Anemia? Cause and effect

Korang tahu tak anemia tu apa? Masa form 3 dulu cikgu pernah tanya, "Saya tengok awak ni pucat je, baik awak pergi klinik, saya takut awak anemia la." Okay, tu first time dengar perkataan ANEMIA. Masa tu terfikir, macam penyakit kronik je nama nye. Tapi dalan hati fikir, tak kan la, saya rasa saya sehat je. Jadi tak pernah pergi cek kat doktor. Masuk form 4, pernah la medical check up kat sekolah. Nurse cakap saya low blood pressure, tapi takde la teruk sangat, still normal. Jadi kiranya saya assume saya still sehat ^_^

Bila masuk universiti kan selalu ada yang kempen derma darah tu kan. Saya pon try2 nak derma darah. Tiga kali try, tiga kali jugak tak lepas. Masa 1st year dulu sebab belum cukup umur. Yela, saya kan muda setahun. Hehe. Masa 2nd year pulak tak lepas sebab tak cukup berat. Berat minima untuk perempuan adalah 45kg. Masa tu berat saya 43-44kg. Tu pon nurse tak bagi lepas. Then masa 3rd year, rasa-rasa dah cukup dah semua ni. Umur dah terlebih cukup, berat pon cukup-cukup. Tapi bila nurse dah cucuk jari nak cek darah jenis ape tu, dia cakap, "Darah awak cair la, cukup-cukup untuk diri awak je." Last2 tak dapat derma darah tapi dapat vitamin percuma. Huhu. Naik 4th year saya dah give up, tak nak derma darah dah until now.

Baru-baru ni saya baru tahu punca darah cair adalah anemia. Anemia tu apa?

Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin merupakan sebab biasa terjadinya anemia.
 Tanda-tanda anemia. 
  • Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat, dan bahagian dalam kelopak mata (this is true!) Mata saya macam senang lebam-lebam gitu. Ada kaitan tak?
  • Tidak bermaya, letih, dan lemah badan (this is so very true!) Mungkin sebab ni saya macam lembik je, jadi tak boleh tolong benda-benda berat taw ;P
  • Pendek nafas apabila melakukan senaman (this is very very true!) Saya memang fail dalam hal-hal sukan ni. Setakat joging okay lagi la. Ouh terlupa, saya pon fail tiup belon -_-"
  • Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak (this is true!) Pitam belum pernah lagi la, tapi saya akan pening kalau tempat terlalu sesak. Rasa macam tak cukup nafas kena bersaing rebut oksigen dengan orang lain. Masa sekolah rendah, tiap kali perhimpunan pagi-pagi tu saya mesti pening dan muntah. Then lepas tu selalunya lepas tu cikgu belanja milo free ;D
  • Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi (true kot!) Masa kecik2 dulu selalu jugak rasa macam sakit dada tiba-tiba. Risau jugak kalau-kalau sakit jantung, tapi macam tak logik pulak sekolah rendah sakit jantung kan.
  • Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Ouh okay! Patut la selalu je mengalami gangguan emosi. Hehe. Tapi yang kurang selera makan tu, saya kurang setuju. Tak pernah pulak saya hilang selera makan ;D
Nanti korang boleh la try cek-cek kan~

 Haa yang ni gambar masa form 5. Pucat ke? Pucat ke? isk. Tapi saya rindu kulit seputih ini..

Sebab-sebab terjadinya anemia ada banyak, tapi yang most common adalah disebabkan kekurangan zat besi tadi. Dan saya rasa saya tergolong dalam kumpulan ni. Yang cause-cause lain tu dah macam terlalu kronik.

So petua mencegahnya senang sahaja! Makanlah makanan seimbang yang mengandungi makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran berdaun dan hati. Bila fikir-fikir balik, kat universiti  ni saya memang amat jarang makan sayur dan daging semua. No wonder la kan~ Diet tak seimbang. Pagi tadi pon sahur potato chips je. Huhu. Oh sungguh berkhasiat kan cara pemakanan saya ^_^

Yours Truly,
-ezreen-

muimui –   – (August 17, 2010 at 9:36 AM)  

ahah~ brooch senget~ hehehehehe...
mne bole sahur pototo cip aje, xde zat besi la... :(

Cikgu Aini  – (August 18, 2010 at 9:10 PM)  

byk faktor terjadinya anemia,.. me too.. i identify since 6 years ago.. Patut la dari kecil pu3 mudah letih n demam jer.. but, it doesn't bring a trouble for us melainkan tired lah!.. For sure waktu period leh collapsed.

sarizal –   – (August 21, 2010 at 8:27 PM)  

Baru-baru ni saya baru tahu punca darah cair adalah anemia >>> sy la yg gtaw dia..peace,no war~..

-ezreen-  – (August 21, 2010 at 9:45 PM)  

ape peace2? nak war jgk~ yela2, thanx to en.sarizal for the info..

student nurse PPUM 08-11 –   – (August 25, 2010 at 10:34 PM)  

so..awak ada dpt treatment x dari pihak perubatan??
any medication or follow up??

-ezreen-  – (August 26, 2010 at 12:13 AM)  

ouh takde buat apa2 pon.. i feel okay :)

Home Remedies  – (September 3, 2010 at 7:41 PM)  

Anemia occurs as a result of too much blood loss from the body, decreased red blood cell production or when the body has problems producing red blood cells. This can also occur when red blood cells are broken down or are destroyed faster than the body can replace them with new ones.

Unknown  – (April 9, 2012 at 4:11 PM)  

emm ? heee , dah same macam saya lahh . tak ley nak derma darah .
dah 2kali pergi tak lepas . tapi tak tau lah ade penyakit anemia tu ke tak .

hidayahseman  – (January 27, 2013 at 11:30 PM)  

opppsss ! terjumpa lecturer lah pulak di alam blog ni. hahahhaa

Unknown  – (July 30, 2013 at 12:09 PM)  

Senang je..dah ada nutrisi seimbang yang dah diformulakan...lagi mudah...suhu badan saya stabil lepas menukar tabiat pemakanan dengan nutrisi seimbang ni...boleh hubungi saya kalau serius dan berminat 012 755 1977 reen

Unknown  – (December 29, 2014 at 10:27 PM)  

Saya plak drah pkat..buat mdical check up dktor sruh mkn aspirin ubt cair drah..umo blom smpai 30 dh mkn aspirin..huhu..mkn dlu x jge kn..tu yg jdi cmtu..dh 2 thun mkn aspirin dan x buat mdical checkup pn lgi..skarang bdn dh ada tnda2 yg ezreen sbut kt atas..nfas pndek..pucat2.. Lbam lmbt ilang..pening2.. Hmpir smua ler yg disebut kt ats..rsau gak..kne buat mdical check up blik ni..apepun pmakanan yg seimbang jgak yg terbaikk..sya main bdal je..tu yg x bgusnye
.huhu..tq for your info.

Unknown  – (December 29, 2014 at 10:29 PM)  

Saya plak drah pkat..buat mdical check up dktor sruh mkn aspirin ubt cair drah..umo blom smpai 30 dh mkn aspirin..huhu..mkn dlu x jge kn..tu yg jdi cmtu..dh 2 thun mkn aspirin dan x buat mdical checkup pn lgi..skarang bdn dh ada tnda2 yg ezreen sbut kt atas..nfas pndek..pucat2.. Lbam lmbt ilang..pening2.. Hmpir smua ler yg disebut kt ats..rsau gak..kne buat mdical check up blik ni..apepun pmakanan yg seimbang jgak yg terbaikk..sya main bdal je..tu yg x bgusnye
.huhu..tq for your info.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP