Hari ini, dunia masih berputar
>> Saturday, December 18, 2010 –
sound of silence
Assalamualaikum.
Mereka bilang anak bongsu itu bertuah.
Punya segala-galanya mewah.
Tampak hari-hari hidupnya indah.
Tapi ketahuilah, semana indah hidupnya, ianya hanya sesaat cuma.
Kamu itu lagi bertuah
Bersyukurlah
T_T
Nota: Dua hari sebelum arwah ayah meninggal dunia, ada orang tanya. Mesti best kan jadi anak bongsu, dapat segala-galanya. Saya cuma menjawab tidak. Sambungannya biarlah saya seorang yang tahu. Tapi kini kamu tahu bukan? Anak bongsu itu tidak bertuah, bila dilahirkan ketika umur ibunya 40 tahun, bila perbezaan umur antara abangnya berbelas tahun. Pada usia yang masih belum 23 tahun, segala-galanya sudah nampak seakan samar bagi dirinya. Tapi masih ada redha, kerana itu janji Tuhan. Satu langkah pertama kau mulakan di ruang kotak milik Tuhan, tentu ada satu langkah terakhir.