Cream puff

Assalamulaikum (:

Ini resipi basi. Sudah lama buat tapi baru mahu share. Semuanya kerana konon-konon prepare untuk interview. Ada request cerita tentang interview hari tu, tapi nanti-nanti la. Sudah dapat result yang best baru mahu cerita. Kalau tak best tak mahu cerita. Okay? c:

Sekarang cepat sediakan kertas dan pensel untuk menyalin resipi!

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

sedikit serbuk penaik 

Custard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara
Cream Puff
  1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
  2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik.
  3. Masukkan adunan ke dalam beg piping.  Pipekan atas dulang yang telah digris. (Saya buat pakai sudu dan tangan sahaja)
  4. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan. (Oven kena panaskan dulu ke suhu 200˚C. Kalau tak panas nanti puff tak kembang dan tak berongga kat dalam dia.)

Inti Custard
  1. Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.
  2. Custard tu boleh dipicitkan ke dalam puff tu bila puff tu sejuk sikit. Caranya, tebuk lubang kat puff (boleh buat kat atas atau kat bawah). Pastu gunakan piping bag yang berisi custard, picit ke dalam rongga puff tu. 
 Rasa tidak lengkap tanpa gambar bukan?

Ini serving suggestion, ala-ala hiasan hotel sikit-sikit ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP