JCard Day!

Hai!~

Baru balik dari JCard day kat Jusco Taman U ni, memang ramai orang la sampai parking pon ke luar2. Polis pon ramai jugak berdiri tepi tu keluar kan saman ;) Memang kaya la polis tiap kali JCard day kat sini. Last2 kitorang parking kat area Taman U, jauh siket la kena jalan tapi ok la daripada kena saman. Kitorang sampai dalam pukul 11 pagi, tu pon dah memamg sesak gila nak beratur kat cashier. Nak shopping pon macam tak best, last2 tak beli barang apa pon sangat. Shopping kat Selangor lagi best kot, Jusco Taman U ni kecik sangat and tak banyak choice. Berhimpit2 je banyak.

Tadi pergi Jusco pon sebab nak redeem Celcom Blue Bear. Tak sangka pon dapat, tapi sampai2 je orang tu cakap stock dah habis. Kena pergi kat Celcom center *sad*. Tengok la kalau kot2 kat area Selangor ada stock lagi nanti. World Cup dah habis baru la sebok2 nak blue bear tu, memang la habis stock kan. Saya memang ketinggalan zaman ;) Actually tak minat pon bola, tapi bila dapat bear free terus minat. Hehehe

Petang ni saya nak balik Selangor~ Banyak benda kena buat. Jumpa dentist, renew driving license, fotostat insuran kete semua untuk daftar sticker U. Lagi apa lagi ntah, macam banyak je rasa benda perlu buat dalam tempoh 2 setengah hari kat rumah. Tapi Isnin ada kelas, kalau tak bole tambah lagi cuti sampai Selasa ;(




Photobucket


Packing barang~

Next weekend saya akan ke Kuantan lagi sempena reunion coursemate2 masa degree. Waahhh, memang banyak duet habis bulan ni; bayar dentist + renew license untuk 3 tahun + reunion. Harap2 menjelang bulan Ramadhan nanti dapat la save siket duet coz takyah beli lunch. Tapi kalau makanan berbuka dah sama harga dengan lunch + dinner hari biasa, memang tak dapat la nak saving.

Okay la, nak cerita tu je. Nak tidur jap before naik bas pukul 4.30 petang nanti. Jap je ni. Nanti dalam bas nak sambung tidur jugak lagi ;)



Photobucket


Siap!

 Yours Truly,
-ezreen-

muimui –   – (July 15, 2010 at 10:24 PM)  

ahah~ x blikn ape2 utk sy keeee?

-ezreen-  – (July 19, 2010 at 12:55 AM)  

blue bear habis stok~ amek serial number ni la.. g tuntut sendiri ;D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP