LIKE my PILLO Covers page!

Oh WOW, check this out!!!

psssttt.. Tips final exam ni.

Assalamualaikum.

Since final exam is just around the corner, hari ni nak share tips-tips menghadapi peperiksan. Okay, sebenarnya bukan tips tapi doa-doa yang boleh diamalkan. Got this from a lecturer of mine masa tahun 3 degree di UTM. Nice kan? Lecturer lain sibuk upload notes je kat e-learning, tapi dia upload doa sekali. Since then, tiap kali nak exam before stadi tu saya amalkan baca doa-doa ni. Lepas tu stadi. Kalau baca doa je tapi tak stadi pon tak guna. Usaha dan tawakkal itu penting ;)

Before pergi exam pon selalunya baca doa ni. Masa tengah rasa takut-takut tu. Tapi yang berkaitan je la. Senang je doa-doa ni, tanpa sedar kalau dah biasa baca tengok-tengok dah terhafal. Try it! Tapi kat sini saya bagi terjemahan nya je la. Laptop tak cukup canggih nak type tulisan jawi.

 start the dream by babyc8kes on deviantArt

MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SIFAT MALAS, BAKHIL DAN LAIN-LAIN

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari kesusahan, kesedihan, sifat bakhil, lemah dan malas, bebanan hutang dan orang yang dengki.

DOA BELAJAR

Ya Allah! Keluarkanlah kami dari kegelapan keraguan, muliakanlah kami dengan kefahaman. Bukalah makrifatMu kepada kami dan mudahkanlah bagi kami memasuki pintu-pintu anugerahMu, wahai Allah yang Maha Penyayang.

DOA TERANG HATI

Ya Allah! Terangilah hatiku dengan cahaya hidayatMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahariMu buat selama-lamanya, ya Allah, yang Maha Penyayang.

DOA SETELAH BELAJAR

Ya Allah! Aku mempertaruhkan padaMu apa yang telah Engkau ajarkan padaku, maka pulangkanlah semula padaku apabila aku memerlukannya dan janganlah Engkau jadikan aku lupa padanya, wahai Tuhan alam semesta.

MEMOHON DIJAUHKAN DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT

Ya Allah! Aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak kusyuk, doa yang tidak didengar dan amalan yang tidak diterima.

MEMOHON KEMUDAHAN MEMAHAMI ILMU

Ya Allah! Ilhami aku ilmu yang dengannya aku dapat mengetahui segala perintah dan laranganMu, rezekikanlah itu padaku. Wahai Allah! Sampaikanlah padaku pemahaman yang mendalam sebagaimana pemahaman para nabi, kefasihan hafalan para rasul dan kepantasan ilham para malaikat al-Muqarrabin. Muliakan aku, ya Allah, dengan cahaya ilmu dan kepantasan pemahaman. Keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan. Bukalah pintu-pintu rahmatMu kepadaku dan ajarilah aku rahsia-rahsia hikmatMu, wahai Tuhan alam semesta.

Akhir kata, selamat mencuba and good luck for your final exam!

^_^

Yours Truly,

AzizMostafa  – (October 29, 2010 at 5:21 PM)  

@ Laptop tak cukup canggih nak type tulisan jawi.

Mahu taip tulisan Jawi dalam Word?
http://www.typophile.com/node/58330

Mahu taip tulisan Jawi dalam CorelDraw?
Mahu tulisan Jawi dalam Photp shop?
Mahu tulisan Jawi dalam Illustrator?
http://typophile.com/node/74436
------------------------
Semarak Jawi + Khat
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

muimui –   – (October 30, 2010 at 3:27 PM)  

all the best! Moga Allah prmudahkn :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP