Hari ini, dunia masih berputar
>> Saturday, December 18, 2010 –
sound of silence
Assalamualaikum.
Mereka bilang anak bongsu itu bertuah.
Punya segala-galanya mewah.
Tampak hari-hari hidupnya indah.
Tapi ketahuilah, semana indah hidupnya, ianya hanya sesaat cuma.
Kamu itu lagi bertuah
Bersyukurlah
T_T
Nota: Dua hari sebelum arwah ayah meninggal dunia, ada orang tanya. Mesti best kan jadi anak bongsu, dapat segala-galanya. Saya cuma menjawab tidak. Sambungannya biarlah saya seorang yang tahu. Tapi kini kamu tahu bukan? Anak bongsu itu tidak bertuah, bila dilahirkan ketika umur ibunya 40 tahun, bila perbezaan umur antara abangnya berbelas tahun. Pada usia yang masih belum 23 tahun, segala-galanya sudah nampak seakan samar bagi dirinya. Tapi masih ada redha, kerana itu janji Tuhan. Satu langkah pertama kau mulakan di ruang kotak milik Tuhan, tentu ada satu langkah terakhir.
Erm...sbb tu sy syg sgt adek sy...snggup tunaikn jnji walau dh pnat travel...
Ezreen
Ezreen, terlalu banyak perkara yg tak dituturkan. Simpan sendiri dalam hati. Sekarang baru saya dapat tahu jawapannya. Begitu rasanya dilahirkan sebqgai anak bongsu. Berbeza dgn saya, hampir2 anak yg sulung. Jadi, terlalu byk perkara yg perlu diselesaikan, juga terlalu byk tanggungjawab yg perlu ditunaikan untuk adik2 & juga ibubapa tercinta. Semoga hidupmu tabah. Dgn kasih syg & sokongan dr abg2 & kakak. Sorang ustaz ada berpesan: biarlah jasad bersama manusia tp hati bersama Tuhan. Moga ingatan pd Tuhan di bawa kemana saja agar Tuhan sentiasa membantu kita. Maaf zahir batin..
Great Blog..!!!! Keep Blogging.... : )
ooooo dah agak dah sape anon ni =_="
maaf ye.ezreen teruskan blogging.saya nak baca (;