Kau beriku bahagia~


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu

Diri ini hanya manusia biasa, tidak cukup sempurna. Tapi tidak adil seseorang itu menilai orang lain dari luarannya sahaja. Mungkin tidak bertudung selabuh mana, tapi bukan bermakna tidak pernah berusaha.......... untuk menjadi yang lebih baik.

Harap faham :')

Read more...

Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM :)

Hari ini, Isnin, 26 Julai 2010 bersamaa 14 Syaaban 1431 Hijrah, secara rasminya Bangunan Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) UTM telah ditukar nama kepada Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan ucap utama dan titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim. Seterusnya disusuli dengan lawatan ke Wireless Communication Centre (WCC), pusat equin dan Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) dan diakhiri dengan majlis perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Tahniah UTM!~ ;D

Oh by the way, malam ni adalah malam Nisfu Syaaban.

Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki :)



Photobucket

Lagi gambar murahan dari camera henfon. Ni la view dalam Dewan Sultan Iskandar UTM dari tingkat atas :)

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Good luck charm

I am sooooo not lucky today.

Beg pergi kelas koyak kena seterika.

Tudung hangus kena bekas beg yang kena seterika.

Alas tilam pon sama..

 Oh my oh my, clumsy me :'(
In the end I treat myself with teppanyaki and walnut brownies at City Square, JB.


And I felt happy all over again~

Then I realized that life is beautiful. One minute you're sad, the next you're happy.

As they say, make as many mistakes in your life. Till then you will learn not to put unnecessary things on your bed, and the most important one is don't you ever iron your clothes on the bed! 
Yours Truly,
-ezreen-


Read more...

Masih ada yang kisah...

Tanpa kita sedari, sebenarnya sepanjang perjalanan hidup ini masih ramai yang ambil peduli tentang diri ini. Ramai yang menasihatkan to get away from this, that, her and him. Mungkin kerana muka ini dilahirkan innocent dan sering ditindas, ramai yang kasihan. Terima kasih semua. Because of that I became who I am now. Walaupon tidak sebaik mana, namun tidak lah terpesong sejauh mana.

Masih ingat lagi, sewaktu di MRSM, there's this one girl. Memang agak annoying, and one time I cried. Eh sebenarnya lebih one time kot, tapi sekali ni je yang macam teruk sikit. Berlari2 sambil nangis dari surau balik blok asrama. But in the end, masa nak habis form 5 she told me something, dia bukan apa buat I nanges semua, cakap benda2 yang menyakitkan hati, tapi sebenarnya nak bagi I kuat. Yer, dulu masa sekolah saya kememeh. Jalan pon pandang lantai je. Low self-esteem gila. Orang tanya sepatah, I jawab sepatah. Orang tanya dua patah, I still jawab sepatah. Orang tak tegur, lagi la jangan harap I nak tegur. Tapi alhamdulillah sekarang dah tak la macam tu. Maybe thanx to her too saya jadi lebih kuat dan tabah :)

Masa sekolah jugak la my ex-roomate ada nasihatkan something tentang my soon to be roomate at that time. Dan ayat dia macam ni, ***** tu nampak je baik, hati-hati taw. Waaahhh, mungkin risau takot saya ditindas lagi. But in the end, ***** tu okay je. Dan saya masih berkawan dengan dia lagi sampai sekarang. Kesian dia kena fitnah dulu2. Haha.

Start masuk Ekspress MARA-UTM, there's this one guy nasihatkan I jangan rapat sangat dengan roomate. Nanti terpengaruh. Thanx la for the advice, tapi sepanjang I kawan dengan roomate dulu tu rasa okay je. Baik je. Mungkin dia sosial sikit coz budak KL. Saya tak sosial, budak Selangor katekan~ But don't worry, saya tak mudah terpengaruh macam tu la. But thanx for the advice ;D

See, banyak yang ambil berat sebenarnya. So from now on, saya try tak akan sedih lagi kena tinggal ke apa, coz I know somewhere out there ada orang yang masih ambil kisah tentang saya. Look at the bright side people!

Hey, thanx for watching over me!~ ^_^


Photobucket




Oh by the way, I noticed that every week ada je someone dari German at my blog traffic. Macam stalker la~ But I think I know who you are. Ces, memang banyak silent reader rupanya blog ni. Ok dah malu. Nak tukar address blog sayang plak. Terpaksa la bertahan macam ni. Ahhhh blog ni tak privasi, and I had to live with it.

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Tips of the day~

Hari ni bangun pagi rasa sakit2, macam susah sangat nak buka mata. Apatah lagi hari ni kelas pukul 8 pagi. Hujan pulak tu. Memang hari2 pon susah, tapi kali ni lain. Hari ni mata berketumbuhan berketumbit >_<.. Dah masuk 3 hari sebenarnya, tapi pagi ni macam dah start bengkak sikit. Habis la pergi kelas dengan mata sebelah sepet. Tapi sebenarnya tak obivous sangat pon sebab mata sebelah lagi takde la besar mana ;p. Apa2 pon nasib baik esok dah takde kelas dah. Dapat la merehat2 kan mata kat bilik. Bukan tidur ye~

Pagi tadi sebelum pergi kelas sempat tuam mata. Kurang sikit la bengkak. Boleh la try nanti. Tapi zaman sekarang tuam cara moden, hanya perlukan seterika dan selimut. Macam ni, panaskan selimut dengan seterika, kemudia tuam kan selimut panas tadi atas mata. Pastikan buat ni selepas bersiap2 nak pergi kelas, nanti tertido sempat lagi ;)

Mata berketumbit pon kena pergi kelas taw. Contohilah saya~

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Ketenangan

Selesai solat isya' berjemaah di surau tadi, ambil mood sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba =) Best rasa. Alhamdulillah~ Lama tak pergi surau. Harap Ramadhan nanti dapat solat tarawih full *tolak la yang cuti2 tu*. Tadi kawan2 puasa, tapi malangnya saya tak. Tak larat rasanya sampai universiti malam tadi, makan malam pon burger je. InsyaAllah Khamis nanti nak puasa, saya try. Walaupon dah habis ganti puasa :)

Malam ni semangat nak buat projek, berazam mesti ada progress. Stay up pon stay up la. Esok nak jumpa supervisor. Nak minta isi borang progress report UTeM, so walau macam mana pun kena juga tunjuk progress projek, baru dapat puji lebih siket2 kan ;P

Tak tahu la hala tuju projek Master kali ni. Berbeza sangat dengan masa Degree. Degree dulu rasa semangat je buat, coz it is something yang senang nak belajar sendiri. And I'm happy with it. Sebab saya betul2 buat sendiri, just jumpa supervisor untuk tunjuk progress. Rasa bangga bila dapat pujian. Hehe. Lepas tu dapat tolong kawan2 lain. Tapi kali ni, jangan harap la boleh tolong orang kalau projek sendiri pon tak siap. Ah!~ Dari dulu saya memang lemah programming. S-function dalam Matlab ni pon kira macam programming la jugak kan.

Selalunya jumpa supervisor mesti sv ada mention tentang sambung Phd under dia. Katanya senang, coz saya dah ada basic knowledge tentang projek ni. Sambung aje untuk dapat Phd, less time untuk study semua balik. Senang bagi saya, dan bagi dia. Tapi tiap kali cakap tentang ni saya diam. *Takde la diam sangat tak berkata apa*. Tapi agak nampak sangat kot reaksi muka. And then dia sambung cakap senang je kan ni. Nape, awak rasa susah ke? Huuuhh, terdiam lagi. Dalam hati rasa takde la susah sangat bila dah tahu. Saya pon jawab takde la susah, tapi tension bila asyik error. Sangat tension, walaupon dah rasa benda tu dah betul tapi error. Mesti sedih kan. Penat2 buat, jahat betul Matlab ni. Sv pon cakap, ouh tu perkara biasa bila buat projek =)

Tapi memang risau dengan projek ni. Untuk subjek2 lain saya rasa no hal, insyaAllah boleh pass. Tapi............ *terdiam lagi* <-- nak buat macam mana sebab saya memang dilahirkan pendiam. Biarlah. Saya tak kacau hidup orang lain dan saya harap tak menyakitkan hati orang lain. Biarkan saya diam. Mungkin lebih baik.

Nak sambung buat projek dulu. Doakan saya dapat siapkan projek Master ni on-time. Saya nak grad on-time! Nak habis Master umur 22~

.........Tapi malam ni saya rasa tenang, harap awak semua pon sama~ ...............

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Beserah, Pahang

A picture from

Kem Pemantapan Jawantakuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 9
15th - 18th June 2010
Beserah, Pahang



Photobucket


For more pictures can click HERE

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Blog makeover

Hey guys~



Blog is now re-open for viewing with a new design template. Yeay2~ Kali ni template lebih user friendly for those yang rasa rabun2 gitu. Amik la gedabak besar dah gambar2 sekarang. Actually dah lama dah teringin nak bagi gambar2 dalam blog ni besar2 gitew, tapi tak reti. But now saya dah expert. Hehehe. In just 2 hours blog sudah boleh kembali di view dengan design yang baru. You can see that the background colour for the body is now white instead of black. Nampak suci murni and actually it is easier to manage too. And if you look closely, you can see that my page is actually snowing!! Ehe, tapi sebenarnya tak nampak sangat pon due to the background colour. But anyway, I like it so much! *big clap-clap for myself*

ps: Some of my blog list is missing. But not to worry, anda bukan di blacklist. Cuma hilang when I tried to change my blog template, and I had to do it all again from scratch. Some yang missing saya tak ingat la you guys punya blog address. Later I will google it again okay~ ;D

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Under construction

Hey guys..

This blog is currently under construction. Please ignore the 'buruk-ness' of this page and do come back later~
Ezreen Farina Shair

Read more...

JCard Day!

Hai!~

Baru balik dari JCard day kat Jusco Taman U ni, memang ramai orang la sampai parking pon ke luar2. Polis pon ramai jugak berdiri tepi tu keluar kan saman ;) Memang kaya la polis tiap kali JCard day kat sini. Last2 kitorang parking kat area Taman U, jauh siket la kena jalan tapi ok la daripada kena saman. Kitorang sampai dalam pukul 11 pagi, tu pon dah memamg sesak gila nak beratur kat cashier. Nak shopping pon macam tak best, last2 tak beli barang apa pon sangat. Shopping kat Selangor lagi best kot, Jusco Taman U ni kecik sangat and tak banyak choice. Berhimpit2 je banyak.

Tadi pergi Jusco pon sebab nak redeem Celcom Blue Bear. Tak sangka pon dapat, tapi sampai2 je orang tu cakap stock dah habis. Kena pergi kat Celcom center *sad*. Tengok la kalau kot2 kat area Selangor ada stock lagi nanti. World Cup dah habis baru la sebok2 nak blue bear tu, memang la habis stock kan. Saya memang ketinggalan zaman ;) Actually tak minat pon bola, tapi bila dapat bear free terus minat. Hehehe

Petang ni saya nak balik Selangor~ Banyak benda kena buat. Jumpa dentist, renew driving license, fotostat insuran kete semua untuk daftar sticker U. Lagi apa lagi ntah, macam banyak je rasa benda perlu buat dalam tempoh 2 setengah hari kat rumah. Tapi Isnin ada kelas, kalau tak bole tambah lagi cuti sampai Selasa ;(




Photobucket


Packing barang~

Next weekend saya akan ke Kuantan lagi sempena reunion coursemate2 masa degree. Waahhh, memang banyak duet habis bulan ni; bayar dentist + renew license untuk 3 tahun + reunion. Harap2 menjelang bulan Ramadhan nanti dapat la save siket duet coz takyah beli lunch. Tapi kalau makanan berbuka dah sama harga dengan lunch + dinner hari biasa, memang tak dapat la nak saving.

Okay la, nak cerita tu je. Nak tidur jap before naik bas pukul 4.30 petang nanti. Jap je ni. Nanti dalam bas nak sambung tidur jugak lagi ;)



Photobucket


Siap!

 Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

On9 bisnes

Anda ada anak? Anak sedara? Baby doll? Sukakan baju yang santek2 dan berjenama untuk anak dan baby doll anda? Atau mungkin anak dan baby doll kawan anda as a gift? Tetapi terlalu busy untuk ke shopping mall. Now you can just click2 dan beli~ Presenting.....


Bebe.Hub, the place where you'll find branded babies and kids's clothes at affordable prices all year long!
 I tolong promote my sis in law punya bisnes. So what are you guys waiting for? Lets check it out! Baju yang kiut miut menanti anda ;D

Lets shop @ Bebe.Hub now!

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Pesanan buat kamu dan aku ;)

Hai hai!~ Blogwalking and found this.  Macam tacing2 je kan.. Tsk tsk. Sebenarnya dah merata2 dah benda ni, jadi donno how to cite. Who is the real writer pon I tak tahu la. Sangat misteri~ Nak kata I yang buat ofcourse la nampak sangat menipu. Hehehe ;p

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.
 




Photobucket


 Jadi kanak2 jugak best. Macam innocent je gitu, takde masalah, happy je selalu. Orang yang tengok pon boleh jadi happy ;)

 Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

1st day of a new semester

Gooood morning~

Salam.

Hari ni bangun awal konon2 semangat pergi kelas. Dah half way perjalanan suddenly kawan sms kelas cancel. Jadi berpatah balik dengan semangat juga. Hehe. Tapi petang ni ada kelas lagi, entah2 cancel kan. Tapi harap2 tak la sebab saya suka pergi kelas, dapat tengok2 orang. Duduk dalam bilik ni boring, tak luas pemandangan dan juga pengalaman ;)

Sebenarnya hari ni first day untuk semester 3 master. InsyaAllah last sem dah. Hope semuanya berjalan lancar untuk semester ni. Ameen.

This semester saya ambil total 14 jam kredit. Tiga subjek 3 kredit and 1 master project 5 kredit. Since hari Selasa takde kelas, so saya reserve kan untuk projek. Cewaahh~ Projek ke berehat2 eh? Either one la. Tapi ingat nak mintak kat lecturer untuk tukar kelas hari Jumaat ke hari lain. So nanti boleh la nak balik weekend lama siket. Lagi pon appointment dentist selalunya hari Jumaat.

Jadual untuk semester ni. Tengok, tiga hari berturut kelas pukul 8. Huuu~ Kena bangun pagi la nampak nya.

*********************

Hari ni masih terasa penat uruskan MTM minggu lepas. Sebenarnya bukan buat apa sangat pon, just drive sana sini, masak, angkat2 barang, menjual, tapi seriously penat sangat. Lenguh2 kaki ni, selipar pon sampai terputus dah. Huhuhu. Some of the pictures sepanjang minggu lepas =)

Majlis Perasmian Minggu Transformasi Mahasiswa 2010

Pendaftaran pelajar baru

Perasmian Kelab 1 Malaysia

Sukan antara kolej

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Awet muda..

Selamat malam semua~

Sekarang pukul 1.09 am waktu Malaysia, tapi tak rasa macam mengantok lagi. Jadi jom nak update blog ni. Kali ni sebenarnya bukan nak bagi tips2 awet muda, tapi nak cerita pengalaman memalukan disalah anggap as student first year. Ehem malu ke? Tak2, sebenarnya bangga sebab nampak muda lagi. Hikhik.

Actually sekarang kan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) untuk student2 baru masuk, so semalam ada la majlis bersama TNC kat dewan. We all pon pergi la join, best jugak. Teringat zaman muda2 dulu baru masuk univ. Tapi dulu kena duduk belakang, but now duduk seat VIP. Hehe.

All the way sepanjang program ni banyak kali agen MTM tersalah ingat kitorang ni student baru. Dari mula2 nak masuk dewan sampai la tyme nak balik. Memang rasa kelakar la hari ni. Student baru pon tersalah ingat kitorang macam diorang. Nampak sangat tak dengar tyme we all perkenalkan diri. Isk3. Mentang2 sebab kitorang pakai t-shirt kolej warna pink macam budak2 K9 lain. Boikot tak nak pakai dah baju tu, nanti pergi cafe orang ingat student 1st year lagi. Malu la I~ ;P

Situasi pertama: On the way masuk dewan. 
Agen MTM lelaki: Haih, berlenggang macam kat shopping mall.
Sekali ada felo tu marah diorang. Haha. Padan muka. Lain kali cakap elok2 siket. Biar la kan nak berlenggang ke ape kan. Dewan pon x full lagi.

Situasi kedua: Dalam dewan mencari2 tempat duduk.
Agen MTM gurl: Student K9 duduk sini.
P.felo: Pembantu felo pon kena duduk sini ke?
Agen MTM gurl: Eh pembantu felo ke? Sori2. Tak perasan.
*Sekali last2 dapat duduk tempat VIP* :)
Esoknya terjumpa agen MTM ni kat kolej, punya la mintak maaf. Cakap semalam tak kenal pembantu felo yang diri depan tu semalam. Hahaha. Takpe la~ Asalkan u kenal I.

Situasi ketiga: On the way keluar dewan. Ehem, VIP keluar dulu taw~ Sekali dengan TNC. Mesti student lain pelik kenapa budak2 ni boleh keluar awal. Sekali sampai kat area student K9 duduk.
Student baru: Eh awak nak pergi mana?
P.felo: Erk saya pembantu felo.
Student baru: *Terus duduk balik*
Me: Hahahahaha. Tak tertahan nak gelak.

Situasi keempat: Lepas supper dgn VIP. Nak keluar dewan.
Agen MTM laki: Eh dik2, K9 eh? Cepat, bas dah nak jalan ni!
P.felo: Err kitorang naik kereta.

Situasi kelima: On the way ke kereta.
Agen MTM laki tadi: Awak, kenapa balik naik kereta? JKM ke?
P.felo: Kitorang pembantu felo.
Agen MTM laki tadi: Ouh yeke. Sori2. *Kan dah malu*


Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Esok masuk U~ yeay2!!

Nak dijadikan cerita semalam Ez dengan kawan2 makan kat luar. Actually memang hari2 pon kot dinner makan kat luar sebab cafe dalam UTM tak bukak malam sepanjang cuti semester ni. Before tu singgah la Jusco coz Nana nak ambil blue bear dia. Ala.. yang blue bear celcom tu sempena world cup. Macam pic bawah ni. Topup RM30 dapat free, tapi ada la step2 dia. Ni pon baru taw, minggu lepas dah topup dah RM30. Jadi tak dapat la, tak kan nak topup lagi kan, RM30 pon selalu nya tak habis pon sebulan. Haa one more thing, jika anda pelanggan bertuah, RM10,000 juga bakal menjadi milik anda! <-- Okay, yang ni ayat iklan dalam pamplet semalam. So apa lagi, topup2 la bagi mereka yang menggunakan celcom prepaid ;) Promosi berakhir 11 Julai 2010.



Bukan Blue Bear yang ini.


Tapi yang ini.

Yang pakai jersi tu je bole okay, yang pakai riben2 tu hiasan semata-mata. Khas untuk Nana, bagi betis nak peha. Haha. Orang bagi bear boy tu nak bear riben2 plak. Riben tu nanti jahit sendiri la ok ;P

Lepas settle semua benda tu, dalam 6.50 pm pergi la Tungku Impian untuk dinner. Order air pon sampai around 7.10 pm. Lagi 6 minit 7.16 pm. Sampai2 je air terus main2 la straw tu, skali sluurrrp. *Minum* Tengah sedut tu baru tersedar diri, ops I puasa la!!! Huhuhu. Terkeluar balik semua air dari mulut. Nana kat depan dah tanya, eh nape ni? Korang pon lupa I puasa ke. Huhu. Lepas tu pergi kumur2 siket. Nasib baik duduk meja belakang, takde orang nampak masa air meleleh2 tu. Agak2 sah tak puasa? Betul2 tak ingat ni. Dah la last day ganti puasa. Haish~

This is not the first time, banyak kali jugak la lagi beberapa minit nak berbuka, sampai je air terus minum. Huhu. Godaan yang kuat air ni tyme tengah puasa. Lain kali kalau nak berbuka, sila jauh kan air daripada saya. Kalau dah nampak dah tangan saya dok maen2 straw tu, dah bahaya dah tu >_<

.......... Okay now nak masuk cerita Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM). Nama baru bagi Minggu Haluan Siswa (MHS). Esok student first year baru bakal masuk U, Ez pon sebagai pembantu felo banyak la kerja minggu ni. So kat sini nak list kan tentatif program sepanjang minggu ni yang wajib felo and pembantu felo terlibat. Kot2 terlupa ;P

3 Julai 2010 (Sabtu) - Kolej 9
- Penjualan barangan kering (masa pendaftaran)

4 Julai 2010 (Ahad) - Kolej 9
- Sesi pengenalan dengan pengetua, felo dan pembantu felo (10am)

5 Julai 2010 (Isnin) - Dewan Sultan Iskandar
- Perhimpunan bulanan YBG. Dato NC bersama staf dan mahasiswa (8am)
- Majlis bersama Timbalan Naib Canselor (HEM & Alumni) (9pm)

6 Julai 2010 (Selasa)
- Forum petrotism dan kepenggunaan (9pm)

8 Julai 2010 (Khamis) - Dewan Sultan Iskandar
- Ucapan utama / pelancaran kelab 1 Malaysia oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (9pm)

9 Julai 2010 (Jumaat) - Dewan Sultan Iskandar
- Majlis perasmian dan bacaan ikrar setia mahasiswa (10am)
- Persembahan kebudayaan mahasiswa (9pm)

10 Julai 2010 (Sabtu) - Padang dan sekitar kampus
- Larian MTM / berbasikal dan karnival sukan / ikon sukan (8am)

Lots of love,
-ezreen-


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP