Kau beriku bahagia~


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu

Diri ini hanya manusia biasa, tidak cukup sempurna. Tapi tidak adil seseorang itu menilai orang lain dari luarannya sahaja. Mungkin tidak bertudung selabuh mana, tapi bukan bermakna tidak pernah berusaha.......... untuk menjadi yang lebih baik.

Harap faham :')

Read more...

Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM :)

Hari ini, Isnin, 26 Julai 2010 bersamaa 14 Syaaban 1431 Hijrah, secara rasminya Bangunan Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) UTM telah ditukar nama kepada Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan ucap utama dan titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Johor dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim. Seterusnya disusuli dengan lawatan ke Wireless Communication Centre (WCC), pusat equin dan Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) dan diakhiri dengan majlis perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Tahniah UTM!~ ;D

Oh by the way, malam ni adalah malam Nisfu Syaaban.

Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki :)



Photobucket

Lagi gambar murahan dari camera henfon. Ni la view dalam Dewan Sultan Iskandar UTM dari tingkat atas :)

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Good luck charm

I am sooooo not lucky today.

Beg pergi kelas koyak kena seterika.

Tudung hangus kena bekas beg yang kena seterika.

Alas tilam pon sama..

 Oh my oh my, clumsy me :'(
In the end I treat myself with teppanyaki and walnut brownies at City Square, JB.


And I felt happy all over again~

Then I realized that life is beautiful. One minute you're sad, the next you're happy.

As they say, make as many mistakes in your life. Till then you will learn not to put unnecessary things on your bed, and the most important one is don't you ever iron your clothes on the bed! 
Yours Truly,
-ezreen-


Read more...

Masih ada yang kisah...

Tanpa kita sedari, sebenarnya sepanjang perjalanan hidup ini masih ramai yang ambil peduli tentang diri ini. Ramai yang menasihatkan to get away from this, that, her and him. Mungkin kerana muka ini dilahirkan innocent dan sering ditindas, ramai yang kasihan. Terima kasih semua. Because of that I became who I am now. Walaupon tidak sebaik mana, namun tidak lah terpesong sejauh mana.

Masih ingat lagi, sewaktu di MRSM, there's this one girl. Memang agak annoying, and one time I cried. Eh sebenarnya lebih one time kot, tapi sekali ni je yang macam teruk sikit. Berlari2 sambil nangis dari surau balik blok asrama. But in the end, masa nak habis form 5 she told me something, dia bukan apa buat I nanges semua, cakap benda2 yang menyakitkan hati, tapi sebenarnya nak bagi I kuat. Yer, dulu masa sekolah saya kememeh. Jalan pon pandang lantai je. Low self-esteem gila. Orang tanya sepatah, I jawab sepatah. Orang tanya dua patah, I still jawab sepatah. Orang tak tegur, lagi la jangan harap I nak tegur. Tapi alhamdulillah sekarang dah tak la macam tu. Maybe thanx to her too saya jadi lebih kuat dan tabah :)

Masa sekolah jugak la my ex-roomate ada nasihatkan something tentang my soon to be roomate at that time. Dan ayat dia macam ni, ***** tu nampak je baik, hati-hati taw. Waaahhh, mungkin risau takot saya ditindas lagi. But in the end, ***** tu okay je. Dan saya masih berkawan dengan dia lagi sampai sekarang. Kesian dia kena fitnah dulu2. Haha.

Start masuk Ekspress MARA-UTM, there's this one guy nasihatkan I jangan rapat sangat dengan roomate. Nanti terpengaruh. Thanx la for the advice, tapi sepanjang I kawan dengan roomate dulu tu rasa okay je. Baik je. Mungkin dia sosial sikit coz budak KL. Saya tak sosial, budak Selangor katekan~ But don't worry, saya tak mudah terpengaruh macam tu la. But thanx for the advice ;D

See, banyak yang ambil berat sebenarnya. So from now on, saya try tak akan sedih lagi kena tinggal ke apa, coz I know somewhere out there ada orang yang masih ambil kisah tentang saya. Look at the bright side people!

Hey, thanx for watching over me!~ ^_^


Photobucket




Oh by the way, I noticed that every week ada je someone dari German at my blog traffic. Macam stalker la~ But I think I know who you are. Ces, memang banyak silent reader rupanya blog ni. Ok dah malu. Nak tukar address blog sayang plak. Terpaksa la bertahan macam ni. Ahhhh blog ni tak privasi, and I had to live with it.

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Tips of the day~

Hari ni bangun pagi rasa sakit2, macam susah sangat nak buka mata. Apatah lagi hari ni kelas pukul 8 pagi. Hujan pulak tu. Memang hari2 pon susah, tapi kali ni lain. Hari ni mata berketumbuhan berketumbit >_<.. Dah masuk 3 hari sebenarnya, tapi pagi ni macam dah start bengkak sikit. Habis la pergi kelas dengan mata sebelah sepet. Tapi sebenarnya tak obivous sangat pon sebab mata sebelah lagi takde la besar mana ;p. Apa2 pon nasib baik esok dah takde kelas dah. Dapat la merehat2 kan mata kat bilik. Bukan tidur ye~

Pagi tadi sebelum pergi kelas sempat tuam mata. Kurang sikit la bengkak. Boleh la try nanti. Tapi zaman sekarang tuam cara moden, hanya perlukan seterika dan selimut. Macam ni, panaskan selimut dengan seterika, kemudia tuam kan selimut panas tadi atas mata. Pastikan buat ni selepas bersiap2 nak pergi kelas, nanti tertido sempat lagi ;)

Mata berketumbit pon kena pergi kelas taw. Contohilah saya~

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Ketenangan

Selesai solat isya' berjemaah di surau tadi, ambil mood sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba =) Best rasa. Alhamdulillah~ Lama tak pergi surau. Harap Ramadhan nanti dapat solat tarawih full *tolak la yang cuti2 tu*. Tadi kawan2 puasa, tapi malangnya saya tak. Tak larat rasanya sampai universiti malam tadi, makan malam pon burger je. InsyaAllah Khamis nanti nak puasa, saya try. Walaupon dah habis ganti puasa :)

Malam ni semangat nak buat projek, berazam mesti ada progress. Stay up pon stay up la. Esok nak jumpa supervisor. Nak minta isi borang progress report UTeM, so walau macam mana pun kena juga tunjuk progress projek, baru dapat puji lebih siket2 kan ;P

Tak tahu la hala tuju projek Master kali ni. Berbeza sangat dengan masa Degree. Degree dulu rasa semangat je buat, coz it is something yang senang nak belajar sendiri. And I'm happy with it. Sebab saya betul2 buat sendiri, just jumpa supervisor untuk tunjuk progress. Rasa bangga bila dapat pujian. Hehe. Lepas tu dapat tolong kawan2 lain. Tapi kali ni, jangan harap la boleh tolong orang kalau projek sendiri pon tak siap. Ah!~ Dari dulu saya memang lemah programming. S-function dalam Matlab ni pon kira macam programming la jugak kan.

Selalunya jumpa supervisor mesti sv ada mention tentang sambung Phd under dia. Katanya senang, coz saya dah ada basic knowledge tentang projek ni. Sambung aje untuk dapat Phd, less time untuk study semua balik. Senang bagi saya, dan bagi dia. Tapi tiap kali cakap tentang ni saya diam. *Takde la diam sangat tak berkata apa*. Tapi agak nampak sangat kot reaksi muka. And then dia sambung cakap senang je kan ni. Nape, awak rasa susah ke? Huuuhh, terdiam lagi. Dalam hati rasa takde la susah sangat bila dah tahu. Saya pon jawab takde la susah, tapi tension bila asyik error. Sangat tension, walaupon dah rasa benda tu dah betul tapi error. Mesti sedih kan. Penat2 buat, jahat betul Matlab ni. Sv pon cakap, ouh tu perkara biasa bila buat projek =)

Tapi memang risau dengan projek ni. Untuk subjek2 lain saya rasa no hal, insyaAllah boleh pass. Tapi............ *terdiam lagi* <-- nak buat macam mana sebab saya memang dilahirkan pendiam. Biarlah. Saya tak kacau hidup orang lain dan saya harap tak menyakitkan hati orang lain. Biarkan saya diam. Mungkin lebih baik.

Nak sambung buat projek dulu. Doakan saya dapat siapkan projek Master ni on-time. Saya nak grad on-time! Nak habis Master umur 22~

.........Tapi malam ni saya rasa tenang, harap awak semua pon sama~ ...............

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Beserah, Pahang

A picture from

Kem Pemantapan Jawantakuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 9
15th - 18th June 2010
Beserah, Pahang



Photobucket


For more pictures can click HERE

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Blog makeover

Hey guys~



Blog is now re-open for viewing with a new design template. Yeay2~ Kali ni template lebih user friendly for those yang rasa rabun2 gitu. Amik la gedabak besar dah gambar2 sekarang. Actually dah lama dah teringin nak bagi gambar2 dalam blog ni besar2 gitew, tapi tak reti. But now saya dah expert. Hehehe. In just 2 hours blog sudah boleh kembali di view dengan design yang baru. You can see that the background colour for the body is now white instead of black. Nampak suci murni and actually it is easier to manage too. And if you look closely, you can see that my page is actually snowing!! Ehe, tapi sebenarnya tak nampak sangat pon due to the background colour. But anyway, I like it so much! *big clap-clap for myself*

ps: Some of my blog list is missing. But not to worry, anda bukan di blacklist. Cuma hilang when I tried to change my blog template, and I had to do it all again from scratch. Some yang missing saya tak ingat la you guys punya blog address. Later I will google it again okay~ ;D

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Under construction

Hey guys..

This blog is currently under construction. Please ignore the 'buruk-ness' of this page and do come back later~
Ezreen Farina Shair

Read more...

JCard Day!

Hai!~

Baru balik dari JCard day kat Jusco Taman U ni, memang ramai orang la sampai parking pon ke luar2. Polis pon ramai jugak berdiri tepi tu keluar kan saman ;) Memang kaya la polis tiap kali JCard day kat sini. Last2 kitorang parking kat area Taman U, jauh siket la kena jalan tapi ok la daripada kena saman. Kitorang sampai dalam pukul 11 pagi, tu pon dah memamg sesak gila nak beratur kat cashier. Nak shopping pon macam tak best, last2 tak beli barang apa pon sangat. Shopping kat Selangor lagi best kot, Jusco Taman U ni kecik sangat and tak banyak choice. Berhimpit2 je banyak.

Tadi pergi Jusco pon sebab nak redeem Celcom Blue Bear. Tak sangka pon dapat, tapi sampai2 je orang tu cakap stock dah habis. Kena pergi kat Celcom center *sad*. Tengok la kalau kot2 kat area Selangor ada stock lagi nanti. World Cup dah habis baru la sebok2 nak blue bear tu, memang la habis stock kan. Saya memang ketinggalan zaman ;) Actually tak minat pon bola, tapi bila dapat bear free terus minat. Hehehe

Petang ni saya nak balik Selangor~ Banyak benda kena buat. Jumpa dentist, renew driving license, fotostat insuran kete semua untuk daftar sticker U. Lagi apa lagi ntah, macam banyak je rasa benda perlu buat dalam tempoh 2 setengah hari kat rumah. Tapi Isnin ada kelas, kalau tak bole tambah lagi cuti sampai Selasa ;(




Photobucket


Packing barang~

Next weekend saya akan ke Kuantan lagi sempena reunion coursemate2 masa degree. Waahhh, memang banyak duet habis bulan ni; bayar dentist + renew license untuk 3 tahun + reunion. Harap2 menjelang bulan Ramadhan nanti dapat la save siket duet coz takyah beli lunch. Tapi kalau makanan berbuka dah sama harga dengan lunch + dinner hari biasa, memang tak dapat la nak saving.

Okay la, nak cerita tu je. Nak tidur jap before naik bas pukul 4.30 petang nanti. Jap je ni. Nanti dalam bas nak sambung tidur jugak lagi ;)



Photobucket


Siap!

 Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

On9 bisnes

Anda ada anak? Anak sedara? Baby doll? Sukakan baju yang santek2 dan berjenama untuk anak dan baby doll anda? Atau mungkin anak dan baby doll kawan anda as a gift? Tetapi terlalu busy untuk ke shopping mall. Now you can just click2 dan beli~ Presenting.....


Bebe.Hub, the place where you'll find branded babies and kids's clothes at affordable prices all year long!
 I tolong promote my sis in law punya bisnes. So what are you guys waiting for? Lets check it out! Baju yang kiut miut menanti anda ;D

Lets shop @ Bebe.Hub now!

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Pesanan buat kamu dan aku ;)

Hai hai!~ Blogwalking and found this.  Macam tacing2 je kan.. Tsk tsk. Sebenarnya dah merata2 dah benda ni, jadi donno how to cite. Who is the real writer pon I tak tahu la. Sangat misteri~ Nak kata I yang buat ofcourse la nampak sangat menipu. Hehehe ;p

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.
 




Photobucket


 Jadi kanak2 jugak best. Macam innocent je gitu, takde masalah, happy je selalu. Orang yang tengok pon boleh jadi happy ;)

 Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

1st day of a new semester

Gooood morning~

Salam.

Hari ni bangun awal konon2 semangat pergi kelas. Dah half way perjalanan suddenly kawan sms kelas cancel. Jadi berpatah balik dengan semangat juga. Hehe. Tapi petang ni ada kelas lagi, entah2 cancel kan. Tapi harap2 tak la sebab saya suka pergi kelas, dapat tengok2 orang. Duduk dalam bilik ni boring, tak luas pemandangan dan juga pengalaman ;)

Sebenarnya hari ni first day untuk semester 3 master. InsyaAllah last sem dah. Hope semuanya berjalan lancar untuk semester ni. Ameen.

This semester saya ambil total 14 jam kredit. Tiga subjek 3 kredit and 1 master project 5 kredit. Since hari Selasa takde kelas, so saya reserve kan untuk projek. Cewaahh~ Projek ke berehat2 eh? Either one la. Tapi ingat nak mintak kat lecturer untuk tukar kelas hari Jumaat ke hari lain. So nanti boleh la nak balik weekend lama siket. Lagi pon appointment dentist selalunya hari Jumaat.

Jadual untuk semester ni. Tengok, tiga hari berturut kelas pukul 8. Huuu~ Kena bangun pagi la nampak nya.

*********************

Hari ni masih terasa penat uruskan MTM minggu lepas. Sebenarnya bukan buat apa sangat pon, just drive sana sini, masak, angkat2 barang, menjual, tapi seriously penat sangat. Lenguh2 kaki ni, selipar pon sampai terputus dah. Huhuhu. Some of the pictures sepanjang minggu lepas =)

Majlis Perasmian Minggu Transformasi Mahasiswa 2010

Pendaftaran pelajar baru

Perasmian Kelab 1 Malaysia

Sukan antara kolej

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Awet muda..

Selamat malam semua~

Sekarang pukul 1.09 am waktu Malaysia, tapi tak rasa macam mengantok lagi. Jadi jom nak update blog ni. Kali ni sebenarnya bukan nak bagi tips2 awet muda, tapi nak cerita pengalaman memalukan disalah anggap as student first year. Ehem malu ke? Tak2, sebenarnya bangga sebab nampak muda lagi. Hikhik.

Actually sekarang kan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) untuk student2 baru masuk, so semalam ada la majlis bersama TNC kat dewan. We all pon pergi la join, best jugak. Teringat zaman muda2 dulu baru masuk univ. Tapi dulu kena duduk belakang, but now duduk seat VIP. Hehe.

All the way sepanjang program ni banyak kali agen MTM tersalah ingat kitorang ni student baru. Dari mula2 nak masuk dewan sampai la tyme nak balik. Memang rasa kelakar la hari ni. Student baru pon tersalah ingat kitorang macam diorang. Nampak sangat tak dengar tyme we all perkenalkan diri. Isk3. Mentang2 sebab kitorang pakai t-shirt kolej warna pink macam budak2 K9 lain. Boikot tak nak pakai dah baju tu, nanti pergi cafe orang ingat student 1st year lagi. Malu la I~ ;P

Situasi pertama: On the way masuk dewan. 
Agen MTM lelaki: Haih, berlenggang macam kat shopping mall.
Sekali ada felo tu marah diorang. Haha. Padan muka. Lain kali cakap elok2 siket. Biar la kan nak berlenggang ke ape kan. Dewan pon x full lagi.

Situasi kedua: Dalam dewan mencari2 tempat duduk.
Agen MTM gurl: Student K9 duduk sini.
P.felo: Pembantu felo pon kena duduk sini ke?
Agen MTM gurl: Eh pembantu felo ke? Sori2. Tak perasan.
*Sekali last2 dapat duduk tempat VIP* :)
Esoknya terjumpa agen MTM ni kat kolej, punya la mintak maaf. Cakap semalam tak kenal pembantu felo yang diri depan tu semalam. Hahaha. Takpe la~ Asalkan u kenal I.

Situasi ketiga: On the way keluar dewan. Ehem, VIP keluar dulu taw~ Sekali dengan TNC. Mesti student lain pelik kenapa budak2 ni boleh keluar awal. Sekali sampai kat area student K9 duduk.
Student baru: Eh awak nak pergi mana?
P.felo: Erk saya pembantu felo.
Student baru: *Terus duduk balik*
Me: Hahahahaha. Tak tertahan nak gelak.

Situasi keempat: Lepas supper dgn VIP. Nak keluar dewan.
Agen MTM laki: Eh dik2, K9 eh? Cepat, bas dah nak jalan ni!
P.felo: Err kitorang naik kereta.

Situasi kelima: On the way ke kereta.
Agen MTM laki tadi: Awak, kenapa balik naik kereta? JKM ke?
P.felo: Kitorang pembantu felo.
Agen MTM laki tadi: Ouh yeke. Sori2. *Kan dah malu*


Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Esok masuk U~ yeay2!!

Nak dijadikan cerita semalam Ez dengan kawan2 makan kat luar. Actually memang hari2 pon kot dinner makan kat luar sebab cafe dalam UTM tak bukak malam sepanjang cuti semester ni. Before tu singgah la Jusco coz Nana nak ambil blue bear dia. Ala.. yang blue bear celcom tu sempena world cup. Macam pic bawah ni. Topup RM30 dapat free, tapi ada la step2 dia. Ni pon baru taw, minggu lepas dah topup dah RM30. Jadi tak dapat la, tak kan nak topup lagi kan, RM30 pon selalu nya tak habis pon sebulan. Haa one more thing, jika anda pelanggan bertuah, RM10,000 juga bakal menjadi milik anda! <-- Okay, yang ni ayat iklan dalam pamplet semalam. So apa lagi, topup2 la bagi mereka yang menggunakan celcom prepaid ;) Promosi berakhir 11 Julai 2010.



Bukan Blue Bear yang ini.


Tapi yang ini.

Yang pakai jersi tu je bole okay, yang pakai riben2 tu hiasan semata-mata. Khas untuk Nana, bagi betis nak peha. Haha. Orang bagi bear boy tu nak bear riben2 plak. Riben tu nanti jahit sendiri la ok ;P

Lepas settle semua benda tu, dalam 6.50 pm pergi la Tungku Impian untuk dinner. Order air pon sampai around 7.10 pm. Lagi 6 minit 7.16 pm. Sampai2 je air terus main2 la straw tu, skali sluurrrp. *Minum* Tengah sedut tu baru tersedar diri, ops I puasa la!!! Huhuhu. Terkeluar balik semua air dari mulut. Nana kat depan dah tanya, eh nape ni? Korang pon lupa I puasa ke. Huhu. Lepas tu pergi kumur2 siket. Nasib baik duduk meja belakang, takde orang nampak masa air meleleh2 tu. Agak2 sah tak puasa? Betul2 tak ingat ni. Dah la last day ganti puasa. Haish~

This is not the first time, banyak kali jugak la lagi beberapa minit nak berbuka, sampai je air terus minum. Huhu. Godaan yang kuat air ni tyme tengah puasa. Lain kali kalau nak berbuka, sila jauh kan air daripada saya. Kalau dah nampak dah tangan saya dok maen2 straw tu, dah bahaya dah tu >_<

.......... Okay now nak masuk cerita Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM). Nama baru bagi Minggu Haluan Siswa (MHS). Esok student first year baru bakal masuk U, Ez pon sebagai pembantu felo banyak la kerja minggu ni. So kat sini nak list kan tentatif program sepanjang minggu ni yang wajib felo and pembantu felo terlibat. Kot2 terlupa ;P

3 Julai 2010 (Sabtu) - Kolej 9
- Penjualan barangan kering (masa pendaftaran)

4 Julai 2010 (Ahad) - Kolej 9
- Sesi pengenalan dengan pengetua, felo dan pembantu felo (10am)

5 Julai 2010 (Isnin) - Dewan Sultan Iskandar
- Perhimpunan bulanan YBG. Dato NC bersama staf dan mahasiswa (8am)
- Majlis bersama Timbalan Naib Canselor (HEM & Alumni) (9pm)

6 Julai 2010 (Selasa)
- Forum petrotism dan kepenggunaan (9pm)

8 Julai 2010 (Khamis) - Dewan Sultan Iskandar
- Ucapan utama / pelancaran kelab 1 Malaysia oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (9pm)

9 Julai 2010 (Jumaat) - Dewan Sultan Iskandar
- Majlis perasmian dan bacaan ikrar setia mahasiswa (10am)
- Persembahan kebudayaan mahasiswa (9pm)

10 Julai 2010 (Sabtu) - Padang dan sekitar kampus
- Larian MTM / berbasikal dan karnival sukan / ikon sukan (8am)

Lots of love,
-ezreen-


Read more...

My first job

Hai!~

You guys know what? Lusa saya akan pulang ke UTM for good~ Uhu, macam la dah tak balik rumah lagi dah kan. Sabtu ni student first year akan bakal masuk U, and sebagai pembantu felo banyak la kerja nya. Menjual la, jaga kaunter la, itu la, ini la. Haish~ Tapi tak kesah la, dah tanggungjawab. Will be busy for the whole week. Lepas tu kitorang ni pulak la yang bakal memulakan semester baru. Last semester taw~ Lepas tu grad! Lepas tu nak kerja. Lepas tuuuu? K****. Hehehe.

Sepanjang 6 hari duduk kat rumah, hari ni baru la dapat buat satu part time job dengan upah RM10. Tu pon kena share2 dengan anak sedara coz dia pon join sekali. Seumur hidup tak pernah pon kot try buat kerja and dapat gaji. Ada la sekali tyme MRSM dulu kena jaga koop, tu kira kerja tak? Upah dia boleh ambil apa2 barang dari koop berharga RM2 masa malam jaga tu. Eh ke RM1? Either one la. Sedey plak kan, bila interview orang tanya ada pengalaman bekerja tak, lepas tu cakap takde. Lepas tu mula la mereka2 ayat cakap tapi ada pengalaman praktikal la, itu la, ini la. Thank God, panel interviewer tyme interview SLAB konfiden dengan kata2 itu ;P

So sebenarnya part time yang dimaksudkan ialah ............ mencuci kereta my sis.

Murah kan kitorg ni charge, RM10 je satu kereta. Jadi for those yang duduk area Klang ni perlukan perkhidmatan mencuci kereta sampai sparkling2 macam ni, can email me. :D

BEFORE

Actually dah kotor sangat kereta ni, boleh klik kat gambar untuk bukti yang lebih jelas. Nampak tak kotor2 tepi tu? Tayar pon kuning2. Tak macam kereta baru sebulan.

TENGAH BASUH
Dah nampak berkilat siket kan? Nampak tak number plate tu? 8080. Actually nak number 80 bagi seragam semua kereta, last2 dapat 8080 coz lama sangat tunggu. Kesian my sis dapat number murahan :P

AFTER

Sparkling kan? Kan kan? Siap nampak bayang2 pokong lagi kat tepi dia. Menunjukkan betapa shiny nye, tayar pon berkilat2.

Lepas cuci kereta Adreena pon dah penat. Tarik selimut tito~

THE END

.....................Oh I'm so proud of my work!! Hehee~..................

This week juga berjaya ajar Adreena buat something new. Yeay2! Show it Adreena!~

So cute~ I can see youuuuu..

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Sife UTM

Ok ni yang marah ni. Rasa hari tu dah save satu post tu, bukak2 hari ni blank. Terpaksa tulis and upload gambar balik. Haish~

................ So sebenarnya hari tu nak cerita tentang trip ke Kg. Johor Lama. Korang tahu tak kat mane? Kalau tak tahu boleh tanya Miss Google. Actually pergi situ sebab ada penilai SIFE Malaysia nak datang tengok tapak projek. Haa~ Konon engineer plak kan ada tapak projek ni. Mane la taw menang dapat pergi international plak kan. But as for us tak sempat kot, tinggal satu sem je lagi kat UTM ni. Bagi generasi2 akan datang la plak sambung kan. And I dont think nak sambung Phd kat UTM ni lagi. Start dari 4cast kat UTM, then degree kat UTM, Master mula2 taknak kat UTM but at last UTM  jugak. Phd? Just wait and see.. :)

You guys know what is SIFE? Siapa2 yang tak tahu tu boleh la klik2 link yang kaler2 tu, yang dah tahu tu stay still and baca ni sampai habis :P

Students in Free Enterprise, SIFE as its names counts, is an international non-profit organization that works with leaders in business and higher education to assemble university students around the world to make a difference in their communities while developing the skills in becoming socially responsible business leaders. The SIFE program model is designed to harness the business talents of the network members for the benefit of people and communities around the world, while also providing meaningful opportunities for these leaders to connect, collaborate and learn from one another.

And as for UTM, kami telah memilih Kg. Johor Lama as a place of interest in enhancing their quality of life and standard of living :)

For more pictures boleh tgk kat Facebook ni.
Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Oh wow, interesting!

Salam.

Sebenarnya kali ni nak update gambar2 kem pemantapan minggu lepas, but since gambar2 terlalu banyak dan nak tunggu dari camera lain lagi, jom kita tengok info berguna ni dulu. Forwarded from Nana. Thankx for the email :)

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2.Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.


Sekian sahaja, moga dapat sama-sama kita amalkan. Oh by the way, do wait for next update. Banyak gambar2 ni :)


Yours Truly,

Read more...

Mandi manda dan lip lap lip lap

Nak tahu tak? Hari Khamis lepas kan, pergi mandi2 kat Desa Water Park dan i-City. Beeeeest~ Tak nak cakap ape2 la. Nak update gambar je hari ni. Sila get ready besar2 kan mata kerana gambar-gambar yang bakal anda saksikan...... ehem kurang jelas. Biasa lah~ Quality camera handset je, next time pergi mana2 dalam handbag mesti bawa camera ok. Penting tuuu. Kalau tak jadi la rupa macam bawah ni......

 Wassup yo! Cool la baby Adreena ni. *On the way ke Desa Water Park*


Selepas penat lelah swimming. Tak nampak sunburn pon kan, bahkan dua tona lebih cerah. Thank you photo editor! :D


i-City, Shah Alam. Cantik kan? Colourful gitu~ Walaupon 17 tahun duduk Shah Alam, and sekarang duduk Klang, but still baru je menjejak kan kaki kat sini. Siapa2 yang tak pernah pergi, sila lah pergi. But not to forget bila datang tu bawa sekali camera yang mahal2, jika tidak........... anda pasti menyesal jika kulit anda menjadi gelap lebih daripada yang sepatutnya :D


Setelah bersusah payah edit, ini lah hasilnya. Kalau tak lagi teruk ok~ Muka pon tak nampak. Sampai malu nak letak :P




Encik Panda ajak tangkap gambar sama-sama laks.. Peace! :)


On the way back. *Its snowing!.. duhh*

Isnin ni dah nak pulang ke UTM semula, terasa sekejap je kan duduk rumah. Next day nye akan bertolak ke Beserah, Pahang and maybe I don't bring my lappy along, so tak dapat nak online selama 4 hari. But will I survive? *wondering*

But not to worry, sila tunggu update seterusnya tentang percutian ke Pahang ni. Till then~ Bye2!!

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

UTM naik taraf RU?

Kita tunggu dan lihat.. Hahaaaa~ Tajuk bagi catchy siket.

Semalam sebenarnya masa masuk miting ada terdengar gosip2 sikit. Macam dengar sipi2 gitu orang cakap. Tapi tak tanya la in details. Siapalah daku nak join lecturer bergosip kan~ Apa2 pon kita tunggu Najib datang nanti untuk keputusan muktamad.

As for today, nak cakap saya nak balik rumah petang ni! Sekarang kan cuti sekolah, jadi ambil mood konon2 macam budak sekolah bercuti tapi dont worry sv, projek tetap di hati. So saya akan berada di Selangor sampai Isnin depan, and the next day Selasa akan bertolak ke Pahang sampai hari Jumaat. Jadi sila jangan rindu2 saya :D

............... okay takde idea dah nak cakap. Nak pergi lunch dulu. Beg pon tak kemas lagi, walaupon hanya bawa backpack. Later~ Next update, akan diupdate dari rumah.

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Shrek 4!~ ;D

Still toO lazy untuk update blog sebenarnya, penat keluar jalan2 weekend ni tapi overall sangat best!!! Maybe sebab lama tak keluar jalan-jalan and asyik duduk memerap je dalam UTM ni. Bila dapat jalan2 jauh sikit rasa happy sangat sampai nak buat tanda seru ni banyak-banyak!!! <-- macam ni. Konon-konon nak tunjuk happy sangat-sangat lah!! :D

Semalam pon keluar lagi. Bertolak dari UTM pukul 3 petang, then balik dekat 12 tgh malam. Dekat 9 jam okay berjalan2, mana tak nye pakai crocs pon boleh melecet -_-" At first sebenarnya tujuan asal untuk ke Angsana je, tapi tiba2 melencong pula sampai Jusco Tebrau. Tak ingat siapa sebenarnya yang buat lencongan macam ni :) Sangat lama sebenarnya tak pergi JJ Tebrau ni, last masa degree dulu, lepas tu sepanjang master duduk pergi Jusco Taman U ni je ha. Mana tak nye terlebih excited dapat pergi semalam. Thanx Elya kerana sudi bawa kami (me and Nana) jalan2. Lain kali boleh la bawa kitorang ni pergi lagi. Hehehe


Agenda utama Elya mengambil gambar untuk menjeles kan Shima.. Isk2.. I tak join, just jadi model percuma :P


Shrek 4.. Best!! Walaupon masuk lambat sikit coz kena solat Maghrib dulu. Lepas tu ada budak kecik seat depan ni asyik berdiri atas kerusi. Dalam hati nak je cakap adik, taw la kecik, tapi faham2 la akak ni pendek -_-"


And last2 tak beli apa2 pon untuk diri sendiri, just a gift untuk birthday Adreena nanti. Shantek tak maksu balut? Hehehehe

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Saya wartawan separuh masa

Hai! Hai! Hai!


Alaaa silap reaksi muka -_-" .. Okay ni la sebenarnya gaya wartawan separuh masa yang kehabisan bateri camera mahal, jadi terpaksa menggunakan camera handphone murah aje untuk buat liputan di dalam toilet Senai Airport sempena perasmian Aero Mall hari ini :)

Semalam sebenarnya keluar dengan Nana temankan Elya buat kerja kat Senai Airport. Dalam 12.30am baru bertolak balik UTM, and last2 sampai dekat2 pukul 1 pagi. Nasib baik tak kena scan kad matrix dekat pakgad. Hehehee..*muka innocent macam ni mana mungkin pakgad nak suspicious kan :P*

Pagi ni masih rasa mengantuk2 je lagi, siap selsema lagi. Bila tak cukup tidur memang macam ni. Malam before nye pon siap tido dekat pukul 4 pagi semata2 baca journal tengok Gossip Girl. Mentang2 weekend, projek semua dilupakan. Isnin nanti la sambung balik, petang nanti pula mungkin nak merayau2 kat Jusco Tebrau atau melantak ayam penyet. Oooohhh sangat indahnya weekend :D

Eh haaa Nana! Nana!, I dah habis download semua sampai last episod. Ending tak best. Isk2. Kena tunggu season 4 pula lepas ni.

Yours Truly, 
-ezreen-

Read more...

In loving memory.



Seeing this video makes me sad, walaupon character2 dalam tu sangat3 comel. Teringat kat kucing kesayangan, Cik Bon. *Btw, kena dengar dengan sound dia sekali, baru feeling*


In loving memory.

Maybe sebab jaga Cik Bon ni sejak dia lahir until his last breath, sangat3 sedih. That's why sayang lebih. He's a great cat, sangat baik dan pandai menggunakan toilet sebaik mungkin. Tak macam pet sekarang, merata2 je buang, suka geget2 kaki orang pula tu, geget balik karang~

.............. Kesian kat Cik Bon ni, kecil2 dah jadi anak yatim and lost his siblings semua at a very young age. Mama Cik Bon mati betul2 depan rumah dengan berlumuran darah. Tsk. Maybe kena langgar dengan gate automatic depan tu. Memang sangat tragis. Ingat lagi masa tu my bro suruh jaga Cik Bon jangan bagi dia keluar so that he does not see his mum dying. Sedih okay! Dah habis tanam baru bagi keluar. Tak nak bagi dia sedih, kan baru baby2 je lagi. Eventhough he's just a cat, tapi mesti ada persaan juga T_T

Lahir2 Cik Bon ada 4 adik beradik, the other 3 name Missy, Sabrina lagi seekor tak ingat dah. Semua nya dah takde, Missy (the cutest one) kena langgar lari depan rumah masa baby2 je lagi T_T Kejam siapa yang langgar. I will never forgive you! Sabrina pula hilang secara tiba2 pon masa baby2 je lagi. Lagi seekor I dont remember what happen. Sorry~

Actually Cik Bon ni sakit buah pinggang. Memang sangat malang nasibmu. Selalu je keluar masuk wad. Makanan pon kena bagi makanan kucing yang mahal2 punya tu. But its okay, sebab I think you're the best cat I ever had. Makan mahal2 pon takpe. 

But happy days never last long.....
Akhirnya, kau mati juga. You left me masa I kat UTM, tak dapat tengok for the last time. Dapat tahu pon sebab tengok status facebook my bro. Maybe its better that way, dari kau terseksa kan. May you rest in peace.


 And now you left us with Mini Bon, or can just call her Bonni (:

and


 MJ *anak angkat*

Eventhough muka kiut miut tapi suka geget2 kaki orang, patut la Adreena pon suka baling2 kau.

Hey, is it true happy days never last long? Hurm... Next pet nak bagi nama Miao, Pafu and Wafu la. Awwww sOoOo cute~ :')

Yours Truly ♥
-ezreen-

Read more...

Perfume baru untuk mu..

Wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~


Kehadapan JDC 80 yang disayangi,

Mengada2 punya kereta, perfume sendiri pon tak dapat beli kena beli perfume kau. Dah la minta ganti minyak brake, tukar brake pad lagi. Tu belum servis kereta lagi, road tax pulak mati next month. Isk habis duet aku, eh eh mungkin bukan duit aku tapi duit parent aku. Dah la suruh aku melutut semata-mata nak pam tayar kau kan semalam. Ces ingat kau tu siapa?

Pergi spa je tak lagi, tunggu kau betul2 berlapuk sampai aku malu nak keluar dengan kau dah baru nak bawak pergi spa. Sampai di sini sahaja warkah kali ini.


Yours Truly ♥
-ezreen-

Read more...

Membazir tu kawan syaitan..


Hai, tengah online dalam bas ni, tolong jangan percaya. Orang jakun seperti saya mana mungkin online dalam bas. Isk2. Paling canggih pon dengar lagu *bukan radio Sinar dalam bas tu* lepas tu tidur. Sebenarnya ada kat rumah lagi ni, tiket bas pukul 9.15am tapi sekarang dah 10.30am. Iye, tiket bas diburn begitu sahaja disebabkan saya sakit. Sakit mengada-ngada tak nak balik. Membazir! Apa entah nak jadi. Eh tapi saya tak nak jadi kawan syaitan membazir2 ni :S

Nasib baik naik bas je, kalau naik flight nak mengada-ngada tak nak balik macam ni memang kena marah la nampaknya. InsyaAllah akan balik UTM Isnin depan jika tak datang lagi penyakit mengada-ngada macam ni. Oh ya, esok mungkin akan ke Port Dickson sampai hari Ahad tapi jangan salah faham pula bukan tak nak balik sebab nak pergi melancong. Dah selalu sangat pergi PD, semua jalan2 kat situ saya dah ingat. Ok mungkin bukan semua.

***************************

Nampak tak gambar kat atas tu? Ok tu sebenarnya bukan handphone saya. Handphone saya murah2an saja, rasa tak perlu tukar selagi ia masih bernyawa. Kalau nak tukar pon tunggu officially kerja, sekarang still nak mengaku diri ini student. Bertambah2 list things to buy lepas kerja *_*

Daddy: Farin, ada lagu2 oldies tak? Masukkan dalam handset tu. Dalam tu dah ada lagu, tapi tak sedap la.

Saya: Mana ada lagu oldies -_-"

Daddy: Masukkan je la lagu apa2.

............... Kan atas tadi dah cakap saya jakun, entah berapa minit cari button main menu kat handset tu. Dah nampak dah satu button tu, tapi takut nanti salah tekan rosak pula. Last2 nasib baik jumpa, senang je rupanya~ 

**Topik untuk next next post: Things to buy bila dah kerja**

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Yelahh~ Nak pergi ni.. T_T

Okay tengah sedih sekarang ni sebab tu edit balik post sebelum ni. Semalam ada cakap nak balik univ esok kan, tapi sekarang tiba2 sedih tak nak balik. Tapi macam dah sangat lambat je nak tukar tiket. Nak tukar malam ni rasanya kaunter transnasional pon dah tutup, nak tukar esok tapi tiket ni esok pagi. Rasa takde harapan dah, terpaksa berhenti berharap. Esok balik UTM dengan sedih. Mungkin meleleh2 air mata dalam bas nanti konon macam nak pergi lama sangat T_T

Takpe lah Ezreen, duduk sana nanti boleh buat projek tu.Takde hantu lah nak kacau duduk sorang2. Huuhuuhuu

............ Sebenarnya hari tu beli tiket untuk esok sebab maklumlah kereta sekarang menumpang rumah orang. Ingat mereka nak pindah hujung minggu ni sebab tu berusaha jugak tabah kan diri balik esok ambil kereta. Tengok2 tak jadi, lambat lagi. Malangnya nasib, so weekend ni terpaksa habiskan masa memerapkan diri dalam bilik sambil berdiet. Sedih kan??

Walaupon semalam boleh lagi gembira tangkap2 gambar macam ni, tapi hari ni.... *speechless*


Bye2 bibi Adreena~ Maksu nak pergi dah. Tengok lah weekend ni, kalau rasa macam tak berapa betol sangat nak jalan2 sorang2 cari hadiah birthday Adreena. Huuu tak pernah lagi keluar merayau2 sorang2 :(

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Colour me PINK!


It's OK to blush easily! A study showed that since we can't stop ourselves from blushing, others may perceive this very publicly display of embarrassment as a signal that the "blusher" genuinely recognises his or her social or moral wrongdoing and regrets it. Blushing actually increases our chances of being forgiven by others in an embarrasing situation!

CLEO May 2010 issue

See~ Tak salah malu2.. Nampak innocent je.. :">

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Iron Man 2 yang tak jadi ;(

Salam..

Huhurmmm.. nak cerita ape eh hari ni?? Haa semalam sebenarnya plan nak teman kan ada orang tu tengok iron man 2.. Tapi last2 tak jadi, kesian sangat.. Laen kali tengok dengan family ok.. Hehe.. Book tiket 11.45am, ingat sempat la naek komuter pkol 9 lebih.. Tengok2 tak sempat.. Jauh jugak kl-ang dengan kl ni rupanya..

Lebih2 lagi semalam hari pekerja.. Ramai la orang naek komuter tu, especially warga2 asing ni.. Isk mentang2 cuti, I jugak yang tak cukup nafas naek komuter tu.. Laen kali nak naek gerabak merah jambu la :) 45 minutes kot berdiri dalam komuter tu pakai high heels.. Mentang2 I nampak muda, tak nak bagi tempat duduk ke?? Awal2 kat klang ok lagi tak ramai orang, tapi last2 dah nak dekat KL Sentral tu haaaaahhh melekat dah muka ku kat tingkap komuter.. Seperti ikan sardin terhimpit2 dalam tin sardin.. Tak nak naek komuter masa public holiday lagi dah la.. Tak nak! Tak nak!

Lepas tu sampai KL Sentral dalam 10 lebih.. Top-up touch n go sume lepas tu naek LRT ke Taman Melati dalam 10.30am.. Sampai2 dah pkol 11 dah.. And then ada kereta hitam datang jemput pergi 1 Utama.. Memang dah tak sempat dah la.. Huhuhu.. Mintak maaf ye semua.. Rasa bersalah sebenarnya, tu yang monyok siket tu pusing2 OU.. Laen kali takmo ikot dah la, merajuk ni :D

Post kali ni takde gambar, x best je rasa.. Ada orang tu amek gambar curi2.. Nanti nak mintak la~

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Quick ways to weaken eye bags

Anda rasa anda ada masalah eye bags macam saya? Rasa kurang keyakinan diri? Jangan risau~ Saya ada penyelesaiannya *macam iklan pule dah* Ok kali ni nak bagi tips2 untuk mengelakkan beg mata atau lebih dikenali sebagai eye bags.


Bagi sesiapa yang belum berpeluang memiliki beg mata.. Ahah macam ni la rupenya.. Dah eye bags tu eye bags jugak, makeup pon still nampak -_-" Sila bersimpati dengan saya dengan klik2 iklan kat tepi tu..

Orang selalu fikir eye bags ni berpunca dari tak cukup tidur dan sebagainya, tapi sebenarnya bukan!!!! Sebenarnya sebab utama nya adalah berpunca daripada tarikan graviti bumi. Faham kan?? Kalau tak faham pergi belajar balik Sains, cari tarikan graviti tu apa. Dengan adanya tarikan graviti bumi ni lah kita dapat berjalan2 atas bumi yang indah ni tanpa terapung2. Senang cerita nak cakap sebenarnya kita ni tertarik ke bumi. Begitu juga lah dengan mata dan kulit kita. Sebab tu la lama2 wujudnya lengkungan bawah mata ni yang tertarik ke bumi. Tapi saya baru 22 tahun la! Tak dapat bayangkan lagi 25 tahun kulit mata ni tertarik bagaimana rupa.

The longer you’re exposed to gravity (the older you get) the more your facial tissues sink toward the floor.

Okay cukup intro setakat tu.. Mesti ramai yang tertunggu2 tips ni.. Ada dua part: Hot and cold.. Yang hot ni sesuai dilakukan pada waktu malam, dan yang cold sesuai dilakukan pada waktu pagi.

Hot packing...

1. Panaskan minyak zaitun dan letakkan di bawah mata menggunakan kapas. Tapi kalau takde kapas, tangan pon boleh. Urut2 bagi memudahkan ia menyerap ke dalam kulit.

2. Ambil segelas air panas dan letakkan sedikit garam. Potong make up cotton pads untuk dijadikan ala2 facial mask dan kemuadian rendam dalam air garam tadi. Pakai seperti biasa seperti anda memakai mask selama 5 ke 10 minit.

Cold packing...

1. Sejuk beku kan dua batang sudu teh di dalam peti ais. 10 minit kemudian, tekan kan sudu sejuk tadi kat eye bags tu.

2. Mula2 sapukan minyak zaitun di bawah mata. Kemudian, letakkan tea bags yang telah digunakan dan disejukkan di tempat yang sama. It will take 5 to 10 minutes untuk tea bags tu start to give effect.

....And for those adik2 yang belum pernah ada eye bags, salah satu prevention paling penting adalah elakkan minum air setengah jam sebelum tidur. Jika tidak anda akan menyesal!!! Heheheee

Ok la.. sebenarnya banyak je lagi tips lagi. Tapi tangan dah penat menaip. Nanti sambung lagi dengan tips2 lain.. Bye2!!

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Update dari Selangor.. weehee

Bila kat rumah ni rasa macam malas je nak online, lebih berminat kepada aktiviti tido. Yela, bila kat univ paling awal pon tido pkol 1. Kena la ganti balik masa2 tido yang terbuang tu. Semalam bertolak dari Johor pkol 10.30 pagi, tapi sampai rumah pkol 9 malam. Lama kan?? Pening2 dah kepala. Maybe sebab tu kot hari ni lebih banyak tido. First time okay drive kereta dari Johor ke Selangor. Heehee. Tapi tu bukan faktor penyebab perjalanan ambil masa sampai 10 jam *saya tak drive se-slow itu* Mula2 dari Larkin my mom drive sampai Yong Peng, lepas tu baru I take over. Awal2 masuk highway pon dah salah, pegi masuk 2nd link punye highway. Lepas tu singgah Seremban jap rumah auntie. And then singgah Damansara pon sesat lagi -_-"

 ****************

Actually exam habis hari Ahad hari tu. Lepas2 exam, terus ajak cosmate pergi Jusco. Ada nak beli something. Before tu pergi keluar kan duet kat ATM machine. Tengok2 resit, ooooohhhh alangkah bahagianya. Taw2 je KPT ni masukkan duet btol2 lepas exam habis. Dapat membeli-belah dengan gembira ;)

 Ni lunch kali kedua. Beli 4 hari tu. Dua belanja cosmate, satu saya punye, satu lagi jadi buah tangan.

Yang ni saya makan dua, yang lain jadi buah tangan.. Heehee

Balik tu terus packing2 barang nak bertolak pegi rumah auntie kat Larkin. Dalam pkol 5.30 baru siap packing semua. On the way tu pulak jalan jem, mesti sebab Jom Heboh kat Danga Bay tu. Isk. 45 minit okay stuck kat jem tu, dari Skudai nak ke Larkin je pon. Tapi ape2 pon nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya drive sorang2 ke JB tanpa menyesatkan diri.

Rase macam nak demam la. Nak tido awal ni ;) Good nite~

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Petua menguruskan badan :P

Memandangkan baru lepas habis exam pagi tadi dan next exam 5 hari lagi, maka banyak masa nak update blog baca buku. Alhamdulillah exam tadi okay. Harap2 result pon okay la. So disebabkan hari ni hari baik, mood baik, oh ya dan markah exam hari tu dapat naik 5 markah :P, jadi nak bagi petua untuk badan kurus. Macam la diri ini kurus sangat kan, tapi takpe nak bagi jugak. Sebab ni info baru dapat masa makan malam kat cafe semalam. Jadi nak share2~

****sedang menikmati nasi putih sup ayam dan tiba2 termakan something.. keluarkan balik letak tepi, nasib baik takde orang pandang :))****

J: Kenapa tak makan bawang putih tu? Kalau nak kurus makan bawang putih la.

E: Eh tu bukan bawang putih la, tak sedap.. Halia kot.. (dengan muka confident) Eh aku makan bawang putih la, tapi tak kurus pon :(

J: Ko tak kurus ke? *buat muka pelik2*

E: Tak :D *buat muka bangga pulak*

****J cedok2 sup ayam ku (ala2 seperti sup mu sup ku jua) lalu terjumpa bawang putih ****

J: Haaaaaah! Ni bawang putih.. Makan la..

E: *pelik dan konfius lalu berfikir seketika lama*

E: Eh rasanya yang tadi tu bawang putih la. Silap2, aku tak makan bawang putih. Tapi aku makan bawang besar. Konfius la tadi, bawang besar pon kan macam putih2.. :"> (Oh malu, ayat cover malu semata-mata)

J: ...... (-_____-)" Hah makan la, baru ko terasa kurus kot nanti..

E: 8%^t57r8q2**)^34.... tak nak la, aku dah kurus..

So info baru kan tu, jadi sesiapa yang nak menguruskan badan tu sila lah makan bawang besar putih banyak2. Nanti kalau ada petua2 baru lagi saya update lagi. Heehee.

Lots of love,
-ezreen-

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP