LIKE my PILLO Covers page!

Oh WOW, check this out!!!

Pernahkah kamu tahu..


Dalam kelam malam ku teringat pesan ibu
Bahagia itu apabila hadir orang yang amat menyayangi kamu
Bukan sedalam mana sayangnya kita pada mereka itu

Aku pernah bangkang kata-kata itu
Suatu ketika dulu, aku rasa lebih bahagia bila wujud sayang dalam diri aku
Kini, saat ini aku mula ragu-ragu dengan pendirian dulu
Mungkin benar bahagia hanya hadir pada orang-orang tertentu

Namun hakikatnya, manusia tak akan pernah tahu kuat nya sayang seseorang itu
Peribadi diri itu adalah sesuatu yang amat tersembunyi saban waktu
Mungkin sekali elok rupa tingkah laku luaran seseorang itu, ada hitam yang terlindung seolah-olah nampak seakan putih kelabu
Mungkin sekali juga seburuk dan sejahat mana mereka itu, ada sinar cahaya yang lebih terang daripada semua itu

Aku tidak tahu itu
Aku tidak mungkin tahu akan itu
Aku tidak mungkin faham kamu
Aku yakin kamu juga begitu

31 Oktober 2010, 2.15am


Read more...

Aku hanya mahu itu

 Malam ini aku sakit lagi
Sakit hati lagi dan lagi entah keberapa kali
Aku tak mengharap untuk sesiapa pun mengerti
Biarlah ia hanya menjadi rahsia diri

Aku hanya anak bongsu
Punya ayah dan ibu
Punya impian dan cita yang satu
Untuk menggapai bahagia itu

Selagi ada ayah dan ibu
Yakinlah selagi itu ada aku
Hilang mereka dari hidupku
Belum pasti ada aku

Satu harapan ku buat ayah dan ibu
Doakan bahagia itu selamanya buat aku
Moga doa suci mu di Tanah Haram itu
Ada secebis berkat buat aku

Kerna aku hanya punya itu
Ayah, ibu dan Tuhan yang satu


31 Oktober 2010, 1.03am

Read more...

psssttt.. Tips final exam ni.

Assalamualaikum.

Since final exam is just around the corner, hari ni nak share tips-tips menghadapi peperiksan. Okay, sebenarnya bukan tips tapi doa-doa yang boleh diamalkan. Got this from a lecturer of mine masa tahun 3 degree di UTM. Nice kan? Lecturer lain sibuk upload notes je kat e-learning, tapi dia upload doa sekali. Since then, tiap kali nak exam before stadi tu saya amalkan baca doa-doa ni. Lepas tu stadi. Kalau baca doa je tapi tak stadi pon tak guna. Usaha dan tawakkal itu penting ;)

Before pergi exam pon selalunya baca doa ni. Masa tengah rasa takut-takut tu. Tapi yang berkaitan je la. Senang je doa-doa ni, tanpa sedar kalau dah biasa baca tengok-tengok dah terhafal. Try it! Tapi kat sini saya bagi terjemahan nya je la. Laptop tak cukup canggih nak type tulisan jawi.

 start the dream by babyc8kes on deviantArt

MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SIFAT MALAS, BAKHIL DAN LAIN-LAIN

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari kesusahan, kesedihan, sifat bakhil, lemah dan malas, bebanan hutang dan orang yang dengki.

DOA BELAJAR

Ya Allah! Keluarkanlah kami dari kegelapan keraguan, muliakanlah kami dengan kefahaman. Bukalah makrifatMu kepada kami dan mudahkanlah bagi kami memasuki pintu-pintu anugerahMu, wahai Allah yang Maha Penyayang.

DOA TERANG HATI

Ya Allah! Terangilah hatiku dengan cahaya hidayatMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahariMu buat selama-lamanya, ya Allah, yang Maha Penyayang.

DOA SETELAH BELAJAR

Ya Allah! Aku mempertaruhkan padaMu apa yang telah Engkau ajarkan padaku, maka pulangkanlah semula padaku apabila aku memerlukannya dan janganlah Engkau jadikan aku lupa padanya, wahai Tuhan alam semesta.

MEMOHON DIJAUHKAN DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT

Ya Allah! Aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak kusyuk, doa yang tidak didengar dan amalan yang tidak diterima.

MEMOHON KEMUDAHAN MEMAHAMI ILMU

Ya Allah! Ilhami aku ilmu yang dengannya aku dapat mengetahui segala perintah dan laranganMu, rezekikanlah itu padaku. Wahai Allah! Sampaikanlah padaku pemahaman yang mendalam sebagaimana pemahaman para nabi, kefasihan hafalan para rasul dan kepantasan ilham para malaikat al-Muqarrabin. Muliakan aku, ya Allah, dengan cahaya ilmu dan kepantasan pemahaman. Keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan. Bukalah pintu-pintu rahmatMu kepadaku dan ajarilah aku rahsia-rahsia hikmatMu, wahai Tuhan alam semesta.

Akhir kata, selamat mencuba and good luck for your final exam!

^_^

Yours Truly,

Read more...

Master project presentation

Assalamualaikum.

Minggu depan ada seminar projek master. Sekarang sedang bertungkus lumus edit slide bagi nampak cantik plus mestilah berinformatif. Tak sabar nak habiskan presentation ni cepat-cepat, but at the same time rasa takut. Hope everything goes well.

Nak tengok rupa slide powerpoint saya?


Haaaa, cantik tak? 

^_^

First impression tu penting. Dalam-dalam tu tak cantik takpe ;p

Wish me luck!!

Yours Truly,

Read more...

Semoga selamat pergi,

................ dan selamat kembali.

Assalamualaikum.


...... seorang diri lagi..... One Day More by *painful-cake on deviantART

Hari ni, tengah malam nanti mak dan daddy akan berangkat menunaikan ibadah haji. Hope everything goes well ^_^. Sama-sama doakan sekali okay. Saya tak dapat nak hantar parents ke KLIA sebab esok ada kelas. Yup, dah final week pon still ada kelas, assignment yang banyak dan silibus tak habis lagi. So tak boleh nak ponteng-ponteng. Naya je dah final semester tiba-tiba kena extend kan.

Ini bermaksud saya akan ditinggalkan berseorangan selama sebulan lebih T_T

Macam tak pernah kena tinggalkan je kan. Actually dah biasa, sebab saya kan independant. Teeheehee.

Sebenarnya ni bukannya first time parents pergi haji. Dulu masa sekolah rendah pernah pergi juga. See? Sekolah rendah lagi saya dah ditinggalkan. Mana tak independant. Kan kan? Okay, sebenarnya tak sure masa tu parents pergi haji ke pergi convo abang kat UK. Either one la. Abang pon convo masa saya sekolah rendah. Jauh kan beza? Tengok-tengok darjah 6 ke form 1 saya dah ada anak buah. Masa tu orang cakap-cakap saya jeles ada baby baru, sebenarnya kan....... mana ada jeles. Memang la saya tak berani pegang-pegang baby masa tu sebab nanti apa-apa jadi saya kena marah. Mana ada jeles okay! Tak tak! 

Berbalik pada cerita asal, masa tu nenek dari Johor datang jaga dan driver ayah yang hantar saya dan kakak pergi sekolah. Masa tu dua-dua sekolah rendah lagi, tapi kakak sesi pagi sekolah kebangsaan dan saya sesi pagi sekolah agama. Sesi petang terbalik la pulak. One day, pagi-pagi lagi dah bersiap nak pergi sekolah dan tunggu driver ayah datang hantar. Tunggu punya tunggu dan tunggu lagi, tapi macam tak muncul. Sah mesti tak bangun tidur ni -_-"

Last-last sampai la jugak, tapi masa sampai depan sekolah dah pukul 7.35 pagi. Sekolah agama masuk 7.30 pagi, tapi sekolah kebangsaan 7.45 pagi. Masa tu mesti lah hantar saya dulu la kan sebab saya masuk awal. Disebabkan dah lewat 5 minit saya macam dah nak menangis. Hahaha. Pelajar cemerlang mana pernah datang lambat kan. Nak-nak pengawas dah tunggu depan gate tu. Sekolah agama ni strict siket, datang lambat kena cuci toilet. Sekolah kebangsaan kutip sampah je. Sekolah menengah kena rampas kasut sampai waktu rehat. Last-last driver ayah hantar saya sampai masuk kelas. Mengada tak mengadakan, daripada kena cuci toilet ;p 

Okay tipu, saya memang tak independant.

Hari ni nak update panjang sikit sebab test dah habis~ 

Tapi sambung kat post lagi satu la.
Okay?
^_^

Yours Truly,

Read more...

Berkata-kata itu susah, menangis itu mudah

That's me, and I can't change that. 
I thought I changed before, but no.
Now I felt like I hardly talk again.
How in a million years I wish I can speak louder.
I wish I can speak more.
Like others.

T_T


Yours Truly,



Read more...

Cry me a river

Salam..

Apa khabar? Alhamdulillah, saya sihat. Minggu lepas minggu busy. Mungkin akan berpanjangan busy sampai bulan 12 nanti. Hari ni pula hari...... ouh tak tahu la nak kata hari apa. What I know is that I'm sad. Seriously, sedih hari ni menghadap projek master yang tak siap2 lagi. Tak sampai sebulan je lagi dah nak present. But look, I'm stuck over here. Dah berbulan-bulan stuck dengan benda yang sama. Macam buat kerja sia-sia pon ada. Alone and no one to guide. Saya tahu dan faham sesetengah sv mengharapkan lebih pada student. Tapi tak boleh la nak expect yang lebih2 sangat. Especially bila saya student taught course. Dengan kelas lagi, test lagi, assignment lagi, tak macam student full time research yang duduk lab sepanjang hari menghadap projek dan facebook. No no no and no! Taught course and full time research itu tidak sama. Mereka master 2 tahun menghadap research semata-mata, while taught course buat master 1 and a half year then terpaksa bahagikan masa antara kelas, test dan assignment. I agree ada student taught course yang dah siap projek semua, but they can use toolbox and so on. Just masuk2 kan data... tadaaaa siap! Projek siap! Boleh grad! Okay emo T_T Tapi saya tak boleh guna toolbox, derive dari awal sampai akhir. So that bila present panel akan kata, ouh bagus la student ni, bagus la sv nya. Tapi bila dah stuck dengan berbagai-bagai error, I'm left alone. Takde siapa nak guide bila takde siapa pon tahu nak buat benda ni macam mana @_@

Saya master, bukan PhD.

And saya dah down ni tak nak sambung PhD T_T

Yours Truly,


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP