Sopan santun please~

Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji.
 (Hadis menurut Sahih Muslim)

Kadang-kadang tak faham dengan sesetengah orang yang tak boleh bercakap secara berlembut. Bagi yang lelaki, bukan lah bermaksud suruh jadi lembut yang macam aww aww tu. Maksud saya lembut dari segi percakapan dan mengeluarkan kata-kata yang baik serta sedap didengar. Terus terang saya katakan, saya tak suka orang yang bercakap kasar dengan saya. Baek lelaki mahupun perempuan. Baek kawan rapat mahupun orang sebarangan. Mungkin saya nampak okay, tapi makan dalam siapa tahu kan.

Mungkin bagi sesetengah orang rasa okay je, tapi ketahuilah tak semua manusia itu dijadikan dengan perasaan yang sama. Tahap sensitiviti setiap orang berbeza. Kau aku, kita mungkin berbeza. Tak salah untuk hargai pengorbanan orang lain dengan mengeluarkan kata-kata pujian ke ape kan. Dan ini pon tak bermakna jika kita tidak suka sesuatu benda kita boleh luah kan dengan kata-kata yang tak sepatutnya direct kepada orang tu. 

Lebih-lebih lagi sekarang ni bulan puasa. Rugi rasanya kan bila penat-penat kita berpuasa penuh, bertarawih setiap malam, tetapi percakapan kita sepanjang bulan puasa ni kita tak jaga. Kita tak tahu mungkin ada hati yang terluka. Sebagai contoh, bila berjalan-jalan kat bazar Ramadhan tu, memang la sesak kan. Semua orang pon lapar baru balik kerja. Cuba lah faham and be considerate siket. Sekali ada la orang yang terstop tengah jalan tu sebab terjumpa kawan lama. Tak perlu lah kita nak perli-perli orang tu bagai, apa kata kita ke tepi je. Jalan tu kan besar. Kalau dah takde jalan lain dah pon, sila lah tegur dengan bersopan. Macam cakap tumpang lalu ke, excuse me ke. Kan sedap orang mendengar. Bukan kah orang Melayu kita ni kaya dengan adab sopan santun.

One more example, bila kita dah penat-penat beli kuih kat bazar ke, penat-penat memasak kat dapur ke, dengan harapan orang lain dapat appreciate. Ni tak, tengok-tengok diperli lagi, siap cakap kuih ni tak sedap la, makanan tak sedap la. Oh please, kita kan berpuasa. Kenapa nak memilih bagai, kalau bagi kat pengemis-pengemis kat luar sana mungkin lebih elok. They know how to appreciate. 

Tapi tak tahu lah kan, maybe you were born like that. But that does not mean that you cannot change. Inilah masa nya untuk kita cuba berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Why not kan?


**Jaga lah kata-kata kita sepanjang bulan puasa ni ye. Just a reminder untuk kita semua. Akhir kata, selamat berpuasa! ^_^**

Yours Truly,
-ezreen-

sarizal –   – (August 16, 2010 at 9:36 AM)  

posto2..surat komen sampai ye..hmm..kadang2 ade je pengemis moden berkira gak..=p..so,better bg sy jela..nyummy2...at least btkan sunquick+sirap..i like it..=)..

-ezreen-  – (August 16, 2010 at 11:34 AM)  

lambat btol sampai~ bkn dkt je ke -_-"
kalau ade jugak pengemis berkira, pasni beli2 bagi kucing la senang..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP