LIKE my PILLO Covers page!

Oh WOW, check this out!!!

Money is my honey

Assalamualaikum.

Ya know what?? Mulai saat ini, saya bernekad untuk berjimat-cermat dan tidak membelanjakan wang sesuka hati. Ecewah. Eh serius ni. Bagi semangat sedikit okay. Semua gara-gara kereta tersayang yang buat hal lagi. Dalam masa seminggu saya membelanjakan wang hampir seribu ringgit. Nasib baik sekarang kaya sedikit sebab berbiasiswa. Syukur alhamdulillah. Kalau tidak memang frust lah walaupon exam dapat fullmark. *Tak habis-habis lagi nak bangga*

Jumaat lepas servis kereta habis RM200. Hari ni minyak brek kereta bocor, dijangkakan mencecah RM400 hingga RM500. Sedey! Sedey! Sedey! Okay fine! Nanti kat rumah I taknak bawak u dah. I nak bawak Honda. Padan muka Kembara di anak tiri kan. Asyik rosak aje, beli kereta baru nanti karang. Tapi rasa macam tak mampu lagi. Oh sungguh kasihan saya T_T

Jimat jimat juga, tapi esok baling tetap baling. Eh bukan. Boling tetap boling! Tapi saya tetap nak baling-baling sahaja. Apa pandang-pandang? Jangan pandang rendah, walaupon hanya baling-baling tapi saya akui, ya saya akui saya pernah score strike bermain boling. Bukan sekali, malah sebenarnya 3 kali! Hebat bukan. Nampak je saya lembut-lembut baling bola boling bersaiz paling ringan tetapi strike dengan bergaya.

Untuk esok, may luck be with me 

^_^


Untuk sekarang......

Pergi siapkan tesis!!!!!

Yours Truly,

Read more...

The call?

Assalamualaikum.

Got a phone call today and........... Teheehee. Dah dah tak nak speaking. Petang tadi tengah sedap tidur handset berbunyi kemudian angkat dalam keadaan separuh sedar.

Nana: Ez, Dr. ***** suruh call dia sekarang.
Me: Hah?Kenapa?
Nana: Tak tahu.

Terus bangun segar-segar dalam keadaan cemas. Pasal final exam ke. Baru je nak rehat-rehat lepas exam habis =_="

Me: Assalamualaikum Dr. Saya Ezreen. Tadi Suzanna suruh call. (Sopan kan? sopan kan?)
Lctrr: Oh hah Ezreen, what happen to your final?!!
Me: Eh kenape?
Lctrr: Boleh buat tak?
Me: Err erm saya rasa macam boleh je. (Dalam hati rasa carry mark semua dah okay. Confident ;p)
Lctrr: Betul? Tu la, macam mana ni ............ fullmark ni. Awak belajar mana eh dulu?
Me: Eh yeke? 
Lctrr: Betul, saya tengok banyak kali nak cari salah awak tapi takde juga.
Me: Eh Dr tak payah la cari dah kalau macam tu ;p
Lctrr: Bagus eh, awak dengar la saya mengajar dalam kelas.
Me: Erm aah saya memang concentrate dalam kelas (Layan kan aje =_=")
Lctrr: Ouh bagus-bagus.
Me: Eh Dr nak bagi saya hadiah ke ni suruh call?
Lctrr: Eh patut nya awak la yang kena belanja sebab saya bagi awak fullmark ni. Okay yer, belanja hari Isnin nanti boleh?
Me: Eh err err  
Lctrr: Boleh?
Me: Err boleh kalau Dr nak :|
Lctrr: Bole eh isnin
*terus letak phone* 
*Tak sempat cakap okay ke tak terus letak phone, saje je kan lecturer ni. Mempermain-main kan hati ku.*

Sampai sekarang tertanya-tanya lecturer ni betul ke suruh belanja atau main-main. Haish~ So petang tadi keluar result final. Tak sampai 5 hari dah tahu result. Nasib baik result pon alhamdulillah (:

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Tunggu lagi dua result dengan result projek.

Lepas habis exam yang dapat fullmark. Tak sangka you~~~~~ 

(^_^)

Yours Truly,

Read more...

Salam Idil Adha

Assalamualaikum.


Sama tak?

(^_~)v

Muka excited baru balik tengok orang sembelih lembu dan sembahyang raya. Tak bukak tudung lagi, kita tangkap gambar dulu. Oh first time senyum tunjuk gigi kan. Konon-konon ni boleh buat kenangan ketika berumur 22 tahun 11 bulan dan berbraces di Idil Adha. Tahun depan dah takde dah. Teeheehee.

Anyway, Salam Idil Adha saya ucapkan kepada mak dan daddy di Mekah, abang-abang, kakak, kakak-kakak ipar, anak-anak buah yang berada di bandar, sanak saudara, rakan-rakan serta mereka yang mengenali diri ini. Happy always (:

Salam perantauan daripada,


Read more...

Jalan-jalan cari makan @ Senibong

Assalamualaikum.


Bakal-bakal lecturer ni. UiTM, UMP, UTeM, Unimap.... semua ada ;) Good luck semua!!

Semalam pergi menikmati seafood kat Senibong sempena meraikan kami, pelajar-pelajar master yang bakal  grad. Heehee. Two more papers to go dan tesis serta dua assignment lagi yang perlu disiapkan =_=" 

View kat sini lawa, boleh nampak Singapore kat sebelah sana. Kalau kat JB macam tak nampak sangat, dari sini boleh nampak part yang maju siket. Makanan pon sedap and ofcourse la kena order seafood dah jauh-jauh datang nak makan tepi laut kan. But take note, untuk udang dan lala/ kepah biasa nya dia akan hidang kan dalam setengah kilo. Kitorang ingat standard la kan dia nak hidang untuk satu orang makan, sekali naaaaaahhh..... seorang makan dekat 10 ekor udang yang besar-besar tu. Terpaksa la kami yang lain-lain ni tumpang makan. Oh satay kat sini pon sedap sebab macam lembut-lembut je, amat sesuai untuk sesiapa yang pakai braces ^_^

Akibatnya hari ni rasa macam kepala berdenyut-denyut. Tak tahu la migrain ke stress ke apa, tapi memang menyeksakan. Draft tesis yang kena buat pon jadi tergendala. Tengok laptop je pening, last-last boleh tidur je. Sebenarnya dah dua tiga hari dah rasa macam sakit kepala sejak kena hujan rintik-rintik siket je hari tu. Tapi hari ni rasa macam teruk sangat sakit. Tiba-tiba risau ada penyakit serius. Harap-harap tak la kan :S

Okay, nak sambung buat draft tesis sebelum pening semula..

Yours Truly,

Read more...

Blogger stats

Assalamualaikum.

Pernah dengar tak tentang blogger stats ni? Baru-baru ni buka blogger dan perasan ada function baru. Menarik~ So lepas ni boleh la tengok-tengok, siapa stalker dan silent reader blog anda.

^_^


Fokus pada yang tengah-tengah tu okay. Bukan pada tab yang atas, mahupun yang bawah. Yang buka blog-blog kawin tu bukan saya taw. Mesti ada orang lain yang buka ni.. Heeheehee ;p Yang main ym tu pon bukan saya.

Tengok~ Post paling banyak pageviews adalah tentang sopan santun. Memang bagus-bagus semua reader blog ni. Selain itu, ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Cik Rehan kerana telah menyumbangkan traffic yang paling banyak sepanjang pembukaan blog ini! Tahniah2~


Oooooo banyak juga stalker dari facebook rupanya. Senyap-senyap je kan..... Tengok tu, dah pandai-pandai search terus blog ni. Terasa femes walaupon ada 3 je ;D Gambar luaran farina ni apa pula? Isk. Tercemar nama bila ada artis nama sama =.="


Yang ni, konon-konon femes la sangat eh bila satu dunia view ^_^


Yang ini pula statistik untuk minggu ni. Lepas ni nak letak sajak-sajak je la. Tapi kena tunggu mood sedih betul-betul, baru dapat mengarang sajak. Macam best pula ;p

Yours Truly,

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP