahu cerita. Okay? c:

Sekarang cepat sediakan kertas dan pensel untuk menyalin resipi!

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

sedikit serbuk penaik 

Custard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara
Cream Puff
  1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
  2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik.
  3. Masukkan adunan ke dalam beg piping.  Pipekan atas dulang yang telah digris. (Saya buat pakai sudu dan tangan sahaja)
  4. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan. (Oven kena panaskan dulu ke suhu 200˚C. Kalau tak panas nanti puff tak kembang dan tak berongga kat dalam dia.)

Inti Custard
  1. Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.
  2. Custard tu boleh dipicitkan ke dalam puff tu bila puff tu sejuk sikit. Caranya, tebuk lubang kat puff (boleh buat kat atas atau kat bawah). Pastu gunakan piping bag yang berisi custard, picit ke dalam rongga puff tu. 
 Rasa tidak lengkap tanpa gambar bukan?

Ini serving suggestion, ala-ala hiasan hotel sikit-sikit ^_^

Read more...

oh berdebar-debar! menanti saat itu..

Assalamualaikum.

10.2.2011 - berdebar2. Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

Bila buat status macam ni dekat facebook ada pula orang komen tunang ek? Hahaha. Rasa-rasa tu macam kurang sikit mendebarkan. Tapi yang ini lebih mendebarkan!

!!!!!

!!!!!

!!!!!


Walaupon ada masa seminggu untuk preparation tapi sudah risau. Macam mana kalau tak dapat? Macam mana kalau dapat? Macam mana macam mana? Ada sesiapa nak tolong jawab?

Masa interview post tutor dulu kurang sikit terasa debarannya sebab dah ada offer lain di depan mata. Tapi sekarang kalau tak dapat, terpaksa memulakan misi mencari kerja kembali. Oh saya enggak maw! But whatever the outcome is, saya tahu saya kena terima dan redha. Mungkin memang bukan ditakdirkan untuk saya. Mungkin ada yang lebih baik daripada itu. Percaturan Allah itu Maha Adil. Manusia berusaha tetapi Allah yang menentukan.

Dan saya percaya dalam hidup ini segala yang terjadi ada hikmahnya. Since december 2010, I started to see things differently. Hidup ini hanya sementara, sekejap sahaja and we never know mungkin hari ini kita sehat, boleh berkata-kata, boleh bergembira tapi esok? Mungkin dah ditakdirkan pergi buat selama-lamanya. Jadi setiap hari lakukan lah yang terbaik seolah-olah ia yang terakhir. Setiap kali sebelum tidur, pasti terfikir adakah hari esok masih ada? Tertanya-tanya bukan? Sungguh kemas rahsia Tuhan.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP