Money is my honey
>> Tuesday, November 30, 2010 –
my masters life
Assalamualaikum.
Ya know what?? Mulai saat ini, saya bernekad untuk berjimat-cermat dan tidak membelanjakan wang sesuka hati. Ecewah. Eh serius ni. Bagi semangat sedikit okay. Semua gara-gara kereta tersayang yang buat hal lagi. Dalam masa seminggu saya membelanjakan wang hampir seribu ringgit. Nasib baik sekarang kaya sedikit sebab berbiasiswa. Syukur alhamdulillah. Kalau tidak memang frust lah walaupon exam dapat fullmark. *Tak habis-habis lagi nak bangga*
Jumaat lepas servis kereta habis RM200. Hari ni minyak brek kereta bocor, dijangkakan mencecah RM400 hingga RM500. Sedey! Sedey! Sedey! Okay fine! Nanti kat rumah I taknak bawak u dah. I nak bawak Honda. Padan muka Kembara di anak tiri kan. Asyik rosak aje, beli kereta baru nanti karang. Tapi rasa macam tak mampu lagi. Oh sungguh kasihan saya T_T
Jimat jimat juga, tapi esok baling tetap baling. Eh bukan. Boling tetap boling! Tapi saya tetap nak baling-baling sahaja. Apa pandang-pandang? Jangan pandang rendah, walaupon hanya baling-baling tapi saya akui, ya saya akui saya pernah score strike bermain boling. Bukan sekali, malah sebenarnya 3 kali! Hebat bukan. Nampak je saya lembut-lembut baling bola boling bersaiz paling ringan tetapi strike dengan bergaya.
Untuk esok, may luck be with me
^_^
Untuk sekarang......
Pergi siapkan tesis!!!!!
Yours Truly,