LIKE my PILLO Covers page!

Oh WOW, check this out!!!

JB Catering (makan2 & photoshoot)!

Salam semua~

Dan selamat berhujung minggu!! Ouh weekend ni terasa sungguh mengantuk. Pagi-pagi tadi semangat nak stadi untuk test next week, tapi last-last buat satu soalan pastu tido. Buat satu soalan lagi then sambung tido lagi. Penat kot berfikir bulan-bulan puasa ni :D Ni nasib baik soalan kira-kira, kalau teori lagi la, baru tengok kulit buku dah tido kot..

 Okay, sebelum sambung stadi balik, update blog dulu~

Semalam ada sesi berbuka puasa bersama MEM. MEM tu bukan nama orang yer. Jangan fikir bukan-bukan. MEM stands for Master of Engineering - Mechatronics and Automatic Control. So dalam kata lain, sesi berbuka puasa bersama coursemate master saya. Student-student first semester yang handle benda ni, kami yang dah 3rd semester ni hanya datang sebagai penyeri majlis. Konon senior la ni~ Tapi saya still paling muda okay! Nak cakap jugak :P

So semalam kitorang berbuka puasa kat JB Catering. Best~ Banyak gila menu. Boleh ambil apa-apa sahaja selagi mampu nak makan since buffet style. Dah bayar kena la makan kan. Rugi nanti~ Kitorang konon-konon nak makan ringan la dulu, then solat maghrib baru nak sambung makan berat. So awal-awal tu kitorang tuju kat tempat bakar-bakar. Semua benda nak amek, ayam panggang la, ikan panggang la, kambing panggang la, ouh dan macam-macam lagi la yang panggang. Siap mash potato dengan fruit salad semua plus ambil puding kastard lagi untuk desert. Tu je dah penuh dah pinggan. Kate makan ringan dulu -_-"

Then dalam 7.45pm stop jap solat maghrib then lepas tu terus tuju kat bahagian chinese food and seafood plak. Ada jugak bahagian continental food, malay food dengan bahagian nasi arab pon ada. Rambang mata tengok makanan banyak sangat. Kitorang sambung lagi makan sampai nak dekat pukul 10pm. Sampai memang dah tak mampu sumbat apa-apa lagi.

Lepas tu kitorang pergi Dataran Bandaraya untuk sesi photoshoot. Siap ada 2 cameraman lagi join. Huhu. So post kali ni saya letak gambar dari camera saya dulu. Tak banyak pon, ada la tak sampai 5 keping gambar. Nanti dah dapat gambar dari photographer sebenar saya upload lagi okay! ^_^


Dah nama pon camera saya, muka-muka ni je la yang ada :P.. Tapi sebenarnya yang join semalam dalam 22 orang. Ramai kan? Ada yang muka-muka yang tak pernah nampak pon. Plus student Master by research skali. Overall aktiviti semalam best la. Jom pergi makan-makan lagi ^_^

Yours Truly,
-ezreen-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP