Dawai gigi purple bergetah

Assalamualaikum.

Tadi pergi klinik pakar ortodontik untuk monthly check-up braces. Kali ni tukar o-rings warna purple! Lepas ni tiap kali keluar kena pakai tudung dengan baju warna purple bagi matching dengan braces. Not just that, tak cukup lagi gigi berbesi sekali hari ni kena tambah rubber bands. Getah sangkut antara gigi atas dengan bawah to overcome overbite. Boleh bayangkan tak? Macam ini.

 Picture from google

Elastics or rubber bands are used during orthodontic treatment to properly mesh the upper and lower teeth into a perfect bite. Elastics will be used in the final part of your treatment and the timing of the removal of your braces will depend on the proper wear of your elastics.

Sekarang memang terasa kesakitan yang amat, terasa seperti gigi ditarik-tarik tanpa rela. Lepas ni mahu sangkut apa lagi kat gigi =_="

Paling malas bila setiap kali nak makan rutin akan jadi macam ni:

1. Buka getah
2. Makan
3. Gosok gigi
4. Kumur using PerioGard
5. Pasang getah


Lepas ni dah tak boleh la makan between meals. Nanti 24jam kena gosok gigi. Macam mana nanti kalau orang ajak dating makan kat luar? Hehehe..

Read more...

Lasagna... lazatnyia!

Assalamualaikum.

Mahu buat ini?


..... dan ini?


....... dan ini?


Then, lemme tell you how~

Bahan-bahan


Untuk lapisan lasagna.
Kepingan lasagna (rebus, angkat, rendam dalam air sejuk)


Untuk sos merah.
Butter
Bawang putih (dihiris-hiris)
Cendawan (dihiris-hiris)
Sos prego tradisional
Daging kisar
Lada hitam
Garam

Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan daging dan tumis hingga separuh masak. Masukkan sos prego dan gaul-gaul. Masukkan cendawan, lada hitam, garam dan gaul hingga masak.

Untuk sos putih.
Butter
Cheese
3 sudu besar tepung gandum
Susu segar

Leburkan semua dan masak hingga didih + pekat.

Sediakan loyang untuk membakar. Letakkan majerin dan lapiskan selapis kulit lasagna tadi. Lapiskan sos merah pula. Kemudian sos putih pula. Kemudian sedikit cheese. Kemudian lapiskan kulit lasagna semula. Ulang semula hingga habis. Atas sekali, lapiskan kulit lasagna dan sos putih dan cheese mengikut citarasa.

Oh sebelum tu jangan lupa panaskan oven. Then bakar, 180 degrees celcius untuk 30- 40 minit hingga keemas-emasan. SIAP!

NEXT: Mahu masak lauk-pauk melayu pula la...


Read more...

Oh, so delicioso!

Assalamualaikum.

Dah lunch?

Awak lunch apa?

Hari ni saya lunch........

.....
..............
...........................


Errmmmmm....

Dapdap Nyeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!


Read more...

Chocolate pudding

Assalamualaikum.

Petang-petang makan puding bila cuaca panas memang best! Lebih-lebih lagi puding coklat. Dapat mengurangkan stress. Sedap, sejuk, lemak berkrim dan bercoklat. Paling penting senang aje~

^_^


Bahan bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung 
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 4 1/4 cawan air
  • 10 g serbuk agar agar
  • 50 g butter

Cara menyediakan:
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali butter ke dalam periuk.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga kesemuanya sebati dan mendidih.
  3. Seterusnya masukkan butter dan kacau sebati sehingga pekat.
  4. Alihkan dari api dan tuang ke dalam bekas.
  5. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.
  6. Sedia dihidangkan.

Next recipe minggu depan: Lasagna. Tunggu okeh!

Read more...

Orang diam makan dalam

kalau kaya semua orang suka
kalau ada pangkat/ jawatan tinggi semua orang suka
kalau pandai bercakap semua orang suka
kalau mudah bersosial semua orang suka

Zaman sekarang orang lebih menghargai jika dibelanja bermacam-macam bagai dari orang yang banyak menolong dalam banyak hal. Buat baik-baik, nanti esok mungkin dapat belanja lagi. Orang macam ni pathetic.

Zaman sekarang kalau ada pangkat atau jawatan tinggi konon orang paggil kau doctor ke ape ke orang lebih hormat. Kata mereka oh bagusnya pandainya seolah-olah orang kerja lain tak pandai. Tak bagus. Pandang sebelah mata je walhal result orang lain lagi tinggi kot. Orang macam ni berkali-kali pathetic.

Zaman sekarang kalau pandai bercakap, pandai memuji, mengampu, melawan semua orang suka. Orang cakap bagus dia ni, mudah bergaul dengan semua orang, orang tua pon boleh masuk. Walaupon yang dicakap bukannya seratusperatus betul. Tapi dengan orang tua sendiri lain hal. Melawan sana sini. Orang lain backing lagi, alah biasa la tu~ Belajar oversea. Bila orang tak banyak bercakap, dikatanya segala benda yang tak bagus. Okay yang ni paling makan dalam sekali. Orang macam ni berkali-kali-kali-kali pathetic.

Zaman sekarang kalau pandai bersosial semua orang suka. Bersosial la banyak mana pon, balik pukul 1 2 pagi. Pakcik makcik kata okay, good exposure. Nampak dunia luar. Yang duduk kat rumah tak elok, otak tak berkembang. Orang macam ni berkali-kali-kali pathetic.

Tak semua orang macam ni. Tapi ini bila bersembang dengan makcik pakcik sosial/ kaya-raya/ duduk oversea. Daripada sembang baik diam. Bila diam pon dikata-kata. Bila dikata-kata, senyum aje lah. Tapi dalam hati makan dalam.

Dalam punya dalam.

Balik rumah menangis-nangis. Dalam hati hanya arwah daddy yang faham tak reti cakap banyak. Tapi makan dalam T_T

Read more...

Fisherman's pie

Assalamualaikum.

Kembali dengan resipi baru yang sedap-sedap semua~ Ni resipi kedua sepanjang bercuti-cuti lepas Master dengan target satu resipi setiap minggu. Resipi first minggu lepas adalah spaghetti carbonara with meatballs. Sedap! Tapi macam tak mencabar sangat sebab just pakai sos prego. Jadi minggu ni up siket masak fisherman's pie.

Ingredients:
400ml milk
1 yellow onion, diced small
1/2 tsp dry dill, optional
600g white fish fillet without bones
some freshly grated black pepper
50g butter
2 tbsps flour
2 tbsps salt
1 cup frozen peas
4 tbsps grated parmesan cheese
100g packet mashed potatoes

1. Preheat oven to 200 degrees celcius.

2. In a sausepan, heat milk over medium fire. Additions, dill (if using), fish, pepper and cook for 3 to 4 mins or until fish is cooked. Take out the fish and flake it with a fork. Reserve the milk.

3. Heat butter in a pan over medium fire. Add flour and stir for 1/2 min. Pour in the reserve milk mixture and stir until smooth. Bring it to boil and turn off fire. Season with salt. Mix in peas and flaked fish.

4. Spoon fish mixture into a 2-litre baking casserole.

5. Combine cheese with the mashed potatoes. Put mashed potatoes into a piping bag and pipe over the fix mixture or just spoon mashed potatoes over mixture and layer it with a fork.

6. Bake for 30 mins or until heated thoroughly and lightly golden brown.

Rupa pie yang baru siap di bake. For this one, I tambah lebihan cheese on top. Bake until golden brown taw, macam kat atas ni. Mula-mula I bake this one for 30 mins tapi macam tak tak berapa masak lagi. So I add another 20 mins. Depends la nak berapa minit but make sure jangan sampai hangus betul.

Ni rupa bila dah sejuk sikit. This one isi dia agak lembik coz terlebih susu. Mula-mula ingat nak buat dua adunan, tapi ikan tak cukup. So instead 400ml milk, I dah terletak 600ml milk. So jadi la lembik-lembik giteww, tapi takde la lembik sangat.

Tapi rasanye memang sedap! Diapprove oleh orang-orang yang merasa. Even breakfast pagi ni pon diorang makan lagi. My niece siap bawak bekal pergi sekolah. Hari-hari lain tak bawak pon bekal.

So selamat mencuba! ^_^

Read more...

Tips: Interview Motorola

Assalamualaikum.

Bukan la tips sangat pon actually. Disebabkan ramai yang emel tentang MOTO campus event ni, tanya interview pasal apa semua, tapi tak larat nak reply semuanya. I can only say that you must expect some technical questions. Kalau macam interview Shell ke, Sime Darby ke, biasanya takde tanya technical skills kan. But dont worry, rasanya mereka hanya akan tanya basic things based on position yang anda minta. Macam saya dulu ada dia lukis circuit dan suruh buat la kira-kira yang simple. But it depends on the interviewer too i guess. Interviewer dia pon agak banyak la juga. Ada yang suruh buat simple programming. Bagi siapa-siapa yang mechanical tu I tak tahu la.

Basically yang I nak cakap, you must expect some technical questions. Tapi tak tahu la kalau kali ni takde pula kan. So itu sahaja. Harap ini membantu sedikit tak sebanyak ;p

Read more...

Dunia, kenapa kita tidak sehaluan?

hari ni deactivate fb..

hari ni private kan blog..

hari ni tukar address blog, tapi terlalu banyak benda lain pula perlu tukar..

hari ni deactivate blog comment..




hari ni rasa terlalu berat nya dugaan..

Read more...

Wakey2~

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Pagi-pagi mesti sakit mata kena bangun awal pagi hantar anak saudara pergi sekolah. Pukul 7 pagi tepat memang dah banyak kereta, pakcik polis pon ramai kawal traffic. Pemandu beginner mcm sy ni yang selalu drive dalam UTM je memang terasa amat mencabar nak drive masa-masa macam ni. Kalau tak dulu pagi-pagi arwah ayah yg hantar pergi sekolah, sy nyenyak tidur dalam bilik T_T.. But its a good thing though, orang kata pagi-pagi ni murah rezeki. Badan pon rasa segar, then dapat menyelit makan breakfast panas-panas lagi.

Nasib baik drive kereta Honda mak, kalau drive kembara lagi lah susah nak selit-selit, macam terkedek-kedek je. Kembara sekarang dah kena parking kat belakang sebab kat depan dah fully occupied. Depan dah ada 4 kereta, kalau tambah jadi 5 memang stuck la. So in the end, kereta paling murah kena duduk belakang T_T

Pagi ni kena tinggal sorang-sorang dekat rumah. Abang dengan mak pergi settle kan banyak hal yang perlu di settle kan sejak arwah ayh meninggal. So tengah hari kena ambil anak saudara dari sekolah pula. Then nak singgah Tesco bayar bil and beli barang-barang untuk memasak. Semangat nak masak either fisherman's pie atau spagetti. Buat yang senang-senang je dulu sebab baru nak belajar masak cuti-cuti ni. Nanti kalau jadi baru boleh letak resipi kat sini ^_^

Adreena dah pandai lukis yuuu! Siapa entah ajar. Bagi crayon dengan buku sekali dia bagi balik dengan lukisan ni. Terkejut maksu, baru umur dua tahun. Baca A B C pon jadi A B C U G M Y, tengok-tengok dah pandai lukis orang ^_^


Read more...

Duapuluhtiga tahun

Assalamualaikum.

Semalam saya sudah berumur duapuluhtiga tahun. Terharu dengan semua wish2 yang diucapkan di fb dan sms. Rasanya tahun ini lebih banyak dari tahun lepas. Terima kasih ;)

I'm glad walaupon sedikit sedih. Kadang kala kita expect rakan yang rapat akan wish, yang akan ingat semua, but sometimes the one that we do not expect itu lah yang lebih menghargai. At this point, baru lah kita tahu hati budi sebenar manusia. When you want something baru hendak berbaik-baik. But its okay, itu kamu. Diri kamu, hak kamu, hidup kamu. Live your life dengan cara kamu. Saya dah serik ambil peduli dan ambil hati lagi. Tahun 2011 ini saya ingin lupa kamu, perbuatan kamu, segalanya yang buruk tentang kamu ;)

Saya tinggalkan 2010 dengan pelbagai persoalan baru...

Persoalan 1
Adakah saya akan bekerja di tempat baru

Persoalan 2
Adakah saya akan bertemu dengan orang-orang baru yang menyakitkan hati

Persoalan 3
Adakah saya akan kehilangan orang tersayang lagi


Persoalan 4
Adakah saya akan sambung belajar di peringkat Phd dan dapat Dr


Persoalan 5
Adakah saya akan ke luar negera lagi seperti selalu


Persoalan 6
Adakah saya akan bertunang atau berkahwin tahun ini

Persoalan 7
Adakah saya perlu beli kereta baru

Persoalan 8
Adakah saya akan terus berusaha untuk jadi yang lebih baik daripada hari ini


Persoalan 9
Adakah saya akan sempat habis kan tahun 2011 nanti


Persoalan 10
Adakah saya akan menulis blog lagi walaupon arwah ayah tidak akan membaca lagi

Tigapuluhsatu disember duaribusepuluh, saya duapuluhtiga tahun. Tahun ini tidak sambut birthday party mahupun new year. Di rumah cousin selepas tahlil. Moga tahun baru ini lebih bermakna ;)


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP