Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM :)
>> Monday, July 26, 2010 –
my masters life
Hari ini, Isnin, 26 Julai 2010 bersamaa 14 Syaaban 1431 Hijrah, secara rasminya Bangunan Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) UTM telah ditukar nama kepada Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.
Majlis dimulakan dengan ucap utama dan titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim. Seterusnya disusuli dengan lawatan ke Wireless Communication Centre (WCC), pusat equin dan Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) dan diakhiri dengan majlis perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.
Tahniah UTM!~ ;D
Oh by the way, malam ni adalah malam Nisfu Syaaban.
Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki :)
Lagi gambar murahan dari camera henfon. Ni la view dalam Dewan Sultan Iskandar UTM dari tingkat atas :)
Yours Truly,
-ezreen-
wah~ nnti grad masters kt sni keeee?
grad degree pon kat sini la~