Shrek 4!~ ;D

Still toO lazy untuk update blog sebenarnya, penat keluar jalan2 weekend ni tapi overall sangat best!!! Maybe sebab lama tak keluar jalan-jalan and asyik duduk memerap je dalam UTM ni. Bila dapat jalan2 jauh sikit rasa happy sangat sampai nak buat tanda seru ni banyak-banyak!!! <-- macam ni. Konon-konon nak tunjuk happy sangat-sangat lah!! :D

Semalam pon keluar lagi. Bertolak dari UTM pukul 3 petang, then balik dekat 12 tgh malam. Dekat 9 jam okay berjalan2, mana tak nye pakai crocs pon boleh melecet -_-" At first sebenarnya tujuan asal untuk ke Angsana je, tapi tiba2 melencong pula sampai Jusco Tebrau. Tak ingat siapa sebenarnya yang buat lencongan macam ni :) Sangat lama sebenarnya tak pergi JJ Tebrau ni, last masa degree dulu, lepas tu sepanjang master duduk pergi Jusco Taman U ni je ha. Mana tak nye terlebih excited dapat pergi semalam. Thanx Elya kerana sudi bawa kami (me and Nana) jalan2. Lain kali boleh la bawa kitorang ni pergi lagi. Hehehe


Agenda utama Elya mengambil gambar untuk menjeles kan Shima.. Isk2.. I tak join, just jadi model percuma :P


Shrek 4.. Best!! Walaupon masuk lambat sikit coz kena solat Maghrib dulu. Lepas tu ada budak kecik seat depan ni asyik berdiri atas kerusi. Dalam hati nak je cakap adik, taw la kecik, tapi faham2 la akak ni pendek -_-"


And last2 tak beli apa2 pon untuk diri sendiri, just a gift untuk birthday Adreena nanti. Shantek tak maksu balut? Hehehehe

Yours Truly,
-ezreen-

Read more...

Saya wartawan separuh masa

Hai! Hai! Hai!


Alaaa silap reaksi muka -_-" .. Okay ni la sebenarnya gaya wartawan separuh masa yang kehabisan bateri camera mahal, jadi terpaksa menggunakan camera handphone murah aje untuk buat liputan di dalam toilet Senai Airport sempena perasmian Aero Mall hari ini :)

Semalam sebenarnya keluar dengan Nana temankan Elya buat kerja kat Senai Airport. Dalam 12.30am baru bertolak balik UTM, and last2 sampai dekat2 pukul 1 pagi. Nasib baik tak kena scan kad matrix dekat pakgad. Hehehee..*muka innocent macam ni mana mungkin pakgad nak suspicious kan :P*

Pagi ni masih rasa mengantuk2 je lagi, siap selsema lagi. Bila tak cukup tidur memang macam ni. Malam before nye pon siap tido dekat pukul 4 pagi semata2 baca journal tengok Gossip Girl. Mentang2 weekend, projek semua dilupakan. Isnin nanti la sambung balik, petang nanti pula mungkin nak merayau2 kat Jusco Tebrau atau melantak ayam penyet. Oooohhh sangat indahnya weekend :D

Eh haaa Nana! Nana!, I dah habis download semua sampai last episod. Ending tak best. Isk2. Kena tunggu season 4 pula lepas ni.

Yours Truly, 
-ezreen-

Read more...

In loving memory.



Seeing this video makes me sad, walaupon character2 dalam tu sangat3 comel. Teringat kat kucing kesayangan, Cik Bon. *Btw, kena dengar dengan sound dia sekali, baru feeling*


In loving memory.

Maybe sebab jaga Cik Bon ni sejak dia lahir until his last breath, sangat3 sedih. That's why sayang lebih. He's a great cat, sangat baik dan pandai menggunakan toilet sebaik mungkin. Tak macam pet sekarang, merata2 je buang, suka geget2 kaki orang pula tu, geget balik karang~

.............. Kesian kat Cik Bon ni, kecil2 dah jadi anak yatim and lost his siblings semua at a very young age. Mama Cik Bon mati betul2 depan rumah dengan berlumuran darah. Tsk. Maybe kena langgar dengan gate automatic depan tu. Memang sangat tragis. Ingat lagi masa tu my bro suruh jaga Cik Bon jangan bagi dia keluar so that he does not see his mum dying. Sedih okay! Dah habis tanam baru bagi keluar. Tak nak bagi dia sedih, kan baru baby2 je lagi. Eventhough he's just a cat, tapi mesti ada persaan juga T_T

Lahir2 Cik Bon ada 4 adik beradik, the other 3 name Missy, Sabrina lagi seekor tak ingat dah. Semua nya dah takde, Missy (the cutest one) kena langgar lari depan rumah masa baby2 je lagi T_T Kejam siapa yang langgar. I will never forgive you! Sabrina pula hilang secara tiba2 pon masa baby2 je lagi. Lagi seekor I dont remember what happen. Sorry~

Actually Cik Bon ni sakit buah pinggang. Memang sangat malang nasibmu. Selalu je keluar masuk wad. Makanan pon kena bagi makanan kucing yang mahal2 punya tu. But its okay, sebab I think you're the best cat I ever had. Makan mahal2 pon takpe. 

But happy days never last long.....
Akhirnya, kau mati juga. You left me masa I kat UTM, tak dapat tengok for the last time. Dapat tahu pon sebab tengok status facebook my bro. Maybe its better that way, dari kau terseksa kan. May you rest in peace.


 And now you left us with Mini Bon, or can just call her Bonni (:

and


 MJ *anak angkat*

Eventhough muka kiut miut tapi suka geget2 kaki orang, patut la Adreena pon suka baling2 kau.

Hey, is it true happy days never last long? Hurm... Next pet nak bagi nama Miao, Pafu and Wafu la. Awwww sOoOo cute~ :')

Yours Truly ♥
-ezreen-

Read more...

Perfume baru untuk mu..

Wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~


Kehadapan JDC 80 yang disayangi,

Mengada2 punya kereta, perfume sendiri pon tak dapat beli kena beli perfume kau. Dah la minta ganti minyak brake, tukar brake pad lagi. Tu belum servis kereta lagi, road tax pulak mati next month. Isk habis duet aku, eh eh mungkin bukan duit aku tapi duit parent aku. Dah la suruh aku melutut semata-mata nak pam tayar kau kan semalam. Ces ingat kau tu siapa?

Pergi spa je tak lagi, tunggu kau betul2 berlapuk sampai aku malu nak keluar dengan kau dah baru nak bawak pergi spa. Sampai di sini sahaja warkah kali ini.


Yours Truly ♥
-ezreen-

Read more...

Membazir tu kawan syaitan..


Hai, tengah online dalam bas ni, tolong jangan percaya. Orang jakun seperti saya mana mungkin online dalam bas. Isk2. Paling canggih pon dengar lagu *bukan radio Sinar dalam bas tu* lepas tu tidur. Sebenarnya ada kat rumah lagi ni, tiket bas pukul 9.15am tapi sekarang dah 10.30am. Iye, tiket bas diburn begitu sahaja disebabkan saya sakit. Sakit mengada-ngada tak nak balik. Membazir! Apa entah nak jadi. Eh tapi saya tak nak jadi kawan syaitan membazir2 ni :S

Nasib baik naik bas je, kalau naik flight nak mengada-ngada tak nak balik macam ni memang kena marah la nampaknya. InsyaAllah akan balik UTM Isnin depan jika tak datang lagi penyakit mengada-ngada macam ni. Oh ya, esok mungkin akan ke Port Dickson sampai hari Ahad tapi jangan salah faham pula bukan tak nak balik sebab nak pergi melancong. Dah selalu sangat pergi PD, semua jalan2 kat situ saya dah ingat. Ok mungkin bukan semua.

***************************

Nampak tak gambar kat atas tu? Ok tu sebenarnya bukan handphone saya. Handphone saya murah2an saja, rasa tak perlu tukar selagi ia masih bernyawa. Kalau nak tukar pon tunggu officially kerja, sekarang still nak mengaku diri ini student. Bertambah2 list things to buy lepas kerja *_*

Daddy: Farin, ada lagu2 oldies tak? Masukkan dalam handset tu. Dalam tu dah ada lagu, tapi tak sedap la.

Saya: Mana ada lagu oldies -_-"

Daddy: Masukkan je la lagu apa2.

............... Kan atas tadi dah cakap saya jakun, entah berapa minit cari button main menu kat handset tu. Dah nampak dah satu button tu, tapi takut nanti salah tekan rosak pula. Last2 nasib baik jumpa, senang je rupanya~ 

**Topik untuk next next post: Things to buy bila dah kerja**

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Yelahh~ Nak pergi ni.. T_T

Okay tengah sedih sekarang ni sebab tu edit balik post sebelum ni. Semalam ada cakap nak balik univ esok kan, tapi sekarang tiba2 sedih tak nak balik. Tapi macam dah sangat lambat je nak tukar tiket. Nak tukar malam ni rasanya kaunter transnasional pon dah tutup, nak tukar esok tapi tiket ni esok pagi. Rasa takde harapan dah, terpaksa berhenti berharap. Esok balik UTM dengan sedih. Mungkin meleleh2 air mata dalam bas nanti konon macam nak pergi lama sangat T_T

Takpe lah Ezreen, duduk sana nanti boleh buat projek tu.Takde hantu lah nak kacau duduk sorang2. Huuhuuhuu

............ Sebenarnya hari tu beli tiket untuk esok sebab maklumlah kereta sekarang menumpang rumah orang. Ingat mereka nak pindah hujung minggu ni sebab tu berusaha jugak tabah kan diri balik esok ambil kereta. Tengok2 tak jadi, lambat lagi. Malangnya nasib, so weekend ni terpaksa habiskan masa memerapkan diri dalam bilik sambil berdiet. Sedih kan??

Walaupon semalam boleh lagi gembira tangkap2 gambar macam ni, tapi hari ni.... *speechless*


Bye2 bibi Adreena~ Maksu nak pergi dah. Tengok lah weekend ni, kalau rasa macam tak berapa betol sangat nak jalan2 sorang2 cari hadiah birthday Adreena. Huuu tak pernah lagi keluar merayau2 sorang2 :(

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Colour me PINK!


It's OK to blush easily! A study showed that since we can't stop ourselves from blushing, others may perceive this very publicly display of embarrassment as a signal that the "blusher" genuinely recognises his or her social or moral wrongdoing and regrets it. Blushing actually increases our chances of being forgiven by others in an embarrasing situation!

CLEO May 2010 issue

See~ Tak salah malu2.. Nampak innocent je.. :">

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Iron Man 2 yang tak jadi ;(

Salam..

Huhurmmm.. nak cerita ape eh hari ni?? Haa semalam sebenarnya plan nak teman kan ada orang tu tengok iron man 2.. Tapi last2 tak jadi, kesian sangat.. Laen kali tengok dengan family ok.. Hehe.. Book tiket 11.45am, ingat sempat la naek komuter pkol 9 lebih.. Tengok2 tak sempat.. Jauh jugak kl-ang dengan kl ni rupanya..

Lebih2 lagi semalam hari pekerja.. Ramai la orang naek komuter tu, especially warga2 asing ni.. Isk mentang2 cuti, I jugak yang tak cukup nafas naek komuter tu.. Laen kali nak naek gerabak merah jambu la :) 45 minutes kot berdiri dalam komuter tu pakai high heels.. Mentang2 I nampak muda, tak nak bagi tempat duduk ke?? Awal2 kat klang ok lagi tak ramai orang, tapi last2 dah nak dekat KL Sentral tu haaaaahhh melekat dah muka ku kat tingkap komuter.. Seperti ikan sardin terhimpit2 dalam tin sardin.. Tak nak naek komuter masa public holiday lagi dah la.. Tak nak! Tak nak!

Lepas tu sampai KL Sentral dalam 10 lebih.. Top-up touch n go sume lepas tu naek LRT ke Taman Melati dalam 10.30am.. Sampai2 dah pkol 11 dah.. And then ada kereta hitam datang jemput pergi 1 Utama.. Memang dah tak sempat dah la.. Huhuhu.. Mintak maaf ye semua.. Rasa bersalah sebenarnya, tu yang monyok siket tu pusing2 OU.. Laen kali takmo ikot dah la, merajuk ni :D

Post kali ni takde gambar, x best je rasa.. Ada orang tu amek gambar curi2.. Nanti nak mintak la~

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Quick ways to weaken eye bags

Anda rasa anda ada masalah eye bags macam saya? Rasa kurang keyakinan diri? Jangan risau~ Saya ada penyelesaiannya *macam iklan pule dah* Ok kali ni nak bagi tips2 untuk mengelakkan beg mata atau lebih dikenali sebagai eye bags.


Bagi sesiapa yang belum berpeluang memiliki beg mata.. Ahah macam ni la rupenya.. Dah eye bags tu eye bags jugak, makeup pon still nampak -_-" Sila bersimpati dengan saya dengan klik2 iklan kat tepi tu..

Orang selalu fikir eye bags ni berpunca dari tak cukup tidur dan sebagainya, tapi sebenarnya bukan!!!! Sebenarnya sebab utama nya adalah berpunca daripada tarikan graviti bumi. Faham kan?? Kalau tak faham pergi belajar balik Sains, cari tarikan graviti tu apa. Dengan adanya tarikan graviti bumi ni lah kita dapat berjalan2 atas bumi yang indah ni tanpa terapung2. Senang cerita nak cakap sebenarnya kita ni tertarik ke bumi. Begitu juga lah dengan mata dan kulit kita. Sebab tu la lama2 wujudnya lengkungan bawah mata ni yang tertarik ke bumi. Tapi saya baru 22 tahun la! Tak dapat bayangkan lagi 25 tahun kulit mata ni tertarik bagaimana rupa.

The longer you’re exposed to gravity (the older you get) the more your facial tissues sink toward the floor.

Okay cukup intro setakat tu.. Mesti ramai yang tertunggu2 tips ni.. Ada dua part: Hot and cold.. Yang hot ni sesuai dilakukan pada waktu malam, dan yang cold sesuai dilakukan pada waktu pagi.

Hot packing...

1. Panaskan minyak zaitun dan letakkan di bawah mata menggunakan kapas. Tapi kalau takde kapas, tangan pon boleh. Urut2 bagi memudahkan ia menyerap ke dalam kulit.

2. Ambil segelas air panas dan letakkan sedikit garam. Potong make up cotton pads untuk dijadikan ala2 facial mask dan kemuadian rendam dalam air garam tadi. Pakai seperti biasa seperti anda memakai mask selama 5 ke 10 minit.

Cold packing...

1. Sejuk beku kan dua batang sudu teh di dalam peti ais. 10 minit kemudian, tekan kan sudu sejuk tadi kat eye bags tu.

2. Mula2 sapukan minyak zaitun di bawah mata. Kemudian, letakkan tea bags yang telah digunakan dan disejukkan di tempat yang sama. It will take 5 to 10 minutes untuk tea bags tu start to give effect.

....And for those adik2 yang belum pernah ada eye bags, salah satu prevention paling penting adalah elakkan minum air setengah jam sebelum tidur. Jika tidak anda akan menyesal!!! Heheheee

Ok la.. sebenarnya banyak je lagi tips lagi. Tapi tangan dah penat menaip. Nanti sambung lagi dengan tips2 lain.. Bye2!!

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Update dari Selangor.. weehee

Bila kat rumah ni rasa macam malas je nak online, lebih berminat kepada aktiviti tido. Yela, bila kat univ paling awal pon tido pkol 1. Kena la ganti balik masa2 tido yang terbuang tu. Semalam bertolak dari Johor pkol 10.30 pagi, tapi sampai rumah pkol 9 malam. Lama kan?? Pening2 dah kepala. Maybe sebab tu kot hari ni lebih banyak tido. First time okay drive kereta dari Johor ke Selangor. Heehee. Tapi tu bukan faktor penyebab perjalanan ambil masa sampai 10 jam *saya tak drive se-slow itu* Mula2 dari Larkin my mom drive sampai Yong Peng, lepas tu baru I take over. Awal2 masuk highway pon dah salah, pegi masuk 2nd link punye highway. Lepas tu singgah Seremban jap rumah auntie. And then singgah Damansara pon sesat lagi -_-"

 ****************

Actually exam habis hari Ahad hari tu. Lepas2 exam, terus ajak cosmate pergi Jusco. Ada nak beli something. Before tu pergi keluar kan duet kat ATM machine. Tengok2 resit, ooooohhhh alangkah bahagianya. Taw2 je KPT ni masukkan duet btol2 lepas exam habis. Dapat membeli-belah dengan gembira ;)

 Ni lunch kali kedua. Beli 4 hari tu. Dua belanja cosmate, satu saya punye, satu lagi jadi buah tangan.

Yang ni saya makan dua, yang lain jadi buah tangan.. Heehee

Balik tu terus packing2 barang nak bertolak pegi rumah auntie kat Larkin. Dalam pkol 5.30 baru siap packing semua. On the way tu pulak jalan jem, mesti sebab Jom Heboh kat Danga Bay tu. Isk. 45 minit okay stuck kat jem tu, dari Skudai nak ke Larkin je pon. Tapi ape2 pon nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya drive sorang2 ke JB tanpa menyesatkan diri.

Rase macam nak demam la. Nak tido awal ni ;) Good nite~

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Petua menguruskan badan :P

Memandangkan baru lepas habis exam pagi tadi dan next exam 5 hari lagi, maka banyak masa nak update blog baca buku. Alhamdulillah exam tadi okay. Harap2 result pon okay la. So disebabkan hari ni hari baik, mood baik, oh ya dan markah exam hari tu dapat naik 5 markah :P, jadi nak bagi petua untuk badan kurus. Macam la diri ini kurus sangat kan, tapi takpe nak bagi jugak. Sebab ni info baru dapat masa makan malam kat cafe semalam. Jadi nak share2~

****sedang menikmati nasi putih sup ayam dan tiba2 termakan something.. keluarkan balik letak tepi, nasib baik takde orang pandang :))****

J: Kenapa tak makan bawang putih tu? Kalau nak kurus makan bawang putih la.

E: Eh tu bukan bawang putih la, tak sedap.. Halia kot.. (dengan muka confident) Eh aku makan bawang putih la, tapi tak kurus pon :(

J: Ko tak kurus ke? *buat muka pelik2*

E: Tak :D *buat muka bangga pulak*

****J cedok2 sup ayam ku (ala2 seperti sup mu sup ku jua) lalu terjumpa bawang putih ****

J: Haaaaaah! Ni bawang putih.. Makan la..

E: *pelik dan konfius lalu berfikir seketika lama*

E: Eh rasanya yang tadi tu bawang putih la. Silap2, aku tak makan bawang putih. Tapi aku makan bawang besar. Konfius la tadi, bawang besar pon kan macam putih2.. :"> (Oh malu, ayat cover malu semata-mata)

J: ...... (-_____-)" Hah makan la, baru ko terasa kurus kot nanti..

E: 8%^t57r8q2**)^34.... tak nak la, aku dah kurus..

So info baru kan tu, jadi sesiapa yang nak menguruskan badan tu sila lah makan bawang besar putih banyak2. Nanti kalau ada petua2 baru lagi saya update lagi. Heehee.

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Books are sweet?

Salam..

Another 2 exams to go, and it seems like this semester is way too tough than the previous one.. First semester dulu rasa macam senang je Masters ni.. But now everything has change -_-" Hidup dah tak terurus jadinya.. Semalam pon tak sempat nak dinner.. Got too many things to do.. Haih~ Its okay, 2 more papers to go and good bye semester 2~ Oh and markah untuk exam first hari tu pon dah keluar.. Lulus tu lulus la.. But not what I expected.. Carry marks dah okay, tapi agak down siket masa exam.. Sedey okay.. Oh well, patut bersyukur la kan, ramai juga yang tak lulus paper tu.. At least I dont need to repeat :)

......... ingat buat Masters senang ke.. Must get at least B- untuk lulus taw.. Kalau tak repeat la nampaknya.. But if course management jangan la compare kan dengan engineering.. Mungkin senang la kot Masters diorang.. Isk2.. Emo jap.. Harap2 this semester semua lepas.. Ameen


Next semester is coming.. Hopefully will be the last one :) Tak larat lagi dah okay!!

Buku itu ibarat gula-gula, awal-awal manis lama-lama tawar.. makan banyak-banyak muntah :P

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

stress+tension=stression

Sangat sangat tension dengan masters.. Semua tentang masters ni!!

:'(
:'(
:'(


Stress.. tension.. down.. takde mood.. Then terjumpa lagu masa sekolah ni.. Tapi sedih lagi..


Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,cuz there's nothin' 'bout you I would change.

I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.

Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.




**Hari ni bangun awal, tapi kepala jadi berat.. Lagi bertambah tension dengan masters**

Read more...

Top keee?

This post is specially dedicated to Fadilah Diyana. Yeay thanks sebab sudi bagi anugerah top blogger award! Tenkiu3. Eventhough your post 29 March tapi I baru perasan dapat award. Minta maaf sangat2, blog awak takde feed la. Tak dapat taw latest update. Anyway thank you very much! Meh nak cerita sikit. Fadilah ni kawan I masa sekolah rendah, and sekolah menengah pon sama until form 3 masa kat Shah Alam dulu. Lepas tu I pindah masuk MRSM terus lost cantact. Sekarang I dah tak duduk Shah Alam, pindah Klang. Suddenly terjumpa blog awak.. kira jejak kasih la ni kan~ Nanti kite jumpa lagi taw!


Now nak past this award kepada sesiapa sahaja yang sudi baca blog tak seberapa ni :"> I just noticed follower dah bertambah. Thankx alot!

Esok I ada exam sebenarnya, sempat lagi update blog kan? Isk2. Rehat2 sebentar, rasa macam dah tepu otak stadi. Please pray for me k~

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Finally I found u..


Finally dah jumpa kembali mood untuk stadi. Two and a half days before the first paper. Still got time :)

Spectacles check!
Paper check!
Pen check!
Coco-later check! <-- nama manja calculator I

Alright, stadi jom!!!

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Sign here pleeeease~...

Kami, yang terdiri daripada golongan felo, tutor dan pensyarah IPTA Malaysia berpendapat bahawa penarikan semula lantikan terus pensyarah PhD ke gred DS 51 adalah tidak wajar. Dengan ini, kami memohon supaya penarikan ini dikaji semula.  

Jom sign petition kat sini :)

......Hujah/sebab permohonan dan cadangan kami ini boleh dirujuk di dalam surat rasmi kepada Kementerian Pengajian Tinggi/Jabatan Perkhidmatan Awam/Naib Canselor IPTA Malaysia yang bertarikh 19 Mac 2010.......

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Thank you all!~

Salam..

Actually ingat nak post ni semalam, tapi terlalu busy stadi pulak. Heheh. Konon2 nye la..

Akhir2 ni hanya cimbclicks je yang selalu buat saya gembira. Kenapa? Yeaaaayyyy! Sebab elaun sudah masuk lg.. Thank you UTeM!

And then satu lagi berita gembira semalam.. A letter from MARA cakap hutang RM0.00.. Yeaaaayyyy! Jimat duet lagi.. Thank you MARA!

Ada lagi berita gembira tak hari ni? Tak nak berita sedih.. Esok saya ada test, please pray for me ok.. Lepas tu nak balik rumah.. Yeaaaayyyyy! Tak nak tengok buku!


Last skali nak wish Thank you all!!!! kepada sesiapa sahaja :)

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

ENGAGE CAMP


- ENGAGE CAMP aka English Language Camp -
*bukan kursus bertunang ok :P*
- Tiram Indah Village -
- 27th till 28th March 2010-

 I'm here as a felo pengiring.. overall the program was nice, even though we had to stay in the kampung.. heheh.. at first ingat kat chalet ke.. ape ke.. *program free pon nak harap lebih2 kan*

so tired to type.. got another test on Wednesday before the final exam starts.. 
and oh yeah, I'm going home this weekend!! need a break.. tata~  :)

Lots of luv,
-ezreen-


Read more...

Pssstttt...

Hai! :)

This is what happen bila nak update blog tapi terasa malas menaip. Hasilnya........... post yg tidak berguna :D

Nak keluar temuduga orang ni~ Nak soalan bocor tak? Nak tak? Nak tak? Sebab saya baik, meh nak bagi ni..


Pssstttt.. Baru dapat taw blog ni banyak silent reader dari kalangan cosmate master.. Mane bole bace free2! Komen la.. isk **Minta maaf kepada sesiapa yang terase.. Hehehe :P** Anyway, terima kasih kerana sudi membaca. Tenkiu2~

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Quote of the Day

When I got enough confidence, the stage was gone. When I was sure of losing, I won. When I needed people the most, they left me. When I learnt to dry my tears, I found a shoulder to cry on. When I mastered the skill of hating, somebody started loving me. When I fell asleep, the sun came out. THATS LIFE | William Shakespeare

Read more...

Steamboat tomyam

Hey,

......... Finally I can breathe normally this weekend! Since there is no test next week, I'm able to relax a lil bit without stress. But still there is one assignment due this Monday. So overall my weekend was just so great! Got another 3 weeks more before my final exams starts. After that? The end of my 2nd semester ofcourse. Then the last semester for my masters degree. InsyaAllah. Hope can grad on time :)

So today I'm just going to stay in my room and finish my assignment since yesterday we're already spend the time shopping and partying. Party la sangat kan~ Actually last night thought of doing a sleepover at Wiwit's room. But in the end tak jadi. Prefer to sleep on my own bed :P

In the day pula actually I ajak my friends pergi Jusco Tmn U ni je, dah lama tak kluar jalan2 lagi pon. But then suddenly Elya turned up and ajak pergi Angsana. Fine with me~  :) Saya suke jalan2 ni, lebih2 lagi weekend ni sangat free. And then lepas tu plan nak buat party. Party steamboat ok~ Tom yam. Nyum2.

After that pergi la Giant beli bahan2 yang diperlukan dan makan malam dulu *makan steamboat je mane kenyang kan?*. Around 10pm baru la start aktiviti masak memasak!

Bahan2 yang diperlukan untuk memasak steamboat tom yam adalah seperti gambar di bawah. Plus minyak masak, bawang, garam dan juga pes tomyam. Ouh not to forget bahan paling penting, air :D


Cara-cara:
Panaskan minyak di dalam periuk. 
Goreng bawang sehingga naik bau. Tak taw la bau macam mana. Slalu dalam tv cakap macam ni :">
Masukkan pes tomyam dan kacau2.
Masukkan air dan juga bahan2 lain.
Akhir sekali garam secukup rase.
Tunggu hingga masak

*Recipe credit to Nana*

Dan hasilnya....................


Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Photo update




-Majlis Permata Gemilang Kolej 9 dan Kolej 10-
5th March 2010
Tasik Ilmu UTM
(^_^)

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Saya busy la weekend -_-"

Starting next month weekend saya busy.. Sila jangan kacau okay :)

FACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING
FINAL EXAM TIME TABLE FOR MASTER PROGRAM
SESSION 2009/2010 - 2

10.4.2010 (Saturday) - MEM 1713 Artificial Intelligence (9.00 am 11.00 am) JB / KL
11.4.2010 (Sunday) - MEM 1753 Advanced Measurement & Instrumentation (9.00 am 11.00 am) KL / JB
17.4.2010 (Saturday) - MEM 1733 Adaptive & Self Tuning Control (9.00 am 11.00 am) JB
25.4.2010 (Sunday) - MEM 1853 Discrete-Time System & Computer Controlled (9.00 am 11.00 am) JB

See~ My final exam semua on weekend! Semua sebab nak selaraskan dengan student part time di KL. -_-" Not fair! Not fair!

Read more...

Oh happy day!

Hello people!~ :D

Waaaaaaaahhhhhhhhh!!!

 Pelakon tambahan semata2. My niece, Alisya and Adreena :)

Gembira sangat hari ni dapat lihat nombor2. Hehehehe. So sebenarnya pagi tadi bangun2 ingat nak topup kredit handset coz dah expired. Then bukak la cimbclicks. Saya canggih dah sekarang, tak maen dah beli2 topup kat kedai ni. Hehe. Then suddenly terpandang account balance. Waaaaaaaaaaaa!~ Duet dah masok la! Banyak2 ($_$). Mata duitan jap di situ. So I guess tu duet dari UT*M for 3 months la kot. Nak tunggu duet dari KPT pulak la. Hehe. Cepat la~ Cepat la~ Cepat masuk, cepat la siket saya stadi. Tapi minggu ni ada test and busy nak buat projek master sume, tak dapat la nak celebrate. Takpe2 kita postpone untuk next week.

Jom stadi jom! 
**Mood gembira nak stadi. Cepat2! Before mood ni hilang :P**

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Wedding invitation

Hello people!~ :)

 

Ok la, this is not wedding invitation actually, sebenarnya jemputan ke dinner kolej. So sape2 yang duduk kolej * dan kolej * jemput la datang malam ni~ Yang dah bayar sahaja taw, yang tak bayar jemput la jangan datang. Saya takpe, sebab saya VIP jadi tak perlu bayar. Sila jangan jeles :D

Baru balik dari jumpa supervisor project ni. Banyak nye kerja! Next week kena tunjuk progress, ada test lagi, assignment lagi, ahad ni kena ganti pengetua pegi dinner kolej * pulak. Cepat2 la final exam, tak sabar nak tamat kan sem ni. Maybe cuti semester kali ni kena la stay UTM siapkan projek :'(

Meeting dengan sv tadi pon macam mengejut je. Last night cakap nak jumpa petang, so tadi bangun tengok handset (ni memang perkara 1st kena cek lepas bangun tido), my sv mesej sila jumpe pkol ** la pulak. Setengah jam lagi kot! Berlari2 mandi, caj bateri laptop la and macam2 lagi. So I was late dekat 20 minit kot.. Hehe

Nak buat macam mane kan, malam tadi pon balik bilik around 12.30 am. Kena pantau JKM buat rehearsal dinner. Sangat berterabur ok! Dengan band nye nyanyi, eeeewww sangat la tak terkata sedapnye. Baru dapat mesej kena pegi tengok rehearsal petang ni pule -_-"
Got to end this here...

Lots of love,
-ezreen-


Read more...

Bored? Naaaaaahhh~

Hello people~ :)

My mom just called and ask me tak bosan ke weekend2 duduk bilik je? And I replied, takde la mane ade bosan. Best je :D Okay sebenarnye saya bosan! Hehehehe.. Takde niat menipu di situ, just maen2. My weekend is just so lame. Walaupon assignment banyak and presentation projek next Monday, namun terase malas untuk buat ape2. Sila jangan contohi saya ok! But oh well, atleast assignment semua saya buat jugak. Takde la tak hantar, and I'm not copying others.





Okay there is no reason for this post. Takde motif. Saje mahu mengupdate blog and see the response. Hehe. Disebabkan saya sungguh dan amat free sekali weekend ni, I managed to take a picture view from my room. Kat UTM ni la~ To be specific k9.

You see the problem with students nowadays? Masing2 ada kereta tapi tak reti parking masuk line. Its not like anda bawa bas sekolah. Petak parking tu dah terlebih besar pon kot~ Next time sila lah contohi kembara hijau itu. Siapela agaknye tuannye kan, sungguh tere parking (*_*)


**Okay, harap2 lepas ni tiada kesan calar2 pada kereta hijau itu pule. I can see u from up here..Hehe**

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Something to ponder on..

Life changes every minute of every day. You lose friends. You gain friends. You realize your friend wasn’t ever really your friend, and that person you used to hate can make a really good friend. You look for love. You find love. You lose love. You realize all long that you’ve been loved. You laugh. You cry. You laugh so hard that you cry. You do this, you do that. You really wish you hadn’t done that. You then learn from that and are glad that you did. You have your ups. You have your downs. You see good movies. You see bad movies. You wonder if your life is just one big movie. You look at others and wish you were them. You then realize who they are and are glad that you’re you. You love life. You hate life. In the end you just find yourself happy to be living life, no matter what’s thrown at you.

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Your website value?

Hello people~ :)

Just want to share with you guys something. Check this out. How much do you think the top Malaysian website worth?!

And my site is actually worth $4,335.5! O'yeah!! Clap3x. What about yours?


Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Muhasabah diri

 Hello people~ :)

I just got back from test. SHhhhhhh. Tak nak cakap! Tak nak cakap! And don't ever ask me about it! Seriously, even though it is an open book test, but I screwed it all!! Aaaaaaaaaaaaaaaa. *Okeh dah tercakap pule -_-"* Since tak dapat buat dengan baik, mari bermuhasabah diri seketika with this video.


Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Hoooliday!~


Takde mood la~ Nak buat assignment tak reti, nak buat projek pon tak reti. Sangat tough semester kali ni -_-"

Next week nak balik rumah. Weehee cuti seminggu! Tapi dah dapat rasekan cuti kali ni sangat busy. So many things to do. Mari kita listkan..

1) Ni haaa atas tu. Nampak tak? Borang2 fellow dgn SLAB dah dapat. Busy la nanti nak isi.
2) Buat medical checkup lg. Kena buat kat hospital kerajaan/ hospital universiti. Berjanggut la macam ni nak tunggu turn.
3) Sape2 nak jadi penjamin saya? Meh la, saya bagi borang nak isi :)
 4) Cari saksi (Ni paling leceh! Kena angkut semua orang semata2 nak sign je)
5) Matikan setem.
6) Pos sume benda, dan tunggu duet masok. Heehee~ Part ni paling suke.
7) Projek..projek.. dan projek!
8) Slide prsentation seminar kene siapkan.
9) Assignment AI yang tak reti ni.
10) Study untuk TEST!!!!!!

Tutup mata *_*

**OooOOoohh..Dah dapat bayangkan cuti yang tak best**



Read more...

Saya ade test esok dgn next week. Takoooot! Jom kawan2 kite doa same2 :)

Ya Allah! Ilami aku ilmu yang dengannya aku dapat mengetahui segala perintah dan larangan-Mu, rezekikanlah itu padaku. Wahai Allah! Sampaikanlah padaku pemahaman yang mendalam sebagaimana pemahaman para nabi, kefasihan hafalan para rasul dan kepantasan ilham para malaikat al-Muqarrabin. Muliakan aku, ya Allah, dengan cahaya ilmu dan kepantasan pemahaman. Keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan. Bukalah pintu-pintu rahmat-Mu kepadaku dan ajarilah aku rahsia2 hikmat-Mu, wahai Tuhan alam semesta.

Amin.

Read more...

Saya, awak dan die, jalan2 :)

Salam.

This weekend sgt2 busy and memenatkan. Nak taw kenapa? Sebab saya pindah bilik 3 kali dalam masa 2 hari. Wooohooo. Bole cipta rekod ni. At first, since jadi p.felo ni dapat la duduk bilik single. Mule2 dapat kunci tu rasa  semangat je angkat2 barang. Kalah Cik Nana. Then, bila dah angkat2 barang dalam half mula la rase tak nak pindah. Sebab dah biase hidup berumate, dok sorg2 nanti saya senang sedey. Lepas fikir2, kemas la barang balik bawak kat bilik lame. Penat je semangat pindah2 ni kan, last2 tak jadi pindah. Ish saya memang tak tetap pendirian -_-"

Esoknya suddenly pengetua mesej, tanye dah dapat bilik single belum, nanti die nak uruskan. Tibe2 rasa bersalah lg, mula lah tukar fikiran lg~ Last2 saya pindah buat kali ketiga. Memang kurus la macam ni. Muktamad dah ni, takmo pindah2 dah, penat okay! So kesimpulannya sekarang, nak cakap saya sedang online di bilik baru! Hehe. Okla, mula2 mmg rase keberatan, lama2 rase okay je. <-- Btol kata2 Cik Wiwit ni.

Itu semua cerita hari Khamis dan Jumaat. Sekarang kita masuk episod baru. Cerita hari Sabtu :)


**************************

Semalam sebenarnya dah plan dah lunch nak makan megi je. Ada ke patut kan? Sebab hari Sabtu just satu kedai je bukak kat cafe ni. Tak best dan kena beratur panjang2 hanya untuk sepinggan nasi. Korang sanggup? Saya tak sanggup. Lagi sedap makan megi :D

Dekat2 tengah hari tu Cik Wiwit mesej kate Cik Elya ajak pegi Jusco. Hasrat makan megi terpakse dilupakan. Postpone hari laen eh. So tgh ari tu pon kluar la. Cik Nana tak dapat join sebab jumpe Cik Syasyi. (Cik2 dalam post kali ni semua ex classmate saya tyme degree ok). On the way ke Jusco, still dalam UTM lg ni. Mula la perbualan sebegini:

Cik Wiwit: Asal ko belok sini??
Cik Elya: Sebab sini lagi dekat.
Cik Ezreen: ............. (duduk kat belakang sambil menikmati pemandangan UTM)
Cik Wiwit: Ko nak g Jusco mane ni??
Cik Elya: Jusco Bukit Indah la.
Cik Wiwit n Cik Ezreen: HAAAAAAAA???!!!

Terpakasa berlapar sepanjang perjalanan. Ingat pegi Jusco Tmn U je. Nasib baek dah pakai baju lawa2 :P

Lame jugak la keluar semalam, lenguh2 kaki ni. Lepas g Jusco pegi beli pisang goreng, kropok lekor, cucur dan nasi ayam penyet untuk makan malam. Then teman Cik Elya ni pegi bengkel kereta tukar minyak hitam sume. (Tukar ok! Sape ntah hari tu cakap minyak hitam tambah je :P)

Tengah2 tunggu kereta siap dapat call dari p.felo ajak pegi night cruise, sempena sambut atlit SUKAM K9. Waaaahhh naek kapal kat danga bay tuuuu. Tapi tak bole pegi, rase macam tak sempat. Lagi pon dah beli dinner :(

Malam tu makan mknn yang dah beli tadi. Pedas gle nasi ayam penyet ni kali ni. Slalunye tak la pedas sgt. Lepas makan tu Cik Elya dan Cik Nana nak keluar lagi pegi U Mall. Saya tak larat, saya skip. Lenguh2 dah badan ni. Bilik pon tak habis kemas lagi. Next week nak test ok, lagi satu chapter tak bace lagi ni. Nasib baek sedar diri.

*Hari ni saya rajin. Duduk kat bilik je study.*

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

I'm busy

Salam..

Sekarang telah memasuki fasa busy~ Yeayh saya busy! Busy sgt! Tak tipu ni. Jadi jangan kacau ok~ Tapi akhir2 ni rasa macam my life is becoming better. Mungkin sebab terlalu busy dan tak perlu amek kesah hal2 remeh temeh yang menyakitkan hati :) <-- good mood la ni kunun.

Nak taw lagi tak kenapa saya good mood? Sebab semalam call KPT, and dapat taw surat tawaran SLAB dah dihantar ke UTeM pakai poslaju. Heheh. Mesti akak tu pon dah tension orang asyik call die, siap nak cakap lagi pakai poslaju. Yeay, selesai satu masalah di situ. Alhamdulillah~ Orang2 kat rumah tu sila tunggu surat saya ye!

Weekend ni banyak benda kena buat. (1) Assignment yang banyak ni, tak brape faham pulak tu..(2) projek master ni lagi, ada foreigner ni pulak asyik suruh ajar, isk projek sendiri pon tak jadi cemane nak ajar, emo la macam ni, nasib baek tgh good mood .. (3) next week dah stat banyak test lagi.. hiuh~ (4) Ouh tak dilupakan juga tugas pembantu felo. First task kene design poster untuk pertandingan cadangan nama baru Kolej 9. Tak taw saya boleh masuk tak contest ni, agak2 tukar jadi Kolej Ezreen Farina (KEF) kan best *_* Unik~

Eh eh lupe plak saya busy, kene stop dah ni. Nak tido. Esok la membusykan diri lagi.

Later~

Lots of love,
-ezreen-

**Pssstt.. My current Nuffnang earnings is RM0.25. Eheh, sedeynye -_-" RM49.75 before I get paid! Kamon2 sila klik iklan nuff tu ok**

Read more...

UTM lantik 100 kakitangan antarabangsa

JOHOR BAHRU 12 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan melantik 100 kakitangan antarabangsa yang berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bagi mengekalkan ekosistem intelektual di institusi tersebut.

Naib Canselornya, Prof. Datuk. Ir. Zaini Ujang berkata, pelantikan kakitangan tersebut akan dibuat sebelum Jun ini.

Menurutnya, pelantikan tersebut membolehkan lebih ramai kakitangan akademik yang akan menyelia mahasiswa pasca siswazahnya.

"Ia juga sejajar dengan matlamat UTM pada tahun ini yang menyasarkan peningkatan jumlah mahasiswa pasca siswazah kepada 8,000 orang.

"Sehingga kini sebanyak 43 peratus mahasiswa pasca siswazah dalam bidang teknologi dan kejuruteraan di 63 institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini adalah pelajar UTM," katanya. - Utusan

**Ni ape ni?? Patot arr tak nak amek kitorg jadi lecturer.. Nak foreigner gak.. Takpe2 -_-"**

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

First update in 2010

Weekend update!!

Minggu ni buat ape eh? As usual pegi kelas, balik kelas, makan, tido dan etc. And sekarang tgh minum milo depan laptop. Lame tak buat milo sendiri ni. Rasenye? Hurmmm mestila rase milo 3 in1 :)

Hari khamis aritu ada interview pembantu felo kolej 9. Ok la kot. Kalau dapat, dapat. Kalau tak saya tak kesah. Dah dapat sms dah kene bawa sijil on that day, tapi tgk2 tertinggal. Nasib baek interview biase je, kalau interview keje buat perangai macam ni tak taw la ape nak jadi -_-"

Mase tgh tnggu nak interview dapat call dari OUM. At first blurr OUM ni ape eh? Panggil interview on 10 Jan. Dengan konfidennya tolak cakap dah sambung blaja. Dah letak phone baru igt, ouh Open University Malaysia. He3

Then semalam busy faks2 surat tolak bajet mini ke KPT and surat tolak SLTPA UniMAP. Kalau pos kate tak sampai, hah kan senang faks terus. Harap2 cepat settle benda ni, cepat siket dapat duet, dan lagi semangat nak blaja. Kan bagus~ Heehee :) Alhamdulillah KPT tak rejek yang UTeM punye, just nak confirmation dari UniMAP yang saya dah tolak. Ouh thank you2!!

Finally, nak cakap saya balik next week!! Kalau takde ape2 hal yang menghalang la. Tiket pon tak beli lagi ni.


Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Finally 22!!

Salam..

Before this year ends, I would like to wish myself Happy 22nd Birthday!! Yeay!! Thanks for those yg wish, I really appreciate it. *Bercakap2 seperti seseorang yg femes*


 *Feels like 1 year old.. Pinjam kek baby alia jap :)*


 *Thanx to my dear roommate for this one:)*

My wish??
- better years ahead and be a stronger person.. no more tears okay.. smile :') -

I would also like to wish everyone out there a very Happy New Year!! May this year be a memorable one and next year be a better one..

“Another fresh new year is here . . .
Another year to live!
To banish worry, doubt, and fear,
To love and laugh and give!

This bright new year is given me
To live each day with zest . . .
To daily grow and try to be
My highest and my best!

I have the opportunity
Once more to right some wrongs,
To pray for peace, to plant a tree,
And sing more joyful songs!”


Lots of love,
-ezreen- 

Read more...

Testing.. 3 2 1 Snap!!

Lame tak amek gambar sendiri kan. Sekarang tak maen dah pakai handset. Kite try pakai webcam, yeah saya jakun. Laptop dulu takde webcam..

Lagi sehari tinggal sorang2 saya boleh jadi gila. Lagi terok dari pic bawah ni.



Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Bored..

Saya burim bila tibe weekend, takde orang, makan pon sorang2. Tak kenyang je rase. Mandi pon sorg2, tapi tido berdua pulak. Of course la, sebab saya ade rumet. Tapi minggu ni saya dah siap model kan plant saya. Yeay! Boleh proceed to system ID pulak. Harap2 cepat siap projek ni. Tak sia2 saya dok sorang2 minggu ni =)

Rasa macam nak keluar jalan2 je la. Tapi skrg nak keluar kene pike dua tiga kali. *Sejak masuk master ni saya saving siket* Yela xde scholar. Bukan takde duet, tapi saya nak simpan untuk masa depan. Guna untuk benda yang perlu dan btol2 nak je. Matang tak? Matang kan saya, walaupon makcik cafe cakap muka saya macam bdk degree tahun 3, tapi saya matang taw! Rumet saya pon puji saya rajen basuh baju pakai tangan. Ha3. Sebab saya saving la! Degree dulu takde punye saya basuh pakai tangan. Lagi pon baju sem ni siket je, tak banyak macam dulu. Kalau tak basuh, takde baju la nanti.

Nak keluar pon buat ape je kan? Shopping? Baju dah byk. Nak beli baju baru lawa2 pon rase macam tak perlu je. Sebab kat U saya tak pakai baju lawa2. Lgpon student engineering mane ade pakai lawa2, laen la student human resource ke. Kan kan? Nak pakai2 lawa saya malu, nanti orang pandang pelik. Jeles kot.... Kalau boleh nak pegi kelas selebet yang mungkin =)

Okay, dah burim dah nak tulis. Nak stop.


Lots of love,
-ezreen-

Read more...

Why are people selfish???
people are selfish because they hope to get something without giving,
hence they try the cheap way to succeed.

Read more...

New me :)

From this,



To this,


Lots of love, 
-ezreen-

Read more...

[[gastric]]

Nak taw tak! Nak taw tak! Tadi kan, saye muntah kat cafe. Nasib baek sempat masuk toilet. Kalau tak mesti saye femes dari skrg yang mmg femes pon :"> Nak2 tyme peak hour org pegi lunch kan. Mmg la penuh cafe tu. Tak terbayangkan kefemesan saye nanti kalau tak sempat pegi toilet.

Semua ni sebab tajuk di atas, 'gastric'. Bangun2 pagi saye dah sakit perut and mcm loya2 je. Pkol 10 pg saye dah mule mencari2 nasi. Tu la smlm dgn smlm smlm tak nak makan nasi, arini tercari2. Tapi cari2 nasi kat bilik takde. Of cos la takde kan, bukannye memasak pon kat bilik. Ade susu kotak berperisa coklat je, so itulah breakfast saye.

Teruk gastric kali ni, mungkin ditambah sebab saye bad mood dgn seseorang :P Saket yang tak terkate okay! Guling2 atas katil sehingga pkol 12 tgh ari untuk mkn lunch. Memang loya lagi, tapi saye kuatkan diri jugak berjalan g cafe k9 ni sebab Cik Elya datang. Tak kan nak biar tetamu makan sorg kan. Baek tak saye~

Baru suapan kedua saye dah give up.Tak larat, nak muntah rase and tros pegi toilet. Sampai2 je tros termuntah. Abes seluar ku perlu dibasuh lagi. Sori juge kpd makcik cleaner :) Tapi muntah air susu coklat je rase, dicampur dengan beberape ketulan nasi tadi. Lepas muntah saye rase segar dan sehat. Sambung makan nasi, walaupon tak abes. Sekarang kene pegi basuh seluar dan tudung yang sungguh harum. Tensionnye semalam baru je basuh -_-"

Later~

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

1st week update~

"Direct Adaptive Predictive Control for Wastewater Treatment Plant"

Yep, dats my Master's Project. Tajuk yg dapat aritu. Tapi bole kot tukar tajuk ni sket2 bagi sedap mata memandang since proposal pon tak hantar lagi. Any suggestion nak bagi tajuk ni nampak menarik? Kindly leave your comments..

My supervisor, Dr.N sgt semangat. Sy suke. First time jumpe lecturer yang rajen contact students. Ape2 mesti emel, tak pon sms, and tak pon call . So nice kan?~ Hari2 saye pon jadi semangat buat research ni. Lots of things blaja dari sini. Its like gabungan beberapa subjek before this that I don't even understand the purpose why we have to study it. Bergune juge rupenye :P

My task for this week kene fahamkan how the plant works (boleh buat wastewater treatment plant kat rumah la lps ni), study on system ID, and lastly on MPC (Model Predictive Control). A little bit hard kot for me sbb tak amek subjek system ID ni sem lepas. Igt nak amek next sem. Nway, saye yakin bole buat! Adaptive control pon subjek this sem. Kelas pon tak start lagi, and I don't know how fast I can finish this project macam ni.

First meeting with Dr.N aritu, she ask for my last semester cpa. And ckp, based on performance project ni nanti bole la direct buat phd under die. Coz die bole mintak grant la, and bla bla bla. Just need to find sponsor byr my tuition fee je la. Master pon baru start kan dah fikir pasal phd? Huhu. I need to think first la about this. Tak kan nak direct kan? Cramp otak ni nanti. Igt nak keje ke dulu~ Lgpon igt nak buat oversea. Ha3. Berangan je. Ape2 pon depends on my master ni. One more year to go!

Lots of love,
-ezreen-

Read more...

2nd semester schedule



Hi~ Atas ni adalah jadual utk sem ini.. As you can see saye free on Tuesday and Friday. So dats mean saye cuti hari ini juge! Pagi2 td hantar kereta pegi woksyop. Well takde la pagi sgt, around 11am mcm tu. Something wrong with the engine I guess. Semacam je bunyi. Malu nak drive. He3. And I wonder, kenape la sesetengah org ni ske kete bunyi bising2 ni kan. Kalau saye, saye malu :"> Then lepas tu pegi jusco. Buat ape kat jusco? Ade la~

In the evening pulak, settle kan borang lapor diri MARA. Asyik tangguh je nak pos. Akhirnye pos juge :) Next, misi mencari supervisor projek Master. Jumpa la bilik, tapi kat IVAT. What IVAT means? Institut Voltan dan Arus Tinggi. Jauh la juge dari bilik lecturer2 Control yang laen. Jauh2 berjalan, tgk lecturer takde, ade kelas. And she has reserved time utk student master every Wednesday evening. So tomorrow terpakse la pegi lg. Naek bas plak tu. Kereta takde.. :'(

And now, baru lps print2 journal. Tapi, hurm not in the mood to read it yet. Nak tgk movie dulu la.. :D

Later!!!!

Luv,
ez

Read more...

Don't judge a person by his/her looks.. but judge them by their hands ;P

Salam..

Result first semester master dah kluar and alhamdulillah~ All A's. Adela plus minus nye. But overall I'm glad, subject yg my carry mark not so good pon plg rndh A minus.. So dats mean another 2 semester b4 grad utk kali yang kedua!!

Okeh skrg nk bt tilik nasib.. Done my daily blog walking today and found something interesting in other people's blog.. So just want to share it here.. Check it out ;)


First mari mengangkat tgn.. ala2 berikrar ;P (guys tgn kanan and gurls kiri ok!)

  • If jari kelingking (5) lagi rendah dari ruas ke 2 (dr bwh) jari telunjuk (2), it means dat awk seorg yg pemboros! Tahniah kpd sy kerana sy x boros. Yeay! If jari manis lagi tinggi, anda penjimat and pandai simpan duit. Penting ni, lps ni sila melihat2 jari2 kenalan anda ;D
  • If jari manis (4) lagi rendah dari jari telunjuk (2), awak seorg yang lembut hati. Else, keras or kuat - means tabah kot.. Menyedapkan hati.. Yeay sy keras dan kuat hati!
2nd kita boleh tgk tarikh lahir

  • If lahir bulan ganjil [[Jan, Mar, May, Jul, Sep, Nov]], orang nye pendiam sket and suka bersendirian
  • If lahir bulan genap pule [[Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec]], orang nye talkative. Is it true?? hurm..
  • But for them yg lahir haribulan nya 18-23, u're flexible. Mana2 pun boleh~
  • If lahir bulan [[Feb, Apr, May, Aug, Sept, Nov, Dec]], orang nye keras.Sukar dipengaruhi.. True maybe..
  • October -> Easy to make frens and tak banyak karenah. Baik and tak suka gado2. Btol ke? Any comments from mereka2 yg lahir bln Oct?
Dats all kot yg rase mcm menarik.. Rase mcm btol siket.. So b4 brkenalan dgn sape2, lihatlah jari tanyelah birthday!

Luv,
ez

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Disclaimer

This blog is managed solely by the owner Ezreen Farina. Photos are not to be used without giving credit unless stated that it does not belong to blog owner. Materials in this blog must be credited if re-produced in any kind of way. A piece of mind is always appreciated, unless deemed to be provocative, the blog owner shall take action by ignoring or rejecting the comment.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP