Ini kisah hari pertama
Assalamualaikum (:
Ini cerita hari pertama saya berkerja lima hari yang lepas. Nak tahu tak? Nak tahu tak? Okeh macam ni. Hari pertama sudah semestinya semangat bukan. Bangun awal pagi dan gerak dari rumah sewa seawal 7.30 pagi oleh kerana jalan ke UTeM pon tak pasti lagi. Surat tawaran minta report duty jam 8 pagi. Jadi orang macam saya yang lurus dan sentiasa mengikut peraturan mestilah datang sebelum 8 pagi. Tengok-tengok dari rumah ke universiti hanya mengambil masa less than 10 minit! Tak sangka sungguh begitu dekat =_=". Apatah lagi student-student di sini memandu dengan begitu laju sekali. Tahu lah jalan ke UTeM besar dan kosong. Sungguh tak selesa bila kereta belakang follow begitu dekat. Nak potong, potong lah kan! Tapi nak tak nak terbawak laju sekali ;)
Oh ya tapi sila jangan terpedaya. Itu cuma hari pertama. Hari kedua saya gerak dari rumah 7.45 pagi. Hari ketiga pula 7.50 pagi. Hari keempat pula 7.55 pagi. Hari kelima esok agak-agak pukul berapa? Haha. Kalau datang pukul 8 lebih tu memang majoriti parking staf banyak kosong lagi lah.Kat sini punch card kerja at least sekali sehari either masa datang atau waktu balik. Nak dua kali pon boleh. So kiranya tidak kira jam berapa punch card asalkan punch sekali. Faham tak ni? Faham tak?
Tapi nama je punch card ye, sebenarnya tidak perlu punch-punch pon. Nasib baik saya tidak memalukan diri di hari pertama cuba punch-punch di main entrance FKE. Cuma dekat kan kad matrix staf anda seperti touch n go sehingga terdengar bunyi 'tinit' 'tininit' 'tinininit' 'tiiiiiiiiiiiiiit'. Okay tipu je, sebenarnya bunyi sekali sahaja ye. Bunyi banyak-banyak kali tu kalau main scan banyak-banyak kali. Tapi kalau nak buat sila pastikan tiada student di sekitar. Nanti kena ngutuk jah.
Mula-mula report duty di pejabat pendaftar bangunan canselori. Rupa-rupanya ada dua bahagian pejabat pendaftar okay. Pagi-pagi saya telah memalukan diri masuk salah tempat. Jadi lain kali jika tidak tahu sila tebalkan muka tanya orang. Mungkin akan kurang malu sedikit daripada masuk salah tempat.
Inilah bangunan canselori. Sumber: facebook ^_^ Cuma saya ubah tone colour mengikut citarasa~
Kemudian baru report duty di FKE.
Dekat fakulti ni lagi lah macam cemas sebab first time datang dan tak tahu nak punch card mana, office kat mana. Tapi masuk sahaja buat muka confident dan tanya akak kat counter bawah tu.
Saya: Erm nak tanya, lapor diri staf kat mana ya?
Kakak: Ouh erm jawatan tutor ke?
Saya: Erm tak tak lecturer.
Heheh. Nak juga cakap. Student kat sebelah dah pandang. Dalam hati nak je cakap ape pandang-pandang? Tahu lah sebenarnya I nampak lagi muda dari u kan! Kan kan! Nasib baik taw I pakai high heels nampak tinggi sikit.
Then lepas tu lapor diri kat tingkat atas.
Jumpa dekan.
Jumpa timbalan dekan akademik.
Jumpa ketua jabatan.
Okeh jom jom jemput masuk bilik pula.
Knock! Knock!
Masuk! *dah prektis dah ni*
Inilah bilik saya, buat sementara waktu. Haha. Besor tak besor tak. Kerusi pon berplastik lagi. Sebenarnya bilik ni share dua orang. Dalam bulan enam nanti baru tukar bilik sorang tunggu jurutera pengajar keluar.
So dats all! Cerita hari pertama saya. Yep yep I know~ Saya tahu sungguh bosan~
Sekian sahaja dari Cik Ezreen Farina.
Semalam ada staf pusat komputer call. Helluuuu boleh bercakap dengan Puan Ezreen Farina. Rela tak rela iye kan je lah =_="
wa.. bestnye jd lecturer.. ni yang nk jadi lecturer gak ni.. hoho -cik hana-
tahniah kak ezreen :) sejak dua menjak ni asyik ckp tahniah je kat akak kan. what a life achievement! cite la masa first time bg lecture. mesti budak laki melopong je tengok lecturer cun mengajar kan? huhu
waaaa~ beshnyeeee~ *_*
hana: bile blk msia? ke dah balik? haha.. tak sampai sebulan lagi.. tak bole cakap best ke tak..
azue: tQ again n again okeh! tak masuk kelas pon lg~ cun? azue je yg ckp cun.. kene pkai spek nnti taw~
anas: perli ye!!!
tak balik lagi.. lagi setahun... ngoh ngoh ngoh..
keje baik2 ye budak kecik.. eh da tak kecik dah kan kamu.. sebab dah pakai heels.. haha
jadi cikgu baik2! (^^)y
congrats dear! bestnyee dh jd lecturer. :)
tahniah!=)
hana: dah tinggi la okay.. ketinggian normal wanita asia~
rehan: thankx dear~ stadi di perantauan elok2..
saeko_nakamura: tq very much!!
ezreen,kita pun teringin nak jadi lecturer tp kita xthn study giller2...kena tunggu bila dah bersedia baru bleh sambung study...sob2...
salam... mcm mn nk apply jd lecturer kt utem 2? Apa soalan2 yg diorg tnya?
Betol2.. Tros paham subjek tu
nice story
~PEDG,FKE~