JCard Day!
Hai!~
Baru balik dari JCard day kat Jusco Taman U ni, memang ramai orang la sampai parking pon ke luar2. Polis pon ramai jugak berdiri tepi tu keluar kan saman ;) Memang kaya la polis tiap kali JCard day kat sini. Last2 kitorang parking kat area Taman U, jauh siket la kena jalan tapi ok la daripada kena saman. Kitorang sampai dalam pukul 11 pagi, tu pon dah memamg sesak gila nak beratur kat cashier. Nak shopping pon macam tak best, last2 tak beli barang apa pon sangat. Shopping kat Selangor lagi best kot, Jusco Taman U ni kecik sangat and tak banyak choice. Berhimpit2 je banyak.
Tadi pergi Jusco pon sebab nak redeem Celcom Blue Bear. Tak sangka pon dapat, tapi sampai2 je orang tu cakap stock dah habis. Kena pergi kat Celcom center *sad*. Tengok la kalau kot2 kat area Selangor ada stock lagi nanti. World Cup dah habis baru la sebok2 nak blue bear tu, memang la habis stock kan. Saya memang ketinggalan zaman ;) Actually tak minat pon bola, tapi bila dapat bear free terus minat. Hehehe
Petang ni saya nak balik Selangor~ Banyak benda kena buat. Jumpa dentist, renew driving license, fotostat insuran kete semua untuk daftar sticker U. Lagi apa lagi ntah, macam banyak je rasa benda perlu buat dalam tempoh 2 setengah hari kat rumah. Tapi Isnin ada kelas, kalau tak bole tambah lagi cuti sampai Selasa ;(
Okay la, nak cerita tu je. Nak tidur jap before naik bas pukul 4.30 petang nanti. Jap je ni. Nanti dalam bas nak sambung tidur jugak lagi ;)
Yours Truly,
ahah~ x blikn ape2 utk sy keeee?
blue bear habis stok~ amek serial number ni la.. g tuntut sendiri ;D