JB Catering (makan2 & photoshoot)!

Salam semua~

Dan selamat berhujung minggu!! Ouh weekend ni terasa sungguh mengantuk. Pagi-pagi tadi semangat nak stadi untuk test next week, tapi last-last buat satu soalan pastu tido. Buat satu soalan lagi then sambung tido lagi. Penat kot berfikir bulan-bulan puasa ni :D Ni nasib baik soalan kira-kira, kalau teori lagi la, baru tengok kulit buku dah tido kot..

 Okay, sebelum sambung stadi balik, update blog dulu~

Semalam ada sesi berbuka puasa bersama MEM. MEM tu bukan nama orang yer. Jangan fikir bukan-bukan. MEM stands for Master of Engineering - Mechatronics and Automatic Control. So dalam kata lain, sesi berbuka puasa bersama coursemate master saya. Student-student first semester yang handle benda ni, kami yang dah 3rd semester ni hanya datang sebagai penyeri majlis. Konon senior la ni~ Tapi saya still paling muda okay! Nak cakap jugak :P

So semalam kitorang berbuka puasa kat JB Catering. Best~ Banyak gila menu. Boleh ambil apa-apa sahaja selagi mampu nak makan since buffet style. Dah bayar kena la makan kan. Rugi nanti~ Kitorang konon-konon nak makan ringan la dulu, then solat maghrib baru nak sambung makan berat. So awal-awal tu kitorang tuju kat tempat bakar-bakar. Semua benda nak amek, ayam panggang la, ikan panggang la, kambing panggang la, ouh dan macam-macam lagi la yang panggang. Siap mash potato dengan fruit salad semua plus ambil puding kastard lagi untuk desert. Tu je dah penuh dah pinggan. Kate makan ringan dulu -_-"

Then dalam 7.45pm stop jap solat maghrib then lepas tu terus tuju kat bahagian chinese food and seafood plak. Ada jugak bahagian continental food, malay food dengan bahagian nasi arab pon ada. Rambang mata tengok makanan banyak sangat. Kitorang sambung lagi makan sampai nak dekat pukul 10pm. Sampai memang dah tak mampu sumbat apa-apa lagi.

Lepas tu kitorang pergi Dataran Bandaraya untuk sesi photoshoot. Siap ada 2 cameraman lagi join. Huhu. So post kali ni saya letak gambar dari camera saya dulu. Tak banyak pon, ada la tak sampai 5 keping gambar. Nanti dah dapat gambar dari photographer sebenar saya upload lagi okay! ^_^


Dah nama pon camera saya, muka-muka ni je la yang ada :P.. Tapi sebenarnya yang join semalam dalam 22 orang. Ramai kan? Ada yang muka-muka yang tak pernah nampak pon. Plus student Master by research skali. Overall aktiviti semalam best la. Jom pergi makan-makan lagi ^_^

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Video comels!~

Jom2 tengok kat sini.


Comels kan! Comels kan!

Dengan yang ini. 
Tapi yang ni touching2 sikit. So get ready sediakan tisu cepat-cepat.. ;P


"Anakku.. Cinta itu ialah melihat terang di dalam gelap, mencapai tangan ketika tiada yang suka, memberi pada yang sudi terima dan percaya akan wujud suatu cahaya." bisik halus sipari-pari.
Fida Aishah

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Tema raya!

:)
;)
:D

Okay semalam actually kitorang plan keluar jalan-jalan mencari baju raya! So before pergi tu sempat berfikir sejenak sambil memandang locker. Heehee. Tema warna apa eh tahun ni? Kalau pink memang dah terlalu banyak la. Tshirt pergi kelas pon rasa nya dah majoriti pink. Hari-hari pon pakai tudung pink. Rasanya memang sesuai pakai pink, tapi sesekali nak tukar citarasa. Biru pon dah ada, hijau pon dah ada. In the end setelah berfikir buat kesekian kali nya, akhirnya decide sama ada merah atau kuning. Haha sungguh striking. Warna bendera Selangor ni ^_^. Bak kata syima dulu-dulu, raya-raya kena la striking ;P

Sebenarnya kitorang memang dah plan nak pergi cari First Lady. Siap tengok google map lagi sebelum pergi. Nak buat macam mana kan, masing-masing takde gps. Huhu. Akhirnya berjaya sampai tanpa sesat. Yeayh! Well, sebenarnya ada sekali je la salah belok, tapi sebenarnya dah nak sampai pon. So kiranya tak sesat la, sebab kami memang hebat! Sampai-sampai je dah nampak macam-macam. Aaaaaaaaa banyak nye baju raya, sampin raya, songkok raya, brooch raya, kuih raya dan apa-apa je la yang raya. Ouh susah nak pilih la macam ni. Eh2 lupa nak cakap kat mana ni kan, actually ni kat Plaza Kotaraya, JB. Dekat je dengan City Square dan Persada. Nak spesifik lagi kat sebelah Putri Pacific. Memang tak kan sesat la, sebab ada signboard bagai.

Okay, setelah berpusing-pusing window shopping untuk beberapa minit, so last-last decide pilih warna merah. Nak cari baju kuning yang menarik tak jumpa-jumpa. Tapi takpe, saya still happy ^_^

:)
;)
:D

Dah sama warna dengan langsir kolej plak dah -_-"

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

19 Ogos 2010


Selamat datang pagi,
Lihatlah siang ini,
Kerana itulah kehidupan, hidupnya kehidupan,
Pada masa singkat itulah
kau menemui banyak hakikat keberadaan mu.
Itulah saat meraih nikmat
saat meraih kemenangan.
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
sedang esok hanyalah fantasi.
Tetapi hari yang sedang kau jalani sekarang ini
akan menjadi kelmarin
sebuah mimpi indah
dan esok adalah kewujudan harapan.
Berbuat baiklah!
Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini.
Inilah erti penghormatan untuk hari ini.


Read more...

Anemia? Cause and effect

Korang tahu tak anemia tu apa? Masa form 3 dulu cikgu pernah tanya, "Saya tengok awak ni pucat je, baik awak pergi klinik, saya takut awak anemia la." Okay, tu first time dengar perkataan ANEMIA. Masa tu terfikir, macam penyakit kronik je nama nye. Tapi dalan hati fikir, tak kan la, saya rasa saya sehat je. Jadi tak pernah pergi cek kat doktor. Masuk form 4, pernah la medical check up kat sekolah. Nurse cakap saya low blood pressure, tapi takde la teruk sangat, still normal. Jadi kiranya saya assume saya still sehat ^_^

Bila masuk universiti kan selalu ada yang kempen derma darah tu kan. Saya pon try2 nak derma darah. Tiga kali try, tiga kali jugak tak lepas. Masa 1st year dulu sebab belum cukup umur. Yela, saya kan muda setahun. Hehe. Masa 2nd year pulak tak lepas sebab tak cukup berat. Berat minima untuk perempuan adalah 45kg. Masa tu berat saya 43-44kg. Tu pon nurse tak bagi lepas. Then masa 3rd year, rasa-rasa dah cukup dah semua ni. Umur dah terlebih cukup, berat pon cukup-cukup. Tapi bila nurse dah cucuk jari nak cek darah jenis ape tu, dia cakap, "Darah awak cair la, cukup-cukup untuk diri awak je." Last2 tak dapat derma darah tapi dapat vitamin percuma. Huhu. Naik 4th year saya dah give up, tak nak derma darah dah until now.

Baru-baru ni saya baru tahu punca darah cair adalah anemia. Anemia tu apa?

Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin merupakan sebab biasa terjadinya anemia.
 Tanda-tanda anemia. 
  • Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat, dan bahagian dalam kelopak mata (this is true!) Mata saya macam senang lebam-lebam gitu. Ada kaitan tak?
  • Tidak bermaya, letih, dan lemah badan (this is so very true!) Mungkin sebab ni saya macam lembik je, jadi tak boleh tolong benda-benda berat taw ;P
  • Pendek nafas apabila melakukan senaman (this is very very true!) Saya memang fail dalam hal-hal sukan ni. Setakat joging okay lagi la. Ouh terlupa, saya pon fail tiup belon -_-"
  • Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak (this is true!) Pitam belum pernah lagi la, tapi saya akan pening kalau tempat terlalu sesak. Rasa macam tak cukup nafas kena bersaing rebut oksigen dengan orang lain. Masa sekolah rendah, tiap kali perhimpunan pagi-pagi tu saya mesti pening dan muntah. Then lepas tu selalunya lepas tu cikgu belanja milo free ;D
  • Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi (true kot!) Masa kecik2 dulu selalu jugak rasa macam sakit dada tiba-tiba. Risau jugak kalau-kalau sakit jantung, tapi macam tak logik pulak sekolah rendah sakit jantung kan.
  • Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Ouh okay! Patut la selalu je mengalami gangguan emosi. Hehe. Tapi yang kurang selera makan tu, saya kurang setuju. Tak pernah pulak saya hilang selera makan ;D
Nanti korang boleh la try cek-cek kan~

 Haa yang ni gambar masa form 5. Pucat ke? Pucat ke? isk. Tapi saya rindu kulit seputih ini..

Sebab-sebab terjadinya anemia ada banyak, tapi yang most common adalah disebabkan kekurangan zat besi tadi. Dan saya rasa saya tergolong dalam kumpulan ni. Yang cause-cause lain tu dah macam terlalu kronik.

So petua mencegahnya senang sahaja! Makanlah makanan seimbang yang mengandungi makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran berdaun dan hati. Bila fikir-fikir balik, kat universiti  ni saya memang amat jarang makan sayur dan daging semua. No wonder la kan~ Diet tak seimbang. Pagi tadi pon sahur potato chips je. Huhu. Oh sungguh berkhasiat kan cara pemakanan saya ^_^

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Sopan santun please~

Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji.
 (Hadis menurut Sahih Muslim)

Kadang-kadang tak faham dengan sesetengah orang yang tak boleh bercakap secara berlembut. Bagi yang lelaki, bukan lah bermaksud suruh jadi lembut yang macam aww aww tu. Maksud saya lembut dari segi percakapan dan mengeluarkan kata-kata yang baik serta sedap didengar. Terus terang saya katakan, saya tak suka orang yang bercakap kasar dengan saya. Baek lelaki mahupun perempuan. Baek kawan rapat mahupun orang sebarangan. Mungkin saya nampak okay, tapi makan dalam siapa tahu kan.

Mungkin bagi sesetengah orang rasa okay je, tapi ketahuilah tak semua manusia itu dijadikan dengan perasaan yang sama. Tahap sensitiviti setiap orang berbeza. Kau aku, kita mungkin berbeza. Tak salah untuk hargai pengorbanan orang lain dengan mengeluarkan kata-kata pujian ke ape kan. Dan ini pon tak bermakna jika kita tidak suka sesuatu benda kita boleh luah kan dengan kata-kata yang tak sepatutnya direct kepada orang tu. 

Lebih-lebih lagi sekarang ni bulan puasa. Rugi rasanya kan bila penat-penat kita berpuasa penuh, bertarawih setiap malam, tetapi percakapan kita sepanjang bulan puasa ni kita tak jaga. Kita tak tahu mungkin ada hati yang terluka. Sebagai contoh, bila berjalan-jalan kat bazar Ramadhan tu, memang la sesak kan. Semua orang pon lapar baru balik kerja. Cuba lah faham and be considerate siket. Sekali ada la orang yang terstop tengah jalan tu sebab terjumpa kawan lama. Tak perlu lah kita nak perli-perli orang tu bagai, apa kata kita ke tepi je. Jalan tu kan besar. Kalau dah takde jalan lain dah pon, sila lah tegur dengan bersopan. Macam cakap tumpang lalu ke, excuse me ke. Kan sedap orang mendengar. Bukan kah orang Melayu kita ni kaya dengan adab sopan santun.

One more example, bila kita dah penat-penat beli kuih kat bazar ke, penat-penat memasak kat dapur ke, dengan harapan orang lain dapat appreciate. Ni tak, tengok-tengok diperli lagi, siap cakap kuih ni tak sedap la, makanan tak sedap la. Oh please, kita kan berpuasa. Kenapa nak memilih bagai, kalau bagi kat pengemis-pengemis kat luar sana mungkin lebih elok. They know how to appreciate. 

Tapi tak tahu lah kan, maybe you were born like that. But that does not mean that you cannot change. Inilah masa nya untuk kita cuba berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Why not kan?


**Jaga lah kata-kata kita sepanjang bulan puasa ni ye. Just a reminder untuk kita semua. Akhir kata, selamat berpuasa! ^_^**

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Ramadhan al-Mubarak

Salam semua~

Puasa tak hari ni? Pergi terawih tak semalam? Haaa pergi jangan tak pergi. Dah beli makanan berbuka puasa tak kat bazar? Yang ni mesti semua orang semangat. Tak yah suruh pon mesti laju je pergi. Kan kaaaan? Ouh sekarang ni saya kat rumah. Hohoho, jangan jeles2, jangan dengki2. Kan bulan puasa ni. Mekasih Johor sebab bagi cuti Awal Ramadhan. Sempat lagi saya balik rumah seminggu~

Dikesempatan ini saya ingin ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua. Semoga dapat meniti hari-hari dengan penuh kesabaran dalam menikmati keberkatan bulan puasa~ (:
Semalam dapat banyak jugak sms wish2 tu. Thank you semua!~ Tapi tak dapat reply sebab kredit tinggal siket. Hehehe. Sy wish kat sini je la eh eh? Senang lagi berteknologi. Cepat dan free *sebab pakai streamyx rumah*



....Kali ni menggayakan baju konvo merangkap baju raya tahun lepas ^_^....

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Steamboat n Grill

Salam..

Hari ni keluar makan-makan dengan cosmate master kat Mount Austin sempena last semester. Menu utama adalah steamboat dan grill. Sedap~ Since buffet style, so boleh la ambil apa sahaja selagi boleh telan. But make sure kena habiskan, kalau tak kena bayar lebih. Overall nak komen the food okay la dan harganya berpatutan, tak la semahal Seoul Garden tu. Yang grill punya sangat sedap, tapi yang untuk boil biasa2 je. So kepada student2 UTM tu, yang mencari tempat makan baru boleh la cuba kat sini ;)

Kawan-kawan dari degree ;D

Maen masak-masak yuk! ^_^

Thanks to Roy (berbaju hijau) selaku pihak penganjur~ ;)

Bad and Shamsul

Slurrrrp~ Hek2. Kenyang dah ni ;P

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Kau beriku bahagia~


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu

Diri ini hanya manusia biasa, tidak cukup sempurna. Tapi tidak adil seseorang itu menilai orang lain dari luarannya sahaja. Mungkin tidak bertudung selabuh mana, tapi bukan bermakna tidak pernah berusaha.......... untuk menjadi yang lebih baik.

Harap faham :')

Read more...

Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM :)

Hari ini, Isnin, 26 Julai 2010 bersamaa 14 Syaaban 1431 Hijrah, secara rasminya Bangunan Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) UTM telah ditukar nama kepada Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan ucap utama dan titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim. Seterusnya disusuli dengan lawatan ke Wireless Communication Centre (WCC), pusat equin dan Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) dan diakhiri dengan majlis perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Tahniah UTM!~ ;D

Oh by the way, malam ni adalah malam Nisfu Syaaban.

Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki :)



Photobucket

Lagi gambar murahan dari camera henfon. Ni la view dalam Dewan Sultan Iskandar UTM dari tingkat atas :)

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Good luck charm

I am sooooo not lucky today.

Beg pergi kelas koyak kena seterika.

Tudung hangus kena bekas beg yang kena seterika.

Alas tilam pon sama..

 Oh my oh my, clumsy me :'(
In the end I treat myself with teppanyaki and walnut brownies at City Square, JB.


And I felt happy all over again~

Then I realized that life is beautiful. One minute you're sad, the next you're happy.

As they say, make as many mistakes in your life. Till then you will learn not to put unnecessary things on your bed, and the most important one is don't you ever iron your clothes on the bed! 
Yours Truly,
-ezreen-


Read more...

Masih ada yang kisah...

Tanpa kita sedari, sebenarnya sepanjang perjalanan hidup ini masih ramai yang ambil peduli tentang diri ini. Ramai yang menasihatkan to get away from this, that, her and him. Mungkin kerana muka ini dilahirkan innocent dan sering ditindas, ramai yang kasihan. Terima kasih semua. Because of that I became who I am now. Walaupon tidak sebaik mana, namun tidak lah terpesong sejauh mana.

Masih ingat lagi, sewaktu di MRSM, there's this one girl. Memang agak annoying, and one time I cried. Eh sebenarnya lebih one time kot, tapi sekali ni je yang macam teruk sikit. Berlari2 sambil nangis dari surau balik blok asrama. But in the end, masa nak habis form 5 she told me something, dia bukan apa buat I nanges semua, cakap benda2 yang menyakitkan hati, tapi sebenarnya nak bagi I kuat. Yer, dulu masa sekolah saya kememeh. Jalan pon pandang lantai je. Low self-esteem gila. Orang tanya sepatah, I jawab sepatah. Orang tanya dua patah, I still jawab sepatah. Orang tak tegur, lagi la jangan harap I nak tegur. Tapi alhamdulillah sekarang dah tak la macam tu. Maybe thanx to her too saya jadi lebih kuat dan tabah :)

Masa sekolah jugak la my ex-roomate ada nasihatkan something tentang my soon to be roomate at that time. Dan ayat dia macam ni, ***** tu nampak je baik, hati-hati taw. Waaahhh, mungkin risau takot saya ditindas lagi. But in the end, ***** tu okay je. Dan saya masih berkawan dengan dia lagi sampai sekarang. Kesian dia kena fitnah dulu2. Haha.

Start masuk Ekspress MARA-UTM, there's this one guy nasihatkan I jangan rapat sangat dengan roomate. Nanti terpengaruh. Thanx la for the advice, tapi sepanjang I kawan dengan roomate dulu tu rasa okay je. Baik je. Mungkin dia sosial sikit coz budak KL. Saya tak sosial, budak Selangor katekan~ But don't worry, saya tak mudah terpengaruh macam tu la. But thanx for the advice ;D

See, banyak yang ambil berat sebenarnya. So from now on, saya try tak akan sedih lagi kena tinggal ke apa, coz I know somewhere out there ada orang yang masih ambil kisah tentang saya. Look at the bright side people!

Hey, thanx for watching over me!~ ^_^


Photobucket




Oh by the way, I noticed that every week ada je someone dari German at my blog traffic. Macam stalker la~ But I think I know who you are. Ces, memang banyak silent reader rupanya blog ni. Ok dah malu. Nak tukar address blog sayang plak. Terpaksa la bertahan macam ni. Ahhhh blog ni tak privasi, and I had to live with it.

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Tips of the day~

Hari ni bangun pagi rasa sakit2, macam susah sangat nak buka mata. Apatah lagi hari ni kelas pukul 8 pagi. Hujan pulak tu. Memang hari2 pon susah, tapi kali ni lain. Hari ni mata berketumbuhan berketumbit >_<.. Dah masuk 3 hari sebenarnya, tapi pagi ni macam dah start bengkak sikit. Habis la pergi kelas dengan mata sebelah sepet. Tapi sebenarnya tak obivous sangat pon sebab mata sebelah lagi takde la besar mana ;p. Apa2 pon nasib baik esok dah takde kelas dah. Dapat la merehat2 kan mata kat bilik. Bukan tidur ye~

Pagi tadi sebelum pergi kelas sempat tuam mata. Kurang sikit la bengkak. Boleh la try nanti. Tapi zaman sekarang tuam cara moden, hanya perlukan seterika dan selimut. Macam ni, panaskan selimut dengan seterika, kemudia tuam kan selimut panas tadi atas mata. Pastikan buat ni selepas bersiap2 nak pergi kelas, nanti tertido sempat lagi ;)

Mata berketumbit pon kena pergi kelas taw. Contohilah saya~

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Ketenangan

Selesai solat isya' berjemaah di surau tadi, ambil mood sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba =) Best rasa. Alhamdulillah~ Lama tak pergi surau. Harap Ramadhan nanti dapat solat tarawih full *tolak la yang cuti2 tu*. Tadi kawan2 puasa, tapi malangnya saya tak. Tak larat rasanya sampai universiti malam tadi, makan malam pon burger je. InsyaAllah Khamis nanti nak puasa, saya try. Walaupon dah habis ganti puasa :)

Malam ni semangat nak buat projek, berazam mesti ada progress. Stay up pon stay up la. Esok nak jumpa supervisor. Nak minta isi borang progress report UTeM, so walau macam mana pun kena juga tunjuk progress projek, baru dapat puji lebih siket2 kan ;P

Tak tahu la hala tuju projek Master kali ni. Berbeza sangat dengan masa Degree. Degree dulu rasa semangat je buat, coz it is something yang senang nak belajar sendiri. And I'm happy with it. Sebab saya betul2 buat sendiri, just jumpa supervisor untuk tunjuk progress. Rasa bangga bila dapat pujian. Hehe. Lepas tu dapat tolong kawan2 lain. Tapi kali ni, jangan harap la boleh tolong orang kalau projek sendiri pon tak siap. Ah!~ Dari dulu saya memang lemah programming. S-function dalam Matlab ni pon kira macam programming la jugak kan.

Selalunya jumpa supervisor mesti sv ada mention tentang sambung Phd under dia. Katanya senang, coz saya dah ada basic knowledge tentang projek ni. Sambung aje untuk dapat Phd, less time untuk study semua balik. Senang bagi saya, dan bagi dia. Tapi tiap kali cakap tentang ni saya diam. *Takde la diam sangat tak berkata apa*. Tapi agak nampak sangat kot reaksi muka. And then dia sambung cakap senang je kan ni. Nape, awak rasa susah ke? Huuuhh, terdiam lagi. Dalam hati rasa takde la susah sangat bila dah tahu. Saya pon jawab takde la susah, tapi tension bila asyik error. Sangat tension, walaupon dah rasa benda tu dah betul tapi error. Mesti sedih kan. Penat2 buat, jahat betul Matlab ni. Sv pon cakap, ouh tu perkara biasa bila buat projek =)

Tapi memang risau dengan projek ni. Untuk subjek2 lain saya rasa no hal, insyaAllah boleh pass. Tapi............ *terdiam lagi* <-- nak buat macam mana sebab saya memang dilahirkan pendiam. Biarlah. Saya tak kacau hidup orang lain dan saya harap tak menyakitkan hati orang lain. Biarkan saya diam. Mungkin lebih baik.

Nak sambung buat projek dulu. Doakan saya dapat siapkan projek Master ni on-time. Saya nak grad on-time! Nak habis Master umur 22~

.........Tapi malam ni saya rasa tenang, harap awak semua pon sama~ ...............

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Beserah, Pahang

A picture from

Kem Pemantapan Jawantakuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 9
15th - 18th June 2010
Beserah, Pahang



Photobucket


For more pictures can click HERE

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Blog makeover

Hey guys~



Blog is now re-open for viewing with a new design template. Yeay2~ Kali ni template lebih user friendly for those yang rasa rabun2 gitu. Amik la gedabak besar dah gambar2 sekarang. Actually dah lama dah teringin nak bagi gambar2 dalam blog ni besar2 gitew, tapi tak reti. But now saya dah expert. Hehehe. In just 2 hours blog sudah boleh kembali di view dengan design yang baru. You can see that the background colour for the body is now white instead of black. Nampak suci murni and actually it is easier to manage too. And if you look closely, you can see that my page is actually snowing!! Ehe, tapi sebenarnya tak nampak sangat pon due to the background colour. But anyway, I like it so much! *big clap-clap for myself*

ps: Some of my blog list is missing. But not to worry, anda bukan di blacklist. Cuma hilang when I tried to change my blog template, and I had to do it all again from scratch. Some yang missing saya tak ingat la you guys punya blog address. Later I will google it again okay~ ;D

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Under construction

Hey guys..

This blog is currently under construction. Please ignore the 'buruk-ness' of this page and do come back later~
Ezreen Farina Shair

Read more...

JCard Day!

Hai!~

Baru balik dari JCard day kat Jusco Taman U ni, memang ramai orang la sampai parking pon ke luar2. Polis pon ramai jugak berdiri tepi tu keluar kan saman ;) Memang kaya la polis tiap kali JCard day kat sini. Last2 kitorang parking kat area Taman U, jauh siket la kena jalan tapi ok la daripada kena saman. Kitorang sampai dalam pukul 11 pagi, tu pon dah memamg sesak gila nak beratur kat cashier. Nak shopping pon macam tak best, last2 tak beli barang apa pon sangat. Shopping kat Selangor lagi best kot, Jusco Taman U ni kecik sangat and tak banyak choice. Berhimpit2 je banyak.

Tadi pergi Jusco pon sebab nak redeem Celcom Blue Bear. Tak sangka pon dapat, tapi sampai2 je orang tu cakap stock dah habis. Kena pergi kat Celcom center *sad*. Tengok la kalau kot2 kat area Selangor ada stock lagi nanti. World Cup dah habis baru la sebok2 nak blue bear tu, memang la habis stock kan. Saya memang ketinggalan zaman ;) Actually tak minat pon bola, tapi bila dapat bear free terus minat. Hehehe

Petang ni saya nak balik Selangor~ Banyak benda kena buat. Jumpa dentist, renew driving license, fotostat insuran kete semua untuk daftar sticker U. Lagi apa lagi ntah, macam banyak je rasa benda perlu buat dalam tempoh 2 setengah hari kat rumah. Tapi Isnin ada kelas, kalau tak bole tambah lagi cuti sampai Selasa ;(




Photobucket


Packing barang~

Next weekend saya akan ke Kuantan lagi sempena reunion coursemate2 masa degree. Waahhh, memang banyak duet habis bulan ni; bayar dentist + renew license untuk 3 tahun + reunion. Harap2 menjelang bulan Ramadhan nanti dapat la save siket duet coz takyah beli lunch. Tapi kalau makanan berbuka dah sama harga dengan lunch + dinner hari biasa, memang tak dapat la nak saving.

Okay la, nak cerita tu je. Nak tidur jap before naik bas pukul 4.30 petang nanti. Jap je ni. Nanti dalam bas nak sambung tidur jugak lagi ;)



Photobucket


Siap!

 Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

On9 bisnes

Anda ada anak? Anak sedara? Baby doll? Sukakan baju yang santek2 dan berjenama untuk anak dan baby doll anda? Atau mungkin anak dan baby doll kawan anda as a gift? Tetapi terlalu busy untuk ke shopping mall. Now you can just click2 dan beli~ Presenting.....


Bebe.Hub, the place where you'll find branded babies and kids's clothes at affordable prices all year long!
 I tolong promote my sis in law punya bisnes. So what are you guys waiting for? Lets check it out! Baju yang kiut miut menanti anda ;D

Lets shop @ Bebe.Hub now!

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Pesanan buat kamu dan aku ;)

Hai hai!~ Blogwalking and found this.  Macam tacing2 je kan.. Tsk tsk. Sebenarnya dah merata2 dah benda ni, jadi donno how to cite. Who is the real writer pon I tak tahu la. Sangat misteri~ Nak kata I yang buat ofcourse la nampak sangat menipu. Hehehe ;p

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.
 




Photobucket


 Jadi kanak2 jugak best. Macam innocent je gitu, takde masalah, happy je selalu. Orang yang tengok pon boleh jadi happy ;)

 Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

1st day of a new semester

Gooood morning~

Salam.

Hari ni bangun awal konon2 semangat pergi kelas. Dah half way perjalanan suddenly kawan sms kelas cancel. Jadi berpatah balik dengan semangat juga. Hehe. Tapi petang ni ada kelas lagi, entah2 cancel kan. Tapi harap2 tak la sebab saya suka pergi kelas, dapat tengok2 orang. Duduk dalam bilik ni boring, tak luas pemandangan dan juga pengalaman ;)

Sebenarnya hari ni first day untuk semester 3 master. InsyaAllah last sem dah. Hope semuanya berjalan lancar untuk semester ni. Ameen.

This semester saya ambil total 14 jam kredit. Tiga subjek 3 kredit and 1 master project 5 kredit. Since hari Selasa takde kelas, so saya reserve kan untuk projek. Cewaahh~ Projek ke berehat2 eh? Either one la. Tapi ingat nak mintak kat lecturer untuk tukar kelas hari Jumaat ke hari lain. So nanti boleh la nak balik weekend lama siket. Lagi pon appointment dentist selalunya hari Jumaat.

Jadual untuk semester ni. Tengok, tiga hari berturut kelas pukul 8. Huuu~ Kena bangun pagi la nampak nya.

*********************

Hari ni masih terasa penat uruskan MTM minggu lepas. Sebenarnya bukan buat apa sangat pon, just drive sana sini, masak, angkat2 barang, menjual, tapi seriously penat sangat. Lenguh2 kaki ni, selipar pon sampai terputus dah. Huhuhu. Some of the pictures sepanjang minggu lepas =)

Majlis Perasmian Minggu Transformasi Mahasiswa 2010

Pendaftaran pelajar baru

Perasmian Kelab 1 Malaysia

Sukan antara kolej

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Awet muda..

Selamat malam semua~

Sekarang pukul 1.09 am waktu Malaysia, tapi tak rasa macam mengantok lagi. Jadi jom nak update blog ni. Kali ni sebenarnya bukan nak bagi tips2 awet muda, tapi nak cerita pengalaman memalukan disalah anggap as student first year. Ehem malu ke? Tak2, sebenarnya bangga sebab nampak muda lagi. Hikhik.

Actually sekarang kan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) untuk student2 baru masuk, so semalam ada la majlis bersama TNC kat dewan. We all pon pergi la join, best jugak. Teringat zaman muda2 dulu baru masuk univ. Tapi dulu kena duduk belakang, but now duduk seat VIP. Hehe.

All the way sepanjang program ni banyak kali agen MTM tersalah ingat kitorang ni student baru. Dari mula2 nak masuk dewan sampai la tyme nak balik. Memang rasa kelakar la hari ni. Student baru pon tersalah ingat kitorang macam diorang. Nampak sangat tak dengar tyme we all perkenalkan diri. Isk3. Mentang2 sebab kitorang pakai t-shirt kolej warna pink macam budak2 K9 lain. Boikot tak nak pakai dah baju tu, nanti pergi cafe orang ingat student 1st year lagi. Malu la I~ ;P

Situasi pertama: On the way masuk dewan. 
Agen MTM lelaki: Haih, berlenggang macam kat shopping mall.
Sekali ada felo tu marah diorang. Haha. Padan muka. Lain kali cakap elok2 siket. Biar la kan nak berlenggang ke ape kan. Dewan pon x full lagi.

Situasi kedua: Dalam dewan mencari2 tempat duduk.
Agen MTM gurl: Student K9 duduk sini.
P.felo: Pembantu felo pon kena duduk sini ke?
Agen MTM gurl: Eh pembantu felo ke? Sori2. Tak perasan.
*Sekali last2 dapat duduk tempat VIP* :)
Esoknya terjumpa agen MTM ni kat kolej, punya la mintak maaf. Cakap semalam tak kenal pembantu felo yang diri depan tu semalam. Hahaha. Takpe la~ Asalkan u kenal I.

Situasi ketiga: On the way keluar dewan. Ehem, VIP keluar dulu taw~ Sekali dengan TNC. Mesti student lain pelik kenapa budak2 ni boleh keluar awal. Sekali sampai kat area student K9 duduk.
Student baru: Eh awak nak pergi mana?
P.felo: Erk saya pembantu felo.
Student baru: *Terus duduk balik*
Me: Hahahahaha. Tak tertahan nak gelak.

Situasi keempat: Lepas supper dgn VIP. Nak keluar dewan.
Agen MTM laki: Eh dik2, K9 eh? Cepat, bas dah nak jalan ni!
P.felo: Err kitorang naik kereta.

Situasi kelima: On the way ke kereta.
Agen MTM laki tadi: Awak, kenapa balik naik kereta? JKM ke?
P.felo: Kitorang pembantu felo.
Agen MTM laki tadi: Ouh yeke. Sori2. *Kan dah malu*


Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Esok masuk U~ yeay2!!

Nak dijadikan cerita semalam Ez dengan kawan2 makan kat luar. Actually memang hari2 pon kot dinner makan kat luar sebab cafe dalam UTM tak bukak malam sepanjang cuti semester ni. Before tu singgah la Jusco coz Nana nak ambil blue bear dia. Ala.. yang blue bear celcom tu sempena world cup. Macam pic bawah ni. Topup RM30 dapat free, tapi ada la step2 dia. Ni pon baru taw, minggu lepas dah topup dah RM30. Jadi tak dapat la, tak kan nak topup lagi kan, RM30 pon selalu nya tak habis pon sebulan. Haa one more thing, jika anda pelanggan bertuah, RM10,000 juga bakal menjadi milik anda! <-- Okay, yang ni ayat iklan dalam pamplet semalam. So apa lagi, topup2 la bagi mereka yang menggunakan celcom prepaid ;) Promosi berakhir 11 Julai 2010.



Bukan Blue Bear yang ini.


Tapi yang ini.

Yang pakai jersi tu je bole okay, yang pakai riben2 tu hiasan semata-mata. Khas untuk Nana, bagi betis nak peha. Haha. Orang bagi bear boy tu nak bear riben2 plak. Riben tu nanti jahit sendiri la ok ;P

Lepas settle semua benda tu, dalam 6.50 pm pergi la Tungku Impian untuk dinner. Order air pon sampai around 7.10 pm. Lagi 6 minit 7.16 pm. Sampai2 je air terus main2 la straw tu, skali sluurrrp. *Minum* Tengah sedut tu baru tersedar diri, ops I puasa la!!! Huhuhu. Terkeluar balik semua air dari mulut. Nana kat depan dah tanya, eh nape ni? Korang pon lupa I puasa ke. Huhu. Lepas tu pergi kumur2 siket. Nasib baik duduk meja belakang, takde orang nampak masa air meleleh2 tu. Agak2 sah tak puasa? Betul2 tak ingat ni. Dah la last day ganti puasa. Haish~

This is not the first time, banyak kali jugak la lagi beberapa minit nak berbuka, sampai je air terus minum. Huhu. Godaan yang kuat air ni tyme tengah puasa. Lain kali kalau nak berbuka, sila jauh kan air daripada saya. Kalau dah nampak dah tangan saya dok maen2 straw tu, dah bahaya dah tu >_<

.......... Okay now nak masuk cerita Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM). Nama baru bagi Minggu Haluan Siswa (MHS). Esok student first year baru bakal masuk U, Ez pon sebagai pembantu felo banyak la kerja minggu ni. So kat sini nak list kan tentatif program sepanjang minggu ni yang wajib felo and pembantu felo terlibat. Kot2 terlupa ;P

3 Julai 2010 (Sabtu) - Kolej 9
- Penjualan barangan kering (masa pendaftaran)

4 Julai 2010 (Ahad) - Kolej 9
- Sesi pengenalan dengan pengetua, felo dan pembantu felo (10am)

5 Julai 2010 (Isnin) - Dewan Sultan Iskandar
- Perhimpunan bulanan YBG. Dato NC bersama staf dan mahasiswa (8am)
- Majlis bersama Timbalan Naib Canselor (HEM & Alumni) (9pm)

6 Julai 2010 (Selasa)
- Forum petrotism dan kepenggunaan (9pm)

8 Julai 2010 (Khamis) - Dewan Sultan Iskandar
- Ucapan utama / pelancaran kelab 1 Malaysia oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (9pm)

9 Julai 2010 (Jumaat) - Dewan Sultan Iskandar
- Majlis perasmian dan bacaan ikrar setia mahasiswa (10am)
- Persembahan kebudayaan mahasiswa (9pm)

10 Julai 2010 (Sabtu) - Padang dan sekitar kampus
- Larian MTM / berbasikal dan karnival sukan / ikon sukan (8am)

Lots of love,
-ezreen-


Read more...

My first job

Hai!~

You guys know what? Lusa saya akan pulang ke UTM for good~ Uhu, macam la dah tak balik rumah lagi dah kan. Sabtu ni student first year akan bakal masuk U, and sebagai pembantu felo banyak la kerja nya. Menjual la, jaga kaunter la, itu la, ini la. Haish~ Tapi tak kesah la, dah tanggungjawab. Will be busy for the whole week. Lepas tu kitorang ni pulak la yang bakal memulakan semester baru. Last semester taw~ Lepas tu grad! Lepas tu nak kerja. Lepas tuuuu? K****. Hehehe.

Sepanjang 6 hari duduk kat rumah, hari ni baru la dapat buat satu part time job dengan upah RM10. Tu pon kena share2 dengan anak sedara coz dia pon join sekali. Seumur hidup tak pernah pon kot try buat kerja and dapat gaji. Ada la sekali tyme MRSM dulu kena jaga koop, tu kira kerja tak? Upah dia boleh ambil apa2 barang dari koop berharga RM2 masa malam jaga tu. Eh ke RM1? Either one la. Sedey plak kan, bila interview orang tanya ada pengalaman bekerja tak, lepas tu cakap takde. Lepas tu mula la mereka2 ayat cakap tapi ada pengalaman praktikal la, itu la, ini la. Thank God, panel interviewer tyme interview SLAB konfiden dengan kata2 itu ;P

So sebenarnya part time yang dimaksudkan ialah ............ mencuci kereta my sis.

Murah kan kitorg ni charge, RM10 je satu kereta. Jadi for those yang duduk area Klang ni perlukan perkhidmatan mencuci kereta sampai sparkling2 macam ni, can email me. :D

BEFORE

Actually dah kotor sangat kereta ni, boleh klik kat gambar untuk bukti yang lebih jelas. Nampak tak kotor2 tepi tu? Tayar pon kuning2. Tak macam kereta baru sebulan.

TENGAH BASUH
Dah nampak berkilat siket kan? Nampak tak number plate tu? 8080. Actually nak number 80 bagi seragam semua kereta, last2 dapat 8080 coz lama sangat tunggu. Kesian my sis dapat number murahan :P

AFTER

Sparkling kan? Kan kan? Siap nampak bayang2 pokong lagi kat tepi dia. Menunjukkan betapa shiny nye, tayar pon berkilat2.

Lepas cuci kereta Adreena pon dah penat. Tarik selimut tito~

THE END

.....................Oh I'm so proud of my work!! Hehee~..................

This week juga berjaya ajar Adreena buat something new. Yeay2! Show it Adreena!~

So cute~ I can see youuuuu..

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Sife UTM

Ok ni yang marah ni. Rasa hari tu dah save satu post tu, bukak2 hari ni blank. Terpaksa tulis and upload gambar balik. Haish~

................ So sebenarnya hari tu nak cerita tentang trip ke Kg. Johor Lama. Korang tahu tak kat mane? Kalau tak tahu boleh tanya Miss Google. Actually pergi situ sebab ada penilai SIFE Malaysia nak datang tengok tapak projek. Haa~ Konon engineer plak kan ada tapak projek ni. Mane la taw menang dapat pergi international plak kan. But as for us tak sempat kot, tinggal satu sem je lagi kat UTM ni. Bagi generasi2 akan datang la plak sambung kan. And I dont think nak sambung Phd kat UTM ni lagi. Start dari 4cast kat UTM, then degree kat UTM, Master mula2 taknak kat UTM but at last UTM  jugak. Phd? Just wait and see.. :)

You guys know what is SIFE? Siapa2 yang tak tahu tu boleh la klik2 link yang kaler2 tu, yang dah tahu tu stay still and baca ni sampai habis :P

Students in Free Enterprise, SIFE as its names counts, is an international non-profit organization that works with leaders in business and higher education to assemble university students around the world to make a difference in their communities while developing the skills in becoming socially responsible business leaders. The SIFE program model is designed to harness the business talents of the network members for the benefit of people and communities around the world, while also providing meaningful opportunities for these leaders to connect, collaborate and learn from one another.

And as for UTM, kami telah memilih Kg. Johor Lama as a place of interest in enhancing their quality of life and standard of living :)

For more pictures boleh tgk kat Facebook ni.
Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Oh wow, interesting!

Salam.

Sebenarnya kali ni nak update gambar2 kem pemantapan minggu lepas, but since gambar2 terlalu banyak dan nak tunggu dari camera lain lagi, jom kita tengok info berguna ni dulu. Forwarded from Nana. Thankx for the email :)

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2.Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.


Sekian sahaja, moga dapat sama-sama kita amalkan. Oh by the way, do wait for next update. Banyak gambar2 ni :)


Yours Truly,

Read more...

Mandi manda dan lip lap lip lap

Nak tahu tak? Hari Khamis lepas kan, pergi mandi2 kat Desa Water Park dan i-City. Beeeeest~ Tak nak cakap ape2 la. Nak update gambar je hari ni. Sila get ready besar2 kan mata kerana gambar-gambar yang bakal anda saksikan...... ehem kurang jelas. Biasa lah~ Quality camera handset je, next time pergi mana2 dalam handbag mesti bawa camera ok. Penting tuuu. Kalau tak jadi la rupa macam bawah ni......

 Wassup yo! Cool la baby Adreena ni. *On the way ke Desa Water Park*


Selepas penat lelah swimming. Tak nampak sunburn pon kan, bahkan dua tona lebih cerah. Thank you photo editor! :D


i-City, Shah Alam. Cantik kan? Colourful gitu~ Walaupon 17 tahun duduk Shah Alam, and sekarang duduk Klang, but still baru je menjejak kan kaki kat sini. Siapa2 yang tak pernah pergi, sila lah pergi. But not to forget bila datang tu bawa sekali camera yang mahal2, jika tidak........... anda pasti menyesal jika kulit anda menjadi gelap lebih daripada yang sepatutnya :D


Setelah bersusah payah edit, ini lah hasilnya. Kalau tak lagi teruk ok~ Muka pon tak nampak. Sampai malu nak letak :P




Encik Panda ajak tangkap gambar sama-sama laks.. Peace! :)


On the way back. *Its snowing!.. duhh*

Isnin ni dah nak pulang ke UTM semula, terasa sekejap je kan duduk rumah. Next day nye akan bertolak ke Beserah, Pahang and maybe I don't bring my lappy along, so tak dapat nak online selama 4 hari. But will I survive? *wondering*

But not to worry, sila tunggu update seterusnya tentang percutian ke Pahang ni. Till then~ Bye2!!

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

UTM naik taraf RU?

Kita tunggu dan lihat.. Hahaaaa~ Tajuk bagi catchy siket.

Semalam sebenarnya masa masuk miting ada terdengar gosip2 sikit. Macam dengar sipi2 gitu orang cakap. Tapi tak tanya la in details. Siapalah daku nak join lecturer bergosip kan~ Apa2 pon kita tunggu Najib datang nanti untuk keputusan muktamad.

As for today, nak cakap saya nak balik rumah petang ni! Sekarang kan cuti sekolah, jadi ambil mood konon2 macam budak sekolah bercuti tapi dont worry sv, projek tetap di hati. So saya akan berada di Selangor sampai Isnin depan, and the next day Selasa akan bertolak ke Pahang sampai hari Jumaat. Jadi sila jangan rindu2 saya :D

............... okay takde idea dah nak cakap. Nak pergi lunch dulu. Beg pon tak kemas lagi, walaupon hanya bawa backpack. Later~ Next update, akan diupdate dari rumah.

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Shrek 4!~ ;D

Still toO lazy untuk update blog sebenarnya, penat keluar jalan2 weekend ni tapi overall sangat best!!! Maybe sebab lama tak keluar jalan-jalan and asyik duduk memerap je dalam UTM ni. Bila dapat jalan2 jauh sikit rasa happy sangat sampai nak buat tanda seru ni banyak-banyak!!! <-- macam ni. Konon-konon nak tunjuk happy sangat-sangat lah!! :D

Semalam pon keluar lagi. Bertolak dari UTM pukul 3 petang, then balik dekat 12 tgh malam. Dekat 9 jam okay berjalan2, mana tak nye pakai crocs pon boleh melecet -_-" At first sebenarnya tujuan asal untuk ke Angsana je, tapi tiba2 melencong pula sampai Jusco Tebrau. Tak ingat siapa sebenarnya yang buat lencongan macam ni :) Sangat lama sebenarnya tak pergi JJ Tebrau ni, last masa degree dulu, lepas tu sepanjang master duduk pergi Jusco Taman U ni je ha. Mana tak nye terlebih excited dapat pergi semalam. Thanx Elya kerana sudi bawa kami (me and Nana) jalan2. Lain kali boleh la bawa kitorang ni pergi lagi. Hehehe


Agenda utama Elya mengambil gambar untuk menjeles kan Shima.. Isk2.. I tak join, just jadi model percuma :P


Shrek 4.. Best!! Walaupon masuk lambat sikit coz kena solat Maghrib dulu. Lepas tu ada budak kecik seat depan ni asyik berdiri atas kerusi. Dalam hati nak je cakap adik, taw la kecik, tapi faham2 la akak ni pendek -_-"


And last2 tak beli apa2 pon untuk diri sendiri, just a gift untuk birthday Adreena nanti. Shantek tak maksu balut? Hehehehe

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP