Ketenangan

Selesai solat isya' berjemaah di surau tadi, ambil mood sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba =) Best rasa. Alhamdulillah~ Lama tak pergi surau. Harap Ramadhan nanti dapat solat tarawih full *tolak la yang cuti2 tu*. Tadi kawan2 puasa, tapi malangnya saya tak. Tak larat rasanya sampai universiti malam tadi, makan malam pon burger je. InsyaAllah Khamis nanti nak puasa, saya try. Walaupon dah habis ganti puasa :)

Malam ni semangat nak buat projek, berazam mesti ada progress. Stay up pon stay up la. Esok nak jumpa supervisor. Nak minta isi borang progress report UTeM, so walau macam mana pun kena juga tunjuk progress projek, baru dapat puji lebih siket2 kan ;P

Tak tahu la hala tuju projek Master kali ni. Berbeza sangat dengan masa Degree. Degree dulu rasa semangat je buat, coz it is something yang senang nak belajar sendiri. And I'm happy with it. Sebab saya betul2 buat sendiri, just jumpa supervisor untuk tunjuk progress. Rasa bangga bila dapat pujian. Hehe. Lepas tu dapat tolong kawan2 lain. Tapi kali ni, jangan harap la boleh tolong orang kalau projek sendiri pon tak siap. Ah!~ Dari dulu saya memang lemah programming. S-function dalam Matlab ni pon kira macam programming la jugak kan.

Selalunya jumpa supervisor mesti sv ada mention tentang sambung Phd under dia. Katanya senang, coz saya dah ada basic knowledge tentang projek ni. Sambung aje untuk dapat Phd, less time untuk study semua balik. Senang bagi saya, dan bagi dia. Tapi tiap kali cakap tentang ni saya diam. *Takde la diam sangat tak berkata apa*. Tapi agak nampak sangat kot reaksi muka. And then dia sambung cakap senang je kan ni. Nape, awak rasa susah ke? Huuuhh, terdiam lagi. Dalam hati rasa takde la susah sangat bila dah tahu. Saya pon jawab takde la susah, tapi tension bila asyik error. Sangat tension, walaupon dah rasa benda tu dah betul tapi error. Mesti sedih kan. Penat2 buat, jahat betul Matlab ni. Sv pon cakap, ouh tu perkara biasa bila buat projek =)

Tapi memang risau dengan projek ni. Untuk subjek2 lain saya rasa no hal, insyaAllah boleh pass. Tapi............ *terdiam lagi* <-- nak buat macam mana sebab saya memang dilahirkan pendiam. Biarlah. Saya tak kacau hidup orang lain dan saya harap tak menyakitkan hati orang lain. Biarkan saya diam. Mungkin lebih baik.

Nak sambung buat projek dulu. Doakan saya dapat siapkan projek Master ni on-time. Saya nak grad on-time! Nak habis Master umur 22~

.........Tapi malam ni saya rasa tenang, harap awak semua pon sama~ ...............

Yours Truly,
-ezreen-

muimui –   – (July 20, 2010 at 9:46 AM)  

usaha, doa dan tawakkal okaaaaaaaaaaaaay~ ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP