JB Catering (makan2 & photoshoot)!
Salam semua~
Dan selamat berhujung minggu!! Ouh weekend ni terasa sungguh mengantuk. Pagi-pagi tadi semangat nak stadi untuk test next week, tapi last-last buat satu soalan pastu tido. Buat satu soalan lagi then sambung tido lagi. Penat kot berfikir bulan-bulan puasa ni :D Ni nasib baik soalan kira-kira, kalau teori lagi la, baru tengok kulit buku dah tido kot..
Semalam ada sesi berbuka puasa bersama MEM. MEM tu bukan nama orang yer. Jangan fikir bukan-bukan. MEM stands for Master of Engineering - Mechatronics and Automatic Control. So dalam kata lain, sesi berbuka puasa bersama coursemate master saya. Student-student first semester yang handle benda ni, kami yang dah 3rd semester ni hanya datang sebagai penyeri majlis. Konon senior la ni~ Tapi saya still paling muda okay! Nak cakap jugak :P
So semalam kitorang berbuka puasa kat JB Catering. Best~ Banyak gila menu. Boleh ambil apa-apa sahaja selagi mampu nak makan since buffet style. Dah bayar kena la makan kan. Rugi nanti~ Kitorang konon-konon nak makan ringan la dulu, then solat maghrib baru nak sambung makan berat. So awal-awal tu kitorang tuju kat tempat bakar-bakar. Semua benda nak amek, ayam panggang la, ikan panggang la, kambing panggang la, ouh dan macam-macam lagi la yang panggang. Siap mash potato dengan fruit salad semua plus ambil puding kastard lagi untuk desert. Tu je dah penuh dah pinggan. Kate makan ringan dulu -_-"
Then dalam 7.45pm stop jap solat maghrib then lepas tu terus tuju kat bahagian chinese food and seafood plak. Ada jugak bahagian continental food, malay food dengan bahagian nasi arab pon ada. Rambang mata tengok makanan banyak sangat. Kitorang sambung lagi makan sampai nak dekat pukul 10pm. Sampai memang dah tak mampu sumbat apa-apa lagi.
Lepas tu kitorang pergi Dataran Bandaraya untuk sesi photoshoot. Siap ada 2 cameraman lagi join. Huhu. So post kali ni saya letak gambar dari camera saya dulu. Tak banyak pon, ada la tak sampai 5 keping gambar. Nanti dah dapat gambar dari photographer sebenar saya upload lagi okay! ^_^
Dah nama pon camera saya, muka-muka ni je la yang ada :P.. Tapi sebenarnya yang join semalam dalam 22 orang. Ramai kan? Ada yang muka-muka yang tak pernah nampak pon. Plus student Master by research skali. Overall aktiviti semalam best la. Jom pergi makan-makan lagi ^_^
Video comels!~
"Anakku.. Cinta itu ialah melihat terang di dalam gelap, mencapai tangan ketika tiada yang suka, memberi pada yang sudi terima dan percaya akan wujud suatu cahaya." bisik halus sipari-pari.
Tema raya!
Okay semalam actually kitorang plan keluar jalan-jalan mencari baju raya! So before pergi tu sempat berfikir sejenak sambil memandang locker. Heehee. Tema warna apa eh tahun ni? Kalau pink memang dah terlalu banyak la. Tshirt pergi kelas pon rasa nya dah majoriti pink. Hari-hari pon pakai tudung pink. Rasanya memang sesuai pakai pink, tapi sesekali nak tukar citarasa. Biru pon dah ada, hijau pon dah ada. In the end setelah berfikir buat kesekian kali nya, akhirnya decide sama ada merah atau kuning. Haha sungguh striking. Warna bendera Selangor ni ^_^. Bak kata syima dulu-dulu, raya-raya kena la striking ;P
Sebenarnya kitorang memang dah plan nak pergi cari First Lady. Siap tengok google map lagi sebelum pergi. Nak buat macam mana kan, masing-masing takde gps. Huhu. Akhirnya berjaya sampai tanpa sesat. Yeayh! Well, sebenarnya ada sekali je la salah belok, tapi sebenarnya dah nak sampai pon. So kiranya tak sesat la, sebab kami memang hebat! Sampai-sampai je dah nampak macam-macam. Aaaaaaaaa banyak nye baju raya, sampin raya, songkok raya, brooch raya, kuih raya dan apa-apa je la yang raya. Ouh susah nak pilih la macam ni. Eh2 lupa nak cakap kat mana ni kan, actually ni kat Plaza Kotaraya, JB. Dekat je dengan City Square dan Persada. Nak spesifik lagi kat sebelah Putri Pacific. Memang tak kan sesat la, sebab ada signboard bagai.
Okay, setelah berpusing-pusing window shopping untuk beberapa minit, so last-last decide pilih warna merah. Nak cari baju kuning yang menarik tak jumpa-jumpa. Tapi takpe, saya still happy ^_^
19 Ogos 2010
Lihatlah siang ini,
Kerana itulah kehidupan, hidupnya kehidupan,
Pada masa singkat itulah
kau menemui banyak hakikat keberadaan mu.
Itulah saat meraih nikmat
saat meraih kemenangan.
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
sedang esok hanyalah fantasi.
Tetapi hari yang sedang kau jalani sekarang ini
akan menjadi kelmarin
sebuah mimpi indah
dan esok adalah kewujudan harapan.
Berbuat baiklah!
Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini.
Inilah erti penghormatan untuk hari ini.
Anemia? Cause and effect
Baru-baru ni saya baru tahu punca darah cair adalah anemia. Anemia tu apa?
Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin merupakan sebab biasa terjadinya anemia.
- Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat, dan bahagian dalam kelopak mata (this is true!) Mata saya macam senang lebam-lebam gitu. Ada kaitan tak?
- Tidak bermaya, letih, dan lemah badan (this is so very true!) Mungkin sebab ni saya macam lembik je, jadi tak boleh tolong benda-benda berat taw ;P
- Pendek nafas apabila melakukan senaman (this is very very true!) Saya memang fail dalam hal-hal sukan ni. Setakat joging okay lagi la. Ouh terlupa, saya pon fail tiup belon -_-"
- Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak (this is true!) Pitam belum pernah lagi la, tapi saya akan pening kalau tempat terlalu sesak. Rasa macam tak cukup nafas kena bersaing rebut oksigen dengan orang lain. Masa sekolah rendah, tiap kali perhimpunan pagi-pagi tu saya mesti pening dan muntah. Then lepas tu selalunya lepas tu cikgu belanja milo free ;D
- Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi (true kot!) Masa kecik2 dulu selalu jugak rasa macam sakit dada tiba-tiba. Risau jugak kalau-kalau sakit jantung, tapi macam tak logik pulak sekolah rendah sakit jantung kan.
- Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Ouh okay! Patut la selalu je mengalami gangguan emosi. Hehe. Tapi yang kurang selera makan tu, saya kurang setuju. Tak pernah pulak saya hilang selera makan ;D
Sopan santun please~
Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji.
Ramadhan al-Mubarak
Salam semua~
Puasa tak hari ni? Pergi terawih tak semalam? Haaa pergi jangan tak pergi. Dah beli makanan berbuka puasa tak kat bazar? Yang ni mesti semua orang semangat. Tak yah suruh pon mesti laju je pergi. Kan kaaaan? Ouh sekarang ni saya kat rumah. Hohoho, jangan jeles2, jangan dengki2. Kan bulan puasa ni. Mekasih Johor sebab bagi cuti Awal Ramadhan. Sempat lagi saya balik rumah seminggu~
Dikesempatan ini saya ingin ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua. Semoga dapat meniti hari-hari dengan penuh kesabaran dalam menikmati keberkatan bulan puasa~ (:Semalam dapat banyak jugak sms wish2 tu. Thank you semua!~ Tapi tak dapat reply sebab kredit tinggal siket. Hehehe. Sy wish kat sini je la eh eh? Senang lagi berteknologi. Cepat dan free *sebab pakai streamyx rumah*
Steamboat n Grill
Salam..
Hari ni keluar makan-makan dengan cosmate master kat Mount Austin sempena last semester. Menu utama adalah steamboat dan grill. Sedap~ Since buffet style, so boleh la ambil apa sahaja selagi boleh telan. But make sure kena habiskan, kalau tak kena bayar lebih. Overall nak komen the food okay la dan harganya berpatutan, tak la semahal Seoul Garden tu. Yang grill punya sangat sedap, tapi yang untuk boil biasa2 je. So kepada student2 UTM tu, yang mencari tempat makan baru boleh la cuba kat sini ;)